omniture

Majikan Paling Menarik Untuk Bekerja Antarabangsa 2013

Pertukaran pilihan oleh pelajar peringkat antarabangsa membawa kepada perubahan senarai di kalangan majikan menarik utama
Universum Global
2013-09-18 08:00 149

STOCKHOLM, 18 September 2013 /PRNewswire/ -- Universum Global telah mengeluarkan senarai organisasi yang memiliki kelebihan daya saing mengenai reputasi sebagai majikan. Hampir 200,000 pelajar dari jurusan perniagaan dan kejuruteraan di pelbagai universiti terkemuka sedunia telah terlibat dalam kaji selidik mengenai ciri-ciri syarikat dan majikan paling menarik untuk mereka bekerja. Sama seperti hasil kajian selidik empat tahun yang sebelumnya, ranking kedudukan 2013 merupakan hasil kaji selidik pelajar dari 12 ekonomi terbesar dunia: Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Ranking 2013 bagi bidang perniagaan menunjukkan persaingan sengit antara industri perkhidmatan profesional, pelaburan perbankan dan fast moving consumer goods (FMCG). KPMG, yang menduduki takhta tempat kedua dalam senarai tahun lepas, telah jatuh enam anak tangga dan kini telah digantikan dengan EY (Ernst & Young) yang telah naik empat anak tangga.

"Alasan mengapa majikan tersebut dilihat sebagai majikan menarik untuk bekerja adalah disebabkan oleh hubung-kait dengan ciri-ciri majikan menarik yang dianggap penting oleh pelajar, seperti kejayaan pasaran, latihan profesional & pembangunan kendiri, serta penyediaan peluang kerjaya yang selamat. Hal ini mungkin bersangkut-paut dengan pandangan Generasi Y yang lebih mengutamakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), persekitaran kerja yang mesra serta keadaan kerja yang fleksibel, " kata Petter Nylander, Ketua Pegawai Eksekutif Universum Global.

Bagi senarai kedudukan dalam jurusan kejuruteraan, syarikat yang berkedudukan senarai tempat sepuluh teratas adalah lebih stabil dibandingkan dengan senarai tahun lepas. Syarikat dalam bidang komputer & perisian masih bersaing bagi merebut kedudukan tempat teratas, yang kini masih kukuh didahului oleh Google selama lima tahun – sementara Microsoft (tempat kedua) telah mengambil alih kedudukan IBM (tempat ketiga). Senarai majikan dalam sektor ini sering dikaitkan dengan "inovasi" serta "produk dan perkhidmatan yang mengujakan" – dua sifat penting yang dipandang berat oleh golongan jurutera. Berikut merupakan hasil kedudukan syarikat bagi sepuluh tempat teratas daripada senarai lima puluh Majikan Paling Menarik Untuk Bekerja Antarabangsa.

Perniagaan: 1. Google, 2. EY (Ernst & Young), 3.Goldman Sachs, 4. PwC (PricewaterhouseCoopers), 5. Microsoft, 6. Apple, 7. Deloitte, 8. KPMG , 9. Coca-Cola, 10. P&G

Kejuruteraan: 1. Google, 2. Microsoft, 3. IBM, 4. Apple, 5. BMW Group, 6. GE, 7. Intel, 8. Siemens, 9. Sony, 10. Shell

Hasil penuh senarai kedudukan boleh didapati dari laman sesawang http://universumglobal.com/ideal-employer-rankings/global-results/

Mengenai Universum
Universum adalah sebuah organisasi antarabangsa yang telah bertapak dalam bidang penjenamaan majikan sejak tahun 1988. Universum menyediakan pelbagai rangkaian perkhidmatan dari segi penyelidikan, perundingan strategik serta penyelesaian komunikasi yang membolehkan majikan lebih memahami, menarik dan  mengekalkan bakat yang berkemahiran tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web www.universumglobal.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Joyce Lee
Telefon: +65 6536 7524 / + 65 8181 2593
E-mel: joyce.lee@universumasia.com

SUMBER  Universum Global

Source: Universum Global
Keywords: Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research