HONG KONG, 17 September 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo Bakeri Antarabangsa Hong Kong (HKIBE) akan kembali ke Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong mulai 5-7 Disember 2013. Penganjurnya, Vertical Expo Services Co., Ltd. (VE) mengumumkan hari ini pameran itu menunjukkan peluasan yang mengagumkan berbanding tahun lepas.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/HK79377LOGO )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2012/04/12/20120412123408652921-l.jpg )
Menurut Analisis Industri Global (2012), jumlah pasaran produk bakeri global akan mencecah USD447 bilion menjelang tahun 2017 dan Asia-Pasifik mempunyai kadar pertumbuhan tahunan tertinggi sebanyak 6% sepanjang tahun 2017. En. Kenny Lo, Ketua Pegawai Eksekutif VE berkata, "Pasaran yang semakin rancak ini menarik ramai pempamer untuk kembali dan lebih ramai pemain industri untuk menyertai HKIBE."
Wilton Enterprises, satu jenama global, akan memperluas kehadiran mereka di Asia-Pasifik, dengan menyokong rakan kongsi Hong Kong mereka, Complete Deelite Ltd. bagi menganjurkan Zon Seni Hiasan Gula, membawakan 5 Artis Pakar Kek Antarabangsa dari England dan AS untuk bengkel seni hiasan gula mereka. Dolce Vita pula telah komited sekurang-kurangnya selama 2 tahun untuk pelan pemasaran di HKIBE, untuk cuba membawakan kek, hiasan pastri dan bahan-bahan terbaik di dunia ke dalam Asia, rantau yang paling pesat berkembang di dunia.
Profil HKIBE sedang menjadi semakin antarabangsa dengan Lembaga Telur Amerika dan Persatuan Bakeri Korea sebagai penyokong kami. Pelawat dari negara dan rantau berbeza sudah pun mendaftarkan diri, contohnya Australia, Kanada, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Singapura, Thailand, Taiwan, AS, dsb.
Lebih 90% daripada pelawat yang sudah mendaftarkan diri terlebih dahulu sedang mencari pembekal baharu dan rakan kongsi berpotensi untuk produk bakeri, kopi dan konfeksi, bahan-bahan, bidang perisa & penambah serta bidang peralatan & pembungkusan. Dunkin Donuts Filipina berkata "Kami sedang mencari peralatan seperti alat penggelek, alat pruf, penggoreng, ketuhar, pengadun, dan sebagainya." Maxim's Caterers Ltd., salah satu daripada rangkaian kedai bakeri terbesar di Hong Kong, sedang menyumberkan bahan makanan, pembungkusan, inti, saduran coklat, dan mesin pembungkus. Satu rangkaian kedai kopi terkenal di China Mingtien International Holding (H.K.) Co., Ltd., yang memiliki lebih 400 cawangan, akan datang ke HKIBE untuk mencari pembekal bahan berkualiti tinggi serta golongan pakar untuk perniagaan mereka yang semakin membesar.
Aktiviti yang dijalankan serentak seperti "Hiasi Kek Anda", "Ratu Cantik Kek Bermusim", "Pertandingan Pencuci Mulut Bergaya dengan Telur AS", dsb., akan memberi ilham kepada para penonton bagi projek penghasilan kek dan pencuci mulut pada masa hadapan. Selain itu, "Demonstrasi Pakar Antarabangsa", "Sesi Merasa Kopi", dsb. akan menyediakan keadaan yang boleh dikongsi bersama untuk industri ini.
Sertai kami dan rebut saham pasaran dengan perniagaan bakeri menguntungkan ini! Prapendaftaran dalam talian secara percuma kini dibuka untuk para profesional perdagangan.
Hubungan media:
Cik Wing-Yin Ho
+852-3904-3830
info@HKBakeryExpo.com
Laman web: www.HKBakeryExpo.com