BEIJING, 18 September 2013 /PRNewswire/ -- Pesta produk bayi paling berpengaruh di tanah besar China, Ekspo Kanak-kanak China akan dibuka kepada para pembeli seluruh dunia pada 15-17 Oktober 2013 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Dengan kawasan pameran yang telah diperluaskan sebanyak 12,000 meter persegi bagi menempatkan lebih ramai pempamer, pesta itu akan menambahkan lagi kelebihan untuk kereta sorong, mainan tunggang, dan kerusi kereta kanak-kanak, dan dijangka akan mengalu-alukan 60 peratus lebih ramai pengunjung antarabangsa dalampada tahun 2013.
Menambah kelebihan untuk kereta sorong, mainan tunggang dan kerusi kereta kanak-kanak
Ekspo Kanak-kanak China cemerlang dalam mempamerkan kereta sorong, mainan tunggang, dan kerusi kereta kanak-kanak berbanding acara lain di tanah besar China, dan kelebihannya dijangka akan meningkat sambil pempamer untuk produk ini sekali lagi telah melihat pertumbuhan pesat sebanyak 57 peratus dalampada tahun 2013. Tambahan lagi, perluasan ruang tahun ini juga mencerminkan pertumbuhan pempamer katil bayi, produk penjagaan bayi dan produk pemakanan bayi, dengan peningkatan sebanyak 30% dilihat sejak itu.
Kilang tempatan kecil, sederhana dan besar dari Kunshan, Ningbo, Pinghu, dan Cixi di Timur China dan Zhongshan dan Pingxiang di Selatan dan Utara China mempamerkan produk terbaharu mereka semasa pertunjukan itu setiap tahun. Selain jenama pameran tetap seperti Goodbaby, Angel, Best Baby, INF, dan banyak lagi, Goldenbaby, Rastar Baby, Smart Sports, Babyluxe, Huada dan Value Bicycle, dan lain-lain akan menyertai pameran ini buat pertama kalinya.
Pembeli antarabangsa yang mendaftar lebih awal meningkat 60%
Setiap tahun peruncit besar seperti Carrefour, Wal-Mart, Kmart, Home Retail Group, Parkson, GIFI, dan syarikat perdagangan, pengedar, dan peruncit dalam talian global menyertai pameran ini untuk penyumberan. Sehingga sekarang, pembeli antarabangsa keseluruhan yang mendaftar lebih awal telah menyaksikan pertumbuhan sebanyak 60 peratus, terutamanya bagi pembeli dari Amerika Syarikat, Itali, Australia, Rusia, Jepun, dan Korea Selatan.
Dianjurkan bersama oleh Persatuan Mainan & Produk Kanak-kanak China serta Koelnmesse, Ekspo Kanak-kanak China diadakan setiap Oktober serentak dengan Ekspo Mainan China dan Dewan Pelesenan Jenama.
Daftar lebih awal sekarang untuk mendapat lencana masuk PERCUMA: http://system.china-kids-expo.com/2013/babycarrier/visitor/prereg.asp
Lawati http://www.china-kids-expo.com/ untuk mengetahui lebih lanjut.
Tentang Persatuan Mainan & Produk Kanak-kanak China (CTJPA)
CTJPA adialah persatuan kebangsaan tunggal dalam industri Mainan & Produk Kanak-kanak di China. Ahli berdaftar terdiri daripada pengeluar dan pengedar mainan dan produk bayi, makmal ujian, dan institusi pendidikan di China.
Tentang Koelnmesse
Sebagai penganjur pesta perdagangan yang terkemuka seluruh dunia, Koelnmesse mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam menganjurkan beberapa acara perdagangan paling Bberjaya di dunia, seperti Kind+Jugend di Cologne, Jerman.