omniture

Pesta Yiwu: Kerja-kerja Persiapan Berjalan Lancar

The 19th China Yiwu International Commodities Fair Organizing Committee
2013-09-17 23:47 257

YIWU, China, 17 September 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Yiwu, kependekan untuk "Pesta Komoditi Antarabangsa Yiwu China" dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dan Kerajaan Daerah Zhejiang dan diadakan di Yiwu, satu daerah Zhejiang, mulai 21 hingga 25 Oktober setiap tahun. Ia merupakan pameran komoditi eksport ketiga paling berpengaruh di Asia dan di dunia selepas Pesta Canton dan Pesta China Timur. Sejak tahun 1995, 18 Pesta telah diadakan, dengan yang ke-19 ini dijadualkan akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Kini kerja-kerja pemajakan semakin selesai.

Baru-baru ini, penganjur Pesta Yiwu telah mengumumkan persediaan untuk Pesta itu sedang berjalan lancar dengan lebih 70 peratus tapak pameran ditempah, lebih 20,000 pembeli terancang disahkan datang, lebih 2,000 pasukan pembeli tempatan dan luar negara telah ditetapkan, hampir 15,000 undangan dihantar kepada pembeli dalam pangkalan data dengan PO terlindung dan lebih 800 pempamer mendaftarkan nama dalam talian.

Bagi menyediakan maklumat terperinci kepada pempamer dan pembeli tentang Pesta itu agar perancangan untuk pemerolehan, perundingan dan pameran boleh dijadualkan terlebih dahulu, pihak penganjurnya mengeluarkan pengenalan berikut:

Pesta itu mempunyai 10 dewan pameran, menyediakan lebih 4,500 tapak pameran standard antarabangsa untuk hampir semua jenis komoditi. Antaranya, Dewan Pameran A1 dan Dewan Pameran B1 direka untuk Perkakasan, B2 dan C2 untuk Barangan Keperluan Harian, C1 untuk Barangan Kemas & Aksesori, D1 untuk Seluar Dalam & Stokin, E1 untuk Seni dan Kraftangan, D2 untuk Elektronik & Peralatan Elektrik, A2 untuk E-Perniagaan & Perkhidmatan Perdagangan dan Persekutuan Wanita Seluruh China, dan E2 untuk Alat Tulis & Barangan Sukan.

Menurut data berkaitan daripada Pesta Yiwu, tapak pameran untuk Perkakasan dan Barangan Keperluan Harian tidak memenuhi permintaan dan ada kekosongan untuk kategori lain juga. "Industri dan perusahaan berkaitan yang mahu menyertai Pameran ini mesti mendaftarkan nama secepat yang mungkin untuk menempah tapak pameran yang lebih baik," kata Wang Guocheng, pengarah Pejabat Pesta Yiwu.

Berada di kedudukan sebagai antara pameran barangan pengguna yang terbesar, paling berpengaruh dan berkesan seumpamanya, Pesta Yiwu telah disahkan pada tahun 2011 oleh UFI. Hingga kini, dengan pihak berkuasa Pesta itu menyifatkannya sebagai platform yang digemari pengeluar dan pembeli barangan pengguna global untuk membuat rundingan perdagangan, Pesta Yiwu akan membawa impak dan dorongan yang lebih besar terhadap industri komoditi pada tahun ini dengan berpandukan idea pengkhususan, pengantarabangsaan, pembolehpasaran dan penjenamaan dalam pembangunannya.

Source: The 19th China Yiwu International Commodities Fair Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Sports Sports Equipment & Accessories Trade show news