![]() |
Perjanjian ini meningkatkan kemampuan penyumberan, perolehan dan kualiti bagi peneraju teknologi pelaksanaan logistik
PLEASANTON, California, 4 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Blume Global, penyedia penyumberan rantaian bekalan, perolehan, pelaksanaan dan penyelesaian teknologi boleh dilihat yang terkemuka, hari ini mengumumkan pengambilalihan LiveSource, sebuah rangkaian perniagaan rantaian bekalan pelbagai perusahaan yang terkemuka bagi pembuatan kompleks. Syarikat tersebut yang mempunyai pejabat di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia, menyediakan penyelesaian teknologi seperti pengorkestraan penyumberan dan perolehan kepada sektor pembuatan automotif dan perindustrian.
Setakat 1 Januari, semua pekerja LiveSource menjadi sebahagian daripada Blume Global yang berupaya menyokong sepenuhnya pelanggan sedia ada LiveSource di seluruh dunia. Perjanjian ini akan memberikan pelanggan semasa LiveSource akses kepada teknologi pelaksanaan logistik dan kepakaran pengurusan rantaian bekalan Blume yang sangat luas dengan memperkasakan para pelanggan ini melalui kawalan menyeluruh terhadap kendalian pengangkutan barang serta memberikan mereka ketelusan terhadap pembekal alternatif. Keupayaan TMS antarabangsa berbilang mod dan kebolehlihatan pengangkutan pelbagai laluan Blume melengkapkan penyelesaian LiveSource.
Blume akan turut mengambil alih anak syarikat LiveSource di Switzerland dan Perancis. Operasi LiveSource di A.S. dan Eropah akan mengekalkan pensijilan ISO 27001 dan pematuhan GDPR mereka.
"Pengilang menguruskan jumlah data perolehan dan sumber pembekal yang luar biasa, begitu juga dengan maklumat pengurusan kualiti yang seringkali berada dalam sistem berbeza. Penyelesaian LiveSource memulihkan maklumat ini dengan memanfaatkan teknologi pengumpulan data, menyeragamkan data agar ia menjadi maklumat risikan yang boleh digunakan," kata Bo Hagler, Ketua Pegawai Eksekutif LiveSource yang akan menyertai pasukan pengurusan Blume dan melapor secara langsung kepada Pervinder Johar, Ketua Pegawai Eksekutif Blume Global. "Saya teruja dengan masa depan teknologi kami di bawah pengurusan Blume Global, salah sebuah penyedia penyelesaian boleh dilihat dan penyedia pelaksanaan rantaian bekalan terkemuka yang ada di luar sana hari ini. Saya telah mengenali Ketua Pegawai Eksekutif Pervinder Johar selama bertahun-tahun dan turut sama menjayakan visi beliau demi masa depan rantaian bekalan global."
LiveSource telah diiktiraf untuk aplikasi penyumberan strategik dan rangkaian perniagaan rantaian bekalan berbilang perusahaan dalam laporan Gartner. Blume turut mendapat manfaat daripada bakat pengurusan produk LiveSource yang kukuh dan penampilannya yang ketara di Eropah.
"Blume memberi tumpuan kepada pengorkestraan rantaian bekalan. Pengambilalihan LiveSource melengkapkan kebolehlihatan dan pengorkestraan logistik Blume dengan kebolehlihatan dan pengorkestraan perolehan dan penyumberan LiveSource," kata Johar yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah LiveSource. "Pengambilalihan LiveSource juga melengkapkan kehadiran Blume di Amerika Utara dan Asia dengan penampilan yang kukuh di Eropah yang turut merangkumi anak syarikat milik penuh dan kepemimpinan veteran industri syarikat tersebut."
Tentang Blume Global
Penyedia teknologi rantaian bekalan, Blume Global sedang berusaha menghilangkan sisa rantaian bekalan global yang bernilai $1 trilion dengan menjadikan proses logistik lebih tangkas, boleh dipercayai dan lestari melalui penyelesaian kebolehlihatan dan pelaksanaan logistik yang inovatif. Blume mempunyai rangkaian terbesar dalam kalangan penyedia teknologi logistik. Kesalinghubungan langsung Blume Global dengan penyedia pengangkutan laut, udara, kereta api, bungkusan, muatan ringan (LTL) dan muatan trak yang digabungkan dengan penyelesaian dan data industri Blume Global selama 27 tahun memberikan data yang diperlukan para pengguna untuk memaksimumkan perbelanjaan pengangkutan, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan mengurangkan pelepasan karbon. Penyelesaian ini disokong oleh organisasi R&D yang cukup besar yang menambahkan lagi ciri-ciri bernilai tinggi baharu. Dalam usaha membangunkan teknologi yang memperkemas dunia logistik, Blume Global menerajui industri dengan mewujudkan penyelesaian rantaian bekalan lestari, berusaha menangani perubahan iklim dengan menghapuskan pelepasan karbon secara signifikan di dunia yang kebanyakan muatannya diangkut menggunakan bahan api fosil.
Tentang LiveSource
Sejak tahun 2000, LiveSource telah membantu beberapa syarikat pembuatan kompleks terbesar di dunia untuk mengetahui apa yang bakal berlaku. Ia merupakan satu-satunya penyelesaian yang dibina untuk digunakan secara langsung, menghubungkan semua komponen bergerak dan disesuaikan dengan pantas terhadap perubahan. Dicipta dalam persekitaran awan, platform aplikasi ini mengkhusus dalam penyumberan strategik, kualiti, peralatan dan pengurusan prestasi pembekal. Inilah yang menyebabkan peneraju industri di seluruh dunia seperti Dana, Adient, Vibracoustic dan Goodman Manufacturing beralih kepada LiveSource bagi mengelakkan risiko tersembunyi dan kekal berdaya saing dalam dunia yang menyaksikan margin yang semakin mengecil.
Hubungan Media
Jon Ross
jon.ross@blumeglobal.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/744701/Blume_Logo.jpg?p=medium600