BANGALORE, India dan DUBAI, UAE, 19 September 2013 /PRNewswire/ -- Infosys, peneraju global dalam perundingan, teknologi dan penyumberan luar, hari ini mengumumkan pelancaran Finacle 11E, penyelesaian perbankan universal maju yang memudahkan transformasi perbankan. Pendekatan penyelesaian yang berkomponen itu membantu bank dalam sebarang saiz memodenkan operasi mereka dengan pantas, dalam cara berfasa sambil meminimumkan risiko. Komponen kelas perusahaannya dijangka akan mempertingkat kecekapan operasi teknologi bank, sambil memperbaiki pengalaman pelanggan merentasi semua saluran.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162)
Finacle 11E ialah pelancaran terbaharu untuk penyelesaian perbankan universal Finacle yang memenangi anugerah. Ia merupakan perlanjutan kejayaan Finacle yang memberikan manfaat mantap kepada bank global, termasuk kadar pulangan tahunan sebanyak lebih 55% untuk pelaburan transformasi perbankan teras*. Ia juga membantu pelancaran produk dan perkhidmatan baharu dengan lebih cepat - klien Finacle telah mengalami peningkatan purata sebanyak 33 peratus bagi tempoh mereka untuk memasuki pasaran.**
Sambil bank menyasarkan untuk mencipta semula perniagaan mereka dan mengemudi cabaran semasa dalam persekitaran makro ekonomi, Finacle 11E menjanjikan pendekatan yang dimudahkan untuk transformasi perbankan:
Petikan kata:
Haragopal M, Ketua Global- Finacle, Infosys:
"Kerumitan operasi perniagaan dan keperluan untuk pemodenan teknologi ialah antara cabaran yang terbesar untuk memecut pertumbuhan hari ini. Dengan menggunakan kelebihan sifat berkomponen Finacle 11E, bank boleh memilih untuk mengaturkan penggunaan penyelesaian dalam fasa berdasarkan keutamaan perniagaan. Ini memastikan perjalanan transformasi yang mudah dan realisasi lebih pantas untuk faedah pemodenan."
Robert Hunt, Pengarah Penyelidikan Kanan, CEB TowerGroup:
"Bank besar keberatan untuk menjalankan projek pemodenan teras kerana risiko dan kerumitan usaha itu. Dengan mewujudkan komponen dalam produk mereka, vendor teras menyediakan bank fleksibiliti yang diperlukan untuk membangunkan pelan pelaksanaan berfasa yang mengurangkan risiko ini. Lebih-lebih lagi, pembahagian komponen membenarkan bank mengutamakan usaha mereka, memperbaiki kes perniagaan untuk pemodenan teras dengan menumpukan terhadap fungsi yang menyediakan faedah jangka pendek yang terbanyak".
Ali Sajwani, Ketua Pegawai Maklumat, Emirates NBD:
"Penyelesaian Perbankan Teras Finacle telah memperkasakan operasi kami sejak tahun 2009. Sebagai rakan kongsi jangka panjang, Finacle telah membantu kami berkembang daripada segi organik dan bukan organik. Memang bagus apabila melihat Infosys sentiasa mengubah penyelesaian mereka bagi memenuhi keperluan bank yang semakin meningkat untuk peringkasan dan pemodenan mudah. Kini kami sedang mengeluarkan penyelesaian pengurusan pencairan baharu mereka secara besar-besaran untuk menawarkan produk pengurusan tunai yang dibuat khas untuk klien korporat dan PKS kami."
Peter Schlebusch, Ketua Eksekutif Perbankan Peribadi & Perniagaan, Standard Bank:
"Infosys sudah menjadi rakan kongsi kami dalam transformasi perniagaan selama 3 tahun lebih sekarang. Hari ini, kami menggunakan penyelesaian Finacle di lima negara dan mempunyai perancangan untuk memperluaskannya ke wilayah lain untuk mencapai kecekapan operasi lebih tinggi dan pertumbuhan lebih pantas. Kami gembira Infosys terus melabur dalam penyelesaian itu dan kini dengan Finacle 11E mereka sedang memunculkan kemampuan yang akan membantu bank memudahkan operasi mereka dan memberikan pengalaman pelanggan yang unggul."
*Berdasarkan kajian kes klien yang disediakan oleh firma penyelidikan bebas Aite
**Berdasarkan kaji selidik Artikulasi Nilai Perniagaan (BVA) bebas yang dijalankan dengan 46 klien Finacle oleh Feedback Business Consulting Services, organisasi penyelidikan pasaran bebas pihak ketiga
Sumber Tambahan
Tentang Infosys Ltd
Infosys ialah peneraju dunia dalam penyelesaian perundingan, teknologi dan penyumberan luar. Kami membolehkan klien di lebih 30 negara kekal selangkah di hadapan arah aliran perniagaan memuncul dan mengatasi para pesaing. Kami membantu mereka berubah dan berjaya dalam dunia yang bertukar-tukar dengan mencipta bersama penemuan penyelesaian hebat yang menggabungkan maklumat strategi dan kecemerlangan pelaksanaan.
Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak $7.4 bilion dan lebih 155,000 kakitangan, sedang Building Tomorrow's Enterprise® hari ini.
Kenyataan Perlindungan Diri
Beberapa kenyataan dalam siaran ini tentang prospek pertumbuhan masa depan kami ialah kenyataan pandang ke depan, yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke depan ini. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian tentang turun naik perolehan, turun naik dalam kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang mungkin akan memberi kesan terhadap kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak kerangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang Infosys laburkan secara strategik, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, kekangan sah dalam mengumpul modal atau memperoleh syarikat di luar India dan penggunaan harta intelek kami yang tidak diluluskan, dan keadaan ekonomi biasa yang memberi kesan terhadap industri kami. Risiko tambahan yang boleh memberi kesan terhadap keputusan operasi kami di masa hadapan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2013 dan pada Borang 6-K untuk suku tahun berakhir pada 30 Jun 2013. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan pandang ke hadapan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami kepada pemegang saham. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa kenyataan pandang ke hadapan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau wakil syarikat dari masa ke masa melainkan jika diperuntukkan oleh undang-undang.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Asia Pasifik
Abhijith Karthikeya D
Infosys, India
Telefon: +91-80-41563373
Abhijith_Damodar@infosys.com
EMEA
Paul de Lara
Infosys, UK
Telefon: +44-2075162748
Paul_deLara@infosys.com
Negara-negara Amerika
Ken Montgomery
Telefon: +1-415-318-4399
KMontgomery@GolinHarris.com
SUMBER Infosys