omniture

Central World Thailand, mercu tanda kira detik global, turut dikenali sebagai 'Times Square of Asia', fokuskan 'pesanan untuk masa depan lebih baik' kepada dunia dengan bunga api menakjubkan untuk sambut permulaan tahun 2022

Central Pattana Plc (CPN)
2022-01-04 11:31 2514

BANGKOK, 4 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Central Pattana plc., pemaju hartanah dan pusat membeli belah terbesar Thailand serta pengendali Central World mengumumkan bahawa kira detik tahun ini di Central World, mercu tanda perayaan yang paling terkenal di Thailand yang terletak di tengah-tengah Bangkok, turut dikenali sebagai 'Times Square of Asia', akan disiarkan SECARA LANGSUNG hanya agar bertangggungjawab dari segi sosial dan menjamin kesihatan dan keselamatan semua orang sekali gus memastikan fenomena ini berterusan dengan pertunjukan bunga api berskala besar yang menakjubkan. Ia pastinya akan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan pada tahun ini sama seperti dengan mercu tanda kira detik lain yang terkenal di serata dunia.

Thailand's Central World, the global countdown landmark, aka 'Times Square of Asia', spotlights 'message for better futures' to the world with spectacular fireworks to ring in 2022
Thailand's Central World, the global countdown landmark, aka 'Times Square of Asia', spotlights 'message for better futures' to the world with spectacular fireworks to ring in 2022

Central World telah menjadi mercu tanda sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu No.1 di Thailand selama lebih daripada 20 tahun lamanya. Melangkah menuju tahun 2022, pusat membeli belah global ini menampilkan sorotan yang paling mengagumkan menerusi pertunjukan bunga api yang menakjubkan di bawah tema 'MESSAGE FOR BETTER FUTURES' ('PESANAN UNTUK MASA DEPAN LEBIH BAIK') yang turut disegerakkan bagi menggabungkan pertunjukan bunga api, orkestra secara langsung daripada Thailand Philharmonic Orchestra dan seni grafik 3D maya yang dipersembahkan di panOramix, skrin digital interaktif terbesar di dunia bagi menaikkan status Central World sebagai satu-satunya mercu tanda kira detik global di tengah-tengah Bangkok.

Pertunjukan bunga api yang penuh sensasi ini, diilhamkan oleh pergerakan global yang paling banyak diperkatakan pada tahun 2021, membawakan erti dan lambang mendalam yang dapat ditafsirkan kepada kisah yang tidak dapat dilupakan untuk mendorong tenaga yang positif;

Tindakan 1: 'Kuasa Kepositifan' mempersembahkan galakan daripada warga Thai kepada dunia bahawa tidak lama lagi kita akan dapat mengatasi pandemik ini.

Tindakan 2: 'Keharmonian dunia' mempersembahkan kuasa kesepakatan kerana kita semua memainkan peranan penting dalam mengharmonikan perpaduan.

Tindakan 3: 'Menyampaikan Kebahagiaan' mempersembahkan empat pesanan yang memberi inspirasi yang merupakan pergerakan global yang paling banyak diperkatakan pada tahun 2021:

Melindungi Bumi – Memandangkan tiada planet B, kami menggesa kesedaran mengenai alam sekitar dan perubahan mampan.

Menghormati Kesaksamaan – Dalam dunia yang penuh dengan kepelbagaian, ayuh kita menerima keindahan perbezaan.

Kekal Berdaya Tahan – Tak kira berapa kali pun kita jatuh, kita akan bangkit untuk mengatasi sebarang keadaan.


Membayangkan Masa Depan Lebih Baik untuk Semua – Percaya dengan kuasa komitmen dan inovasi demi masa depan yang lebih baik untuk semua.

Begitulah inspirasi daripada pertunjukan bunga api segerak 'MESSAGE FOR BETTER FUTURES' – lambang dari Thailand untuk memperlihatkan tenaga positif kami terhadap pentas dunia untuk mengharungi pandemik ini bersama-sama.

Thailand's Central World, the global countdown landmark, aka 'Times Square of Asia', spotlights 'message for better futures' to the world with spectacular fireworks to ring in 2022
Thailand's Central World, the global countdown landmark, aka 'Times Square of Asia', spotlights 'message for better futures' to the world with spectacular fireworks to ring in 2022

 

Source: Central Pattana Plc (CPN)
Keywords: Commercial Real Estate Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Real Estate Future Events