GUANGZHOU, China, 4 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Model pemanduan sebelah kanan yang pertama daripada GAC MOTOR — versi pemanduan sebelah kanan yang dikeluarkan secara besar-besaran GS3 diperkenalkan di Malaysia pada 28 Disember, seraya menandakan kemasukan rasmi GAC MOTOR ke pasaran pemanduan sebelah kanan dan mencatatkan satu lagi pencapaian dalam perniagaan antarabangsa kumpulan ini.
Di samping itu, bilik pameran jenama GAC MOTOR yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur turut dibuka secara rasmi. Setelah bilik pameran tersebut memulakan operasinya, WTCA, pengedar GAC MOTOR tempatan yang eksklusif akan meningkatkan kesedaran jenama secara beransur-ansur di kawasan setempat, mengekalkan kepuasan pelanggan, menambah baik rangkaian runcit tempatan serta memanfaatkan lima buah kilang Tan Chong Group syarikat induk WTCA di empat negara ASEAN untuk mempercepatkan pengeluaran tempatan.
Selaras dengan rancangan lima tahun ke-13 China, strategi "1513" yang diumumkan baru-baru ini oleh GAC Group memberi penekanan tinggi terhadap pengantarabangsaan. Pelancaran versi sebelah kanan pertama GS3 merupakan pelaksanaan penting strategi "1615" GAC MOTOR bagi membantu meningkatkan perniagaan antarabangsa dan menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi.
Perbezaan dalam Perincian
Pemanduan sebelah kanan GS3 mungkin kelihatan serupa, namun begitu terdapat banyak perbezaan kecil terhadap perincian kereta yang sangat serupa ini, dengan sejumlah 130 pelarasan peraturan dipertimbangkan.
Selain perubahan yang jelas terhadap kedudukan roda stereng, ketiga-tiga pedal perlu dipindahkan, mekanisme peralihan diselaraskan, mekanisme letak kereta ditukar dan sistem stereng dan brek perlu dipadankan semula. ESP perlu ditentukur semula sementara pemasangan gear manual dioptimumkan.
Sistem hiburan kereta ini juga telah dinaik taraf, membolehkan telefon bimbit disambungkan dengan mudah dan cepat serta pelbagai peringatan keselamatan elektronik ditambah dan pengukuran perkakasan diselaraskan bagi mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan kenderaan tempatan.
GAC MOTOR juga komited untuk mengejar kecemerlangan dari segi nilai estetika. Bagi menjadikan GS3 produk akhir yang diantarabangsakan semenarik produk asal, jeriji depan dan muka keseluruhan kereta ini diselaraskan semula dengan penuh teliti demi impak visual yang maksimum.
Cita-cita Global
Ini merupakan penerapan julung kalinya bagi kenderaan GAC MOTOR bagi menjadi model pemanduan sebelah kanan.
Selain kenderaan yang menakjubkan, pelaksanaan ini menyediakan pangkalan data produk dan kajian peraturan keselamatan beraneka yang akan bermanfaat untuk alihan model masa depan serta pelan tindakan teruji untuk reka bentuk.
Pada masa akan datang, GAC Group berharap dapat mengeluarkan lebih banyak kenderaan dioptimumkan di peringkat antarabangsa, bagi membawa kehebatan ketukangan Cina kepada pengguna.