omniture

Axios Systems Dimasukkan dalam Magic Quadrant Gartner untuk Alatan Pengurusan Sokongan Perkhidmatan IT (ITSSM), 2013

Axios Systems
2013-09-18 03:28 143

HERNDON, Virginia, 18 September 2013 /PRNewswire/ -- Axios Systems (http://www.axiossystems.com), perintis dalam penyelesaian Pengurusan Perkhidmatan IT, mengumumkan yang ia telah dimasukkan dalam laporan "Magic Quadrant untuk Alatan Pengurusan Sokongan Perkhidmatan IT (ITSSM)" yang diterbitkan oleh firma juruanalisa industri global Gartner, Inc.[i]

Magic Quadrant ITSSM menumpukan terhadap 13 vendor kelas perusahaan yang memenuhi kriteria Gartner. Kriteria itu termasuklah kemampuan vendor, yang ditunjukkan melalui rujukan pelanggan dan pertanyaan klien Gartner, bagi menangani keperluan pelanggan perusahaan yang mencari kefungsian untuk insiden, masalah, perubahan, pelancaran, pengetahuan, analisis sokongan perkhidmatan, layan diri dan pengurusan persetujuan peringkat perkhidmatan[i].

"Axios Systems gembira kerana dimasukkan dalam Magic Quadrant ITSSM Gartner 2013. Kami percaya pengiktirafan ini mengesahkan kemampuan kami untuk memberikan penyelesaian pragmatik boleh skala yang memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan pelanggan kami," kata Tasos Symeonides, Ketua Pegawai Eksekutif Axios Systems.

Direka untuk SaaS dan di premis, assyst Axios membawa teknologi papan pemuka, pengurusan IT Sosial, mobiliti, laporan, penyumberan dan ramalan dalam masa sebenar terbaharu ke dalam pasaran - menawarkan penyelesaian yang membolehkan pulangan serta-merta dalam bentuk kepuasan pelanggan dan pengurangan kos. assyst juga menyediakan kefungsian bersepadu bagi menyokong pentadbiran & piawaian ITAM, dan menerajui gerakan Pengurusan Prestasi Sumber IT (ITRPM) dengan ciri-ciri seperti penyumberan orang ramai dan cara penggunaan seakan permainan, dalam satu penyelesaian tunggal dan boleh dijalankan serta-merta.

Tentang Magic Quadrant

Gartner tidak menyokong apa-apa vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam penerbitan kajiannya dan tidak menasihatkan pengguna teknologi memilih vendor dengan pemeringkatan tertinggi sahaja. Penerbitan kajian Gartner terdiri daripada pandangan organisasi kajian Gartner dan tidak patut dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada yang dinyatakan atau dibayangkan, yang berkaitan dengan kajian ini, termasuk sebarang jaminan boleh jual atau kesesuaian untuk sebarang tujuan tertentu.

Untuk maklumat lanjut tentang Gartner, atau jika anda seorang klien Gartner dan ingin mengakses laporan itu, sila lawati http://www.gartner.com.

Tentang Axios Systems

Axios Systems hanya bertumpu untuk menyediakan penyelesaian ITSM. Sebagai penginovasi yang diiktiraf untuk teknologi canggih yang meneraju, Axios terus menukarkan IT menjadi penyedia perkhidmatan yang berpusatkan perniagaan.

Perisian ITSM perusahaan Axios, assyst, direka melalui pembangunan tangkas dan dipacu pelanggan bagi menyokong orang ramai, proses dan teknologi. assyst diciptakan bagi memberikan perisian ITSM yang ringkas namun berkuasa yang mudah digunakan dan diselenggara.

Axios ialah syarikat global dengan cawangan di seluruh negara Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut tentang Axios Systems, sila lawati http://www.axiossystems.com.

Hubungi     
Axios Systems    
pr@axiossystems.com

i. Laporan "Magic Quadrant for IT Service Support Management Tools (Magic Quadrant untuk Alatan Pengurusan Sokongan Perkhidmatan IT)" Gartner oleh Jared Greene dan Jeffrey M. Brooks, 20 Ogos 2013.

SUMBER  Axios Systems

Source: Axios Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards