omniture

Peneraju Video E-Dagang yang Berpusat di Dallas Cinsay Memfailkan Saman untuk Pelanggaran Paten

Munck Wilson Mandala
2013-09-18 22:13 135

- Saman Ditujukan Kepada Joyus, Brightcove kerana melanggar hak teknologi video interaktif

DALLAS, 18 September 2013 /PRNewswire/ -- Cinsay Inc., peneraju teknologi video e-dagang yang berpusat di Texas, telah memfailkan saman pelanggaran paten menentang Joyus Inc. dan Brightcove Inc. dalam Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Utara Texas.

Saman itu, Cinsay Inc. mlw. Joyus Inc. dan Brightcove Inc., No. Kes 3:13-CV-03628-L, telah difailkan pada 10 September 2013 dan menuduh pelanggaran Paten A.S. No. 8,312,486 dan No. 8,533,753 untuk aplikasi video berasaskan Internet interaktif.

Dalam saman yang difailkan oleh firma perundangan yang berpusat di Dallas Munck Wilson Mandala, Cinsay menuduh Joyus dan Brightcove kerana melanggar paten inovasi Cinsay bagi video e-dagang – kadang-kadang dirujuk sebagai "video boleh beli." Sejak penubuhannya, Cinsay terus membangunkan teknologi baharu, memajukan dirinya daripada perusahaan permulaan kecil-kecilan menjadi syarikat dengan lebih 120 kakitangan hari ini.

"Salah satu strategi pertumbuhan teras Cinsay melibatkan perlindungan harta intelek," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinsay Christian Briggs. "Saman ini bertujuan untuk melindungi penemuan teknologi yang kami capai dengan usaha keras daripada digunakan tanpa kebenaran oleh Joyus dan Brightcove."

Cinsay yang bertapak di Dallas telah mencipta platform e-dagang generasi seterusnya berasaskan video yang interaktif dengan penonton untuk sebarang saiz perniagaan. Teknologi Cinsay membolehkan sesiapa sahaja menjual produk, mempamerkan kupon yang boleh dicetak, merekod derma, dan menjana pendahuluan, semuanya dalam teknologi Smart Store™ yang telah dipatenkan olehnya.

Forbes mengiktiraf Cinsay sebagai salah satu "Syarikat Harapan Amerika" sementara eTail Conferences mengiktiraf Cinsay sebagai "Bintang Harapan" dalam inovasi untuk tahun 2012. Platform berasaskan video e-Dagang Cinsay boleh digunakan untuk sebarang individu atau perniagaan. Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.cinsay.com/.

Munck Wilson Mandala ialah syarikat perundangan bertumpukan teknologi yang berpusat di Dallas yang menekankan hak paten, rahsia perdagangan dan pertikaian harta intelek lain. Firma itu menawarkan rundingan perkhidmatan penuh dalam bidang litigasi harta intelek, litigasi komersil kompleks, pembangunan portfolio harta intelek, urus niaga dan sekuriti korporat, dan undang-undang pengambilan pekerja. Munck Wilson Mandala mewakili klien daripada perusahaan kecil-kecilan sehinggalah syarikat Fortune 500. Ketahui lebih lanjut tentang firma itu di http://www.munckwilson.com.

Untuk maklumat lanjut tentang pemfailan pelanggaran paten, sila hubungi Robert Tharp di 800-559-4630 atau Robert@androvett.com.

Source: Munck Wilson Mandala
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Internet Technology Multimedia/Online/Internet Legal issues Patent Law