omniture

OIA Global Memperoleh Bellville International

OIA Global
2013-09-18 22:08 173

-- Pemerolehan memperluaskan rangkaian OIA sebanyak 22 cawangan yang berkhidmat untuk tambahan 14 negara lagi

PORTLAND, Oregon, 18 September 2013 /PRNewswire/ -- OIA Global, penyedia pengangkutan, pengurusan rantaian bekalan dan penyelesaian pembungkusan yang meneraju di seluruh dunia, hari ini mengumumkan ia telah membeli saham majoriti Bellville International Ltd., penyedia global untuk perkhidmatan penghantaran muatan dan logistik yang beribu pejabat di London, UK. Bellville International ialah syarikat pegangan Bellville Rodair International di Eropah, AS, China dan Brazil. Terma kewangan urus niaga itu tidak dinyatakan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121113/LA11679LOGO)

 "Pemerolehan ini sangat strategik untuk syarikat kami. Kami sudah mencari merata-rata untuk rakan kongsi yang sesuai di Eropah, dan gembira dengan kesudahan ini," kata Charlie Hornecker, Ketua Pegawai Eksekutif OIA Global. "Pemerolehan ini mengembangkan rangkaian global kami dengan penambahan 22 pejabat milik syarikat, berkhidmat untuk tambahan 14 negara lagi, yang meletakkan OIA pada kedudukan yang lebih baik untuk berkhidmat kepada tapak klien antarabangsa kami yang semakin membesar, terutamanya di Eropah tempat Bellville mempunyai kehadiran yang kuat," tambah beliau lagi.

"Sebagai sebahagian daripada keluarga OIA Global yang semakin membesar, klien kami juga akan mendapat banyak manfaat daripada pemerolehan ini," kata Terry Walpole, Pengerusi Bellville Rodair Group. "Rangkaian dan suite global OIA untuk penyelesaian pengangkutan, penggudangan, pengedaran dan pembungkusan yang mampan, digabungkan dengan kepakaran khusus kami dalam logistik tenaga, automotif dan fesyen sama-sama menguntungkan klien OIA dan Bellville," tambah beliau lagi.

"Bellville telah membina syarikatnya dengan memberikan keandalan, perkhidmatan dan kejujuran dengan pelanggan melalui interaksi dengan manusia, dan ini menghasilkan hubungan kerja yang kukuh dengan klien kami," kata David Ower, Pengarah Urusan Kumpulan itu, "komitmen OIA yang mirip untuk sifat profesional dan perkhidmatan klien secara keseluruhan adalah sebahagian besar daripada sebab yang menarik hati kami kepada OIA," tambah beliau lagi.

"Seperti yang kita tahu, yang paling penting ialah orang ramai dan kami dengan sukacitanya melaporkan pasukan pengurusan kanan Bellville akan menjadi sebahagian daripada pasukan eksekutif OIA. Kami mengalu-alukan semua kakitangan Bellville ke OIA," tambah Hornecker.

Tentang OIA Global
Sejak penubuhannya pada tahun 1988, OIA telah bertumbuh menjadi penyedia logistik pihak ketiga utama yang memberikan klien kombinasi unik penyelesaian logistik global dan pembungkusan kreatif. Dengan staf khusus seramai lebih 700 profesional dan kehadiran seluruh dunia yang meluas di lebih 75 negara, OIA mereka penyelesaian inovatif yang boleh mengoptimumkan rangkaian bekalan seluruh dunia. OIA adalah sebahagian daripada LDI Ltd., syarikat pegangan milikan tertutup bertambah nilai yang berpusat di Indianapolis. Asalnya ditubuhkan pada tahun 1912 bagi mengeluarkan kotak gelugur, sejak itu LDI telah memperoleh dan memajukan kepentingan dalam perniagaan pengedaran, pengeluaran dan logistik. Pegangan semasa termasuklah Tucker Rocky, pengedar jenama alat ganti sukan berkuasa, aksesori dan pakaian. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.oiaglobal.com

Hubungan OIA Global
Christina Marini, Koordinator Pemasaran
Christina.marini@oiaglobal.com 
+1-503-736-5971

Source: OIA Global
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronics Performance Measurement Acquisitions, mergers, takeovers