omniture

Xinhua Silk Road: Jiading Shanghai menumpukan kepada sel bahan api hidrogen dan ICV, rancakkan industri automobil

Xinhua Silk Road
2022-01-03 16:01 274

BEIJING, 3 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Daerah Jiading di Shanghai, timur China mengeluarkan dasar untuk menggalakkan pembangunan industri automobil yang menampilkan pengelektrikan, automasi, sambungan rangkaian dan perkongsian pada hari Rabu di sebuah persidangan yang mana satu pelan tindakan juga telah diperkenalkan untuk menggiatkan pembangunan kenderaan sel bahan api hidrogen.

Foto menunjukkan Shanghai Hydrogen Propulsion Technology Co., Ltd. di Daerah Jiading
Foto menunjukkan Shanghai Hydrogen Propulsion Technology Co., Ltd. di Daerah Jiading

Melalui usaha untuk menaik taraf industri automobilnya, Daerah Jiading telah membentuk asas industri yang kukuh serta rantaian industri yang dinamik.

Pengusaha-pengusaha yang terkemuka dalam industri ini berhimpun di daerah ini untuk menggalakkan pembangunan industri automobil dalam empat aspek penting iaitu pengelektrikan, automasi, sambungan rangkaian dan perkongsian. Ini termasuk SAIC Volkswagen, Volvo, NIO, Li Auto, Horizon Robotics, Shanghai Hydrogen Propulsion Technology dan sebagainya.

Daerah Jiading turut mendapat kelebihan utama di seluruh negara dari segi menyediakan kemudahan sokongan untuk industri automobil menerusi projek-projek utama seperti satu-satunya zon perintis antarabangsa China untuk kenderaan elektrik, zon perintis pertama China untuk kenderaan terhubung pintar (ICV) yang diluluskan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, stesen pengisian bahan api hidrogen tetap pertama China dengan rekod terpanjang bagi tempoh operasi yang selamat dan sebagainya.

Pada masa akan datang, daerah ini akan memperluaskan lagi kekuatannya dalam industri automobil dengan membawakan inovasi, perkhidmatan dan sumbernya ke peringkat lebih tinggi, berusaha untuk semakin meningkatkan kecekapan global dan mewujudkan lebih banyak teknologi dan standard baharu untuk industri ini.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/325665.html

 

 

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation