omniture

Penemuan Terobosan ke atas Ciri-ciri Baharu Varian Omicron dan Antibodi Anti-Omicron JMB2002

Jemincare
2022-01-05 08:38 198

SHANGHAI, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Keputusan kajian bersama daripada Biologics of Jemincare dan Shanghai Institute of Materia Medica (SIMM) daripada Chinese Academy of Sciences (CAS) mengesahkan bahawa JMB2002, antibodi peneutralan anti-SARS-CoV-2 (NAb) yang ditemui oleh Biologics of Jemincare masih berkesan ke atas varian Omicron SARS-CoV-2. 

Sepasukan saintis yang diketuai oleh Dr. Su-Jun Deng daripada biologik Jemincare R&D Center dan satu lagi pasukan saintis daripada SIMM of CAS, diketuai oleh Profesor H. Eric Xu dan Dr. Wanchao Yin, bukan sahaja mengesahkan aktiviti pengikatan dan peneutralan pseudovirus JMB2002 terhadap varian Omicron, tetapi juga menyelesaikan struktur protein pepaku Omicron dalam kompleks masing-masing dengan ACE2 dan JMB2002 (Rajah 1 dan Rajah 2). Usaha kajian bersama ini mendedahkan mekanisme peningkatan kejangkitan dan pelepasan imun bagi varian Omicron di peringkat molekul dan menunjukkan mekanisme pengikatan unik JMB2002 yang berbeza daripada semua Nabs yang dilaporkan. Penemuan terperinci ciri-ciri baharu varian Omicron dan JMB2002 telah diterbitkan di laman sesawang pracetak bioRxiv (Rujukan 1).

Figure 1. Structure of complex of SARS-CoV-2 Omicron variant spike protein RBD bound to ACE2. A. Overall structure and conformation of ACE2-RBD complex. B. RBD-ACE2 interaction interface. C. The interaction interface of RBD dimer.
Figure 1. Structure of complex of SARS-CoV-2 Omicron variant spike protein RBD bound to ACE2. A. Overall structure and conformation of ACE2-RBD complex. B. RBD-ACE2 interaction interface. C. The interaction interface of RBD dimer.

Keputusan kajian terkini ini menunjukkan bahawa JMB2002 memiliki aktiviti pengikatan yang tinggi terhadap varian Omicron dan menunjukkan fungsi peneutralan pseudovirus Omicron yang kuat (Rajah 2A, 2B). Ia sesuatu yang menggalakkan memandangkan kebanyakan ubat antibodi peneutralan SARS-CoV-2 tahap klinikal yang diluluskan telah kehilangan aktiviti peneutralannya atau menunjukkan pengurangan ketara potensi peneutralan ekoran berbilang mutasi pada protein pepaku dalam varian Omicron.

Satu sebab peningkatan kejangkitan varian Omicron ialah protein pepaku RBD (Domain Pengikat Reseptor) mempunyai keupayaan mengikat yang lebih tinggi kepada reseptor SARS-CoV-2 ACE2, daripada jenis liar. Terdapat keperluan segera untuk membangunkan antibodi terapeutik khusus yang menyasarkan varian Omicron. Saintis daripada Jemincare mendapati bahawa keafinan mengikat JMB2002 Fab kepada protein pepaku varian Omicron adalah 4 kali lebih tinggi berbanding WT (Rajah 2A). Lebih penting lagi, kumpulan profesor H. Eric Xu telah menyelesaikan struktur kompleks pengikatan trimer pepaku Omicron kepada JMB2002 (Rajah 2C), struktur tersebut menunjukkan bahawa JMB2002 mengikat pada bahagian belakang RBD, epitop pengikat unik dengan konformasi baharu (Rajah 2D). Ia mencadangkan bahawa JMB2002 merupakan kelas baharu antibodi peneutralan SARS-CoV-2 dengan mekanisme mengikat yang berbeza daripada semua Nabs yang dilaporkan, diklasifikasikan sebagai Nab kelas V. Keputusan daripada cerakinan peneutralan pseudovirus menunjukkan bahawa JMB2002 merupakan antibodi peneutralan spektrum luas yang menyasarkan semua WHO VOC kecuali varian Delta (Rujukan 1).

Figure 2.  A. Binding of JMB2002 Fab to spike protein of Omicron and WT respectively. B. Neutralizing bioactivities to WT and Omicron variant by JMB2002 in pseudovirus neutralization assay. C. The comparison of the complex of Omicron Spike protein RBD bound to JMB2002 and ACE2. D. Novel binding epitope to Omicron Spike protein by JMB2002, classified as class V neutralizing Ab (NAb).
Figure 2. A. Binding of JMB2002 Fab to spike protein of Omicron and WT respectively. B. Neutralizing bioactivities to WT and Omicron variant by JMB2002 in pseudovirus neutralization assay. C. The comparison of the complex of Omicron Spike protein RBD bound to JMB2002 and ACE2. D. Novel binding epitope to Omicron Spike protein by JMB2002, classified as class V neutralizing Ab (NAb).

JMB2002 telah menyelesaikan percubaan klinikal fasa I di China

Pada bulan Jun 2021, JMB2002 menyelesaikan percubaan klinikal Fasa I dalam kalangan penderma yang sihat di China dengan tahap keselamatan yang sangat baik dan sifat-sifat PK yang diingini. Pada Mac 2021, JMB2002 diluluskan untuk percubaan klnikal di AS (IND 154745). Ketika ini, Jemincare menghasilkan bahan ubat JMB2002 yang mencukupi untuk penyelidikan klinikal selanjutnya pada skala bioreaktor 2000L.

Latar Belakang Jemincare Group Co., Ltd.

Sebagai salah sebuah syarikat farmaseutikal yang terkenal di China, Jemincare memberi tumpuan untuk menyediakan pesakit dengan ubat-ubatan berkualiti tinggi, menduduki tempat 10 Teratas dalam kalangan syarikat farmaseutikal Cina 100 teratas selama bertahun-tahun. Jemincare menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Shanghai Zhangjiang Science City sejak tahun 2018 dan merekrut lebih 500 saintis. Pusat R&D ini membangunkan platform teknologi inovatif yang terdiri daripada biologik, molekul kecil, sistem penghantaran ubat baharu dan sebagainya serta berdedikasi untuk membangunkan terapi yang inovatif untuk penyakit buah pinggang, tumor, penyakit kardiovaskular serta serebrovaskular, penyakit pernafasan, jangkitan, pediatrik dan kesakitan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.jemincare.com
Atau hubungi: PR@jemincare.com

Rujukan

1.  Structures of the Omicron spike trimer with ACE2 and an anti-Omicron antibody: mechanisms for the high infectivity, immune evasion and antibody drug discovery, https://doi.org/10.1101/2021.12.27.474273.

Source: Jemincare
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries