omniture

Pantum Perluas Barisan Produk dan Kehadiran Global Jamin Kejayaan Perniagaan Berterusan

Pantum
2021-12-29 20:11 202

ZHUHAI, China, 29 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pantum, jenama yang membangunkan, mengeluarkan dan menjual pencetak laser serta kartrij toner untuk pengguna seluruh dunia, menyambut ulang tahun ke-11 pada bulan Disember ini, menandakan lebih daripada sedekad pengoptimuman dan inovasi produk yang tidak berbelah bahagi. Sepanjang 11 tahun yang lalu, syarikat ini telah membangunkan portfolio produk komprehensif yang terdiri daripada pencetak fungsi tunggal, berbilang fungsi, monokromatik, berwarna, A4 dan A3. Sepanjang tempoh ini, ia juga telah memperluaskan jaringan jualannya untuk meliputi 80 negara dan wilayah di serata dunia dengan tujuan untuk menyediakan pengguna global dengan produk dan perkhidmatan yang luar biasa dan cekap.

Tahun ini, Pantum melancarkan Elite Series yang serba baharu dan dengan kelajuan pencetakan A4 sehingga 40 halaman seminit (PPM), ia merupakan model terpantas syarikat setakat ini. Elite Series yang merangkumi BP5100 Series (BP5100DN/BP5100DW) dan BM5100 Series (BM5100ADN/BM5100ADW, BM5100FDN/BM5100FDW), dapat membantu dalam menangani cabaran harian termasuk kelajuan pencetakan yang perlahan dan tempoh menunggu yang memakan masa dengan ketara. Selain daripada dulang standard 250-halaman dan dulang berbilang fungsi 60-halaman, dua dulang berkapasiti besar 550-halaman tambahan akan meningkatkan kapasiti suapan maksimum kepada 1410 halaman. Ia disasarkan kepada keperluan pelbagai pelanggan komersial bermula daripada PKS dan kerajaan sehinggalah institusi besar dengan ciri-ciri yang lebih mudah seperti pemasangan pemacu sehenti dan pencetakan dupleks automatik. Pemasangan pemacu sehenti dapat membantu dalam pengenalpastian pintar kaedah-kaedah sambungan pencetak seperti USB, rangkaian atau sambungan Wi-Fi. Pencetakan dupleks automatik membolehkan pengguna menjimatkan 50% penggunaan kertas mereka dan mengurangkan sebanyak 50% perbelanjaan mereka.

Memandangkan pandemik ini masih berterusan, syarikat ini turut mempromosikan siri Kecekapan 4S (4S Efficiency) yang lebih "cepat, stabil, pintar dan mudah" bagi menyediakan penyelesaian pencetakan yang menjimatkan. Pantum sentiasa mengubah suai bagi meningkatkan pengalaman pengguna untuk pengguna PKS dengan memerhatikan dan menyelidik persekitaran dan tabiat tempat kerja. Memfokuskan kepada kemudahan penggunaan harian dan penjimatan dalam tempoh jangka panjang, Pantum telah mengenal pasti dan meningkatkan ciri-ciri pencetak yang paling banyak memberi manfaat kepada PKS. Kelajuan pencetakan dan input kertas dioptimumkan untuk pengguna PKS yang mencetak dokumen dalam jumlah yang kecil hingga sederhana dan tidak perlu mengisi semula dulang kertas input dengan kerap. Turut menyasarkan kerja jarak jauh, ia merupakan teman pandemik yang sempurna lantaran ciri-ciri seperti pencetakan mudah alih.

Pada tahun 2021, Pantum komited untuk terus meningkatkan barisan produknya. Elite Series Pantum bukan sahaja memenuhi sektor yang lebih tinggi kualitinya daripada tawaran syarikat ini, tetapi juga memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan agar sesuai dengan pelbagai keperluan mereka. Tatkala dunia melangkah ke tahun 2022, Pantum akan terus menyalurkan usahanya kepada pengoptimuman produk dan perkhidmatan pencetaknya agar dapat menyediakan pengguna di serata dunia dengan pilihan produk yang lebih pelbagai serta pengalaman pengguna yang lancar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami, Facebook, Instagram dan YouTube.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi: Pantum, info@pantum.com.

Source: Pantum
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail New products/services