omniture

Teknologi penting kepada kemampanan, kemampuan industri rawatan kesihatan global

Agility Risk Solutions
2021-12-24 02:16 260

Kecerdasan Buatan & Pembelajaran Mesin memacu hasil kesihatan dan kemampuan yang lebih baik

SINGAPURA, 24 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Perbelanjaan terhadap rawatan kesihatan menyaksikan penurunan mendadak semasa pandemik COVID-19 dengan perintah sekatan pergerakan, pembatasan dan penangguhan rawatan tidak penting yang berkaitan. Walau bagaimanapun, trend ini dijangka berlangsung dalam tempoh yang singkat memandangkan vaksin dan ujian COVID-19 tersedia secara meluas dan penggunaan perkhidmatan rawatan kesihatan mula pulih.

"Hampir setiap tahun dan dengan sedikit pengecualian, perbelanjaan rawatan kesihatan meningkat lebih pantas berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar global. Angka menunjukkan bahawa, sepanjang dua dekad yang lalu, purata pertumbuhan tahunan dalam perbelanjaan kesihatan sentiasa melebihi 2%[1]. Pemacu kos utama kekal sama: Penduduk semakin meningkat usia, peningkatan permintaan terhadap rawatan penjagaan, kemajuan klinikal dan teknologi serta pengembangan sistem rawatan kesihatan awam," jelas Neels Barendrecht, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Agility Risk Solutions, pemenang bagi kategori Kecerdasan Buatan – Rawatan Kesihatan Singapore Technology Excellence Awards 2021.

Mengurangkan risiko klinikal untuk meluaskan sumber kesihatan 

Bagi memastikan kemampuan dan kemampanan industri rawatan kesihatan, banyak pihak telah beralih kepada Kecerdasan Buatan (AI) sebagai penyelesaian. Salah satu aplikasi AI ialah pengesanan awal, yang mana ia dapat meramalkan risiko kesihatan seseorang dan kemungkinan berlakunya insiden kesihatan yang serius, seperti serangan jantung dan strok. Dilengkapi dengan maklumat hebat ini, strategi pengurusan risiko dapat dilaksanakan bagi menyokong kesihatan pesakit dan membantu mereka mengelakkan kejadian kesihatan yang berpotensi membawa bencana dalam masa terdekat.

Contohnya ialah bagaimana teknologi Agility Risk Solutions menganalisis data khusus pesakit untuk menandakan individu berisiko dengan segera. "Dari situ, kami berupaya untuk melaksanakan strategi yang amat bersasaran dengan fokus pengurusan risiko khusus. Sebagai contoh, program bertumpukan pesakit kami membantu pesakit mengurus kesihatan mereka secara proaktif dan, sebagai hasil langsung, mengurangkan kemasukan semula ke hospital secara drastik. Untuk syarikat insurans kesihatan berpangkalan di Singapura, satu kajian bebas menunjukkan bahawa jenis intervensi ini dapat menghasilkan anggaran konservatif 20% dalam penjimatan kos tuntutan," kata Dr Jacques Snyman, Pengarah Perubatan untuk Agility Risk Solutions.

Bagi menggambarkan bagaimana teknologi ini mengupayakan hasil klinikal yang lebih baik, intervensi Agility telah menghasilkan pengurangan sebanyak 50% dalam kemasukan semula ke hospital apabila dibandingkan dengan syarikat insurans yang menggunakan sistem dan program legasi.

"Ekoran integrasi perisian, pesakit Agility disokong oleh Penyelaras Rawatan Kesihatan Peribadi (PHC) tunggal yang membimbing mereka di setiap langkah perjalanan rawatan kesihatan mereka berbanding berurusan dengan pelbagai ejen untuk mendapatkan intervensi yang berbeza. Dari perspektif pesakit, pada asasnya ini bermakna sokongan pakar bagi mengelakkan kejadian kesihatan membawa bencana dalam masa terdekat, yang merupakan berita baik untuk kualiti hidup individu itu sendiri dan keluarga mereka. Dalam masa yang sama, ia turut mengurangkan kos kesihatan keseuruhan dengan mengurangkan risiko klinikal," jelas Dr Snyman.

Memastikan penggunaan dana yang cekap 

Secara global, sistem kesihatan terus bergelut dengan isu-isu yang berkaitan dengan perbelanjaan yang membazir. Mengambil banyak bentuk, seperti penipuan, pemprosesan tuntutan yang tidak betul dan peruntukan faedah yang tidak konsisten, pengesanan manusia biasanya merupakan proses yang memerlukan tenaga kerja yang banyak yang menyaksikan kos kendalian semakin meningkat dengan ketara. Sebaliknya, sistem teknologi hiperpintar (hyperintelligent) berupaya untuk mengenal pasti dan menandakan kes-kes ini pada waktu sebenar dengan ketepatan 100%.

Platform perisian pengurusan risiko hujung-ke-hujung generasi terkini Agility dengan kecerdasan terbenam, umpamanya, menggunakan lebih 67000 peraturan, algoritma dan protokol serta proses pembelajaran mesin AI dalam milisaat untuk menilai setiap tuntutan rawatan kesihatan pada waktu sebenar.

"Sistem ini bermula dengan memeriksa dengan aktif rawatan dan keadaan pesakit bagi tujuan kontraindikasi dan risiko kesihatan berpotensi melalui protokol klinikal yang diselaraskan dengan teliti untuk mengelakkan kombinasi rawatan yang berpotensi memudaratkan. Dalam masa yang sama, peraturan perniagaan turut terpakai untuk menghapuskan perbelanjaan yang membazir dan memastikan tuntutan yang sah dibayar segera demi kepuasan pesakit dan pelanggan yang optimum," jelas Barendrecht.

Sebagai hasil langsung, sistem ini mengurangkan beban pentadbiran, perbelanjaan operasi serta kos rawatan kesihatan dengan memastikan dana digunakan dengan cekap untuk tuntutan sah secara klinikal. Bahkan, kajian kes Agility menunjukkan bahawa perbelanjaan operasi dapat dikurangkan sebanyak 50%. Campur tangan manusia yang dikurangkan dalam pra-kebenaran dan adjudikasi tuntutan, seterusnya membantu selanjutnya menghapuskan potensi berlakunya kesalahan manusia ekoran ketekalan yang diaplikasikan.

Sistem yang sangat inovatif ini memanfaatkan data raya dan sentiasa bertambah baik melalui pembelajaran mesin yang dapat mengesan corak dan trend baharu untuk meningkatkan pengurusan risiko klinikal secara berterusan, sementara tuntutan yang palsu atau membazir dapat dikesan serta merta secara proaktif di peringkat jaluran butiran sebelum bayaran diberikan.

"Terdapat banyak ruang untuk inovasi dalam rawatan kesihatan memandangkan AI dan Pembelajaran Mesin terus membentuk masa depan rawatan kesihatan dan menyahut cabaran yang dihadapi oleh banyak sistem rawatan kesihatan di serata dunia. Singapore Technology Excellence Award terkini kami mengesahkan sekali lagi hal ini dan meletakkan strategi transformasi digital sebagai tumpuan utama bagi menjadikan rawatan kesihatan bertumpukan pesakit yang berkualiti lebih berpatutan untuk lebih ramai orang di seluruh dunia," simpul Barendrecht.

[1] World Health Organization. (2020). Global spending on health: Weathering the storm. Geneva: World Health Organization.

 

Source: Agility Risk Solutions
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals