HANGZHOU, China dan SAN FRANCISCO, California, 28 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Jenama elektrik premium Geely Holding Group (Geely) iaitu Zeekr akan bekerjasama dengan Waymo dalam pembangunan kenderaan elektrik tulen baharu untuk penggunaan dalam armada pengangkutan e-panggilan berautonomi Waymo One di Amerika Syarikat.
Program ini Dijelaskan / Pelannya.
Kenderaan mobiliti baharu yang dibina khas ini sedang direka dan dibangunkan di kemudahan R&D Zeekr, CEVT (Pusat Teknologi Kenderaan Eropah China) di Gothenburg, Sweden yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam membangunkan kenderaan terkemuka berkelas untuk Geely Holding Group yang lebih meluas. Dalam kerjasama ini, Zeekr akan mereka bentuk dan membangunkan kenderaan masa depan pada seni bina mobiliti sumber terbuka dan proprietari yang baharu. Waymo akan mengambil penghantaran bagi kenderaan tersebut di Amerika Syarikat dan kemudiannya akan menyepadukan Waymo Driver yang berautonomi sepenuhnya ke dalam platform kenderaan berkenaan.
Kenderaan baharu tersebut akan direka bentuk untuk berpaksikan kepada penunggang dari mula lagi, menetapkan penanda aras baharu untuk kenderaan berautonomi. Kenderaan Zeekr baharu tersebut telah direka bentuk bagi penggunaan berautonomi dan akan didatangkan dengan kabin boleh dikonfigurasi sepenuhnya, dengan dan tanpa kawalan pemandu, yang boleh disesuaikan dengan keperluan penunggang untuk armada e-panggilan tanpa pemandu Waymo One di AS.
Zeekr telah ditubuhkan pada awal tahun 2021 sebagai sebuah jenama mobiliti teknologi global dengan sumber reka bentuk dan kejuruteraan di Sweden. Model pertama dari Zeekr iaitu 001, telah diperkenalkan pada bulan April 2021 dengan penghantaran bermula pada bulan Oktober tahun yang sama.
Petikan / Apa kata mereka.
Andy An, Ketua Pegawai Eksekutif Zeekr Technology: "Zeekr dilahirkan berdasarkan matlamat kesaksamaan, kepelbagaian dan kelestarian. Dengan menjadi rakan kongsi strategik dan pembekal kenderaan kepada armada Waymo One, kami akan dapat berkongsi pengalaman, cita-cita dan menyediakan kepakaran kami terhadap bekerjasama dalam kenderaan elektrik sepenuhnya yang memenuhi keperluan Waymo dalam segmen yang berkembang pesat ini di pasaran global untuk perjalanan yang lestari."
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1716743/ZEEKR.jpg?p=medium600