omniture

Xinhua Silk Road: Festival Membeli Belah Seramik Global Pertama bakal dibuka di Jingdezhen

Xinhua Silk Road
2022-01-03 16:07 312

BEIJING, 3 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Festival Membeli Belah Seramik Global pertama dijadualkan berlangsung mulai 1 Januari hingga 3 Januari 2022 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Jingdezhen di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi, timur China.


Dijangkakan bahawa acara ini akan mempamerkan puluhan ribu produk seramik daripada ratusan jenama seramik terkenal dari pelbagai negara seperti China, Jerman, Jepun, Rusia dan sebagainya.

Sebagai kempen promosi membeli belah seramik global berskala besar standard tinggi yang pertama diadakan di Jingdezhen, acara ini didatangkan dengan tawaran istimewa tahun baharu serta aktiviti interaktif yang menggabungkan pengetahuan budaya mengenai seramik dan kemahiran membuat seramik.

Di samping itu, Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa akan mengadakan pameran yang berlangsung dalam tempoh yang panjang iaitu Pameran Seramik Antarabangsa Jingdezhen China dalam usaha untuk mewujudkan platform terbuka bagi tujuan perdagangan seramik global secara tetap.

Sebagai "ibu kota porselin" yang terkenal di dunia, Jingdezhen telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kos kendalian perniagaan dan meningkatkan pengalaman pengguna. Dengan membina sistem yang berkesan untuk perdagangan, pengurusan gudang dan pembiayaan rantaian bekalan, bandar ini berusaha untuk menyediakan perkhidmatan sehenti melalui penyelarasan dalam talian untuk industri ini.

Menurut seorang wakil daripada Jingdezhen State Owned Assets Operation and Investment Holding Group Co., Ltd., bandar ini sentiasa membangunkan perniagaan yang berkaitan seperti katering dan bengkel membuat seramik, dengan harapan agar dapat membawa masuk firma-firma seramik luar dan menggalakkan perusahaan-perusahaan tempatan meneroka pasaran yang lebih luas.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/325673.html

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service Retail Trade show news Future Events