omniture

GLORY Sports International Memperoleh Hak untuk Pustaka Video K-1

GLORY
2013-09-19 12:06 149

-- Penambahan Koleksi Berharga K-1 Ini Membuatkan GSI Pemegang Arkib Terbesar untuk Rancangan Tomoi Elit dan Profesional

NEW YORK, 19 September 2013 /PRNewswire/ -- GLORY Sports International telah memperoleh hak untuk majoriti yang signifikan bagi rancangan K-1, salah satu daripada promosi tomoi yang paling terkenal dalam sejarah sukan itu. Pemerolehan terkini itu menjadikan jumlah bilangan jam rancangan tomoi di bawah kawalan GSI menjadi hampir 3,000.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130801/NY57546LOGO)

GSI ialah penerbit kandungan itu sendiri, menyediakan rancangan itu kepada lebih 170 wilayah. Baru-baru ini GSI mendapat satu persetujuan pengedaran televisyen utama di Amerika Syarikat dengan SPIKE TV (satu unit VIACOM), dengan tayangan perdana acara pertama akan disiarkan pada hari Sabtu 12 Oktober 2013; Glory 11 Chicago akan disiarkan secara LANGSUNG pada waktu perdana dari Sears Centre Hoffman Estates pada pukul 9 malam Waktu Timur.

Scott Rudmann, Pengarah bukan eksekutif untuk GLORY, berkata, "Kami teruja kerana telah berjaya memperoleh bahagian Fuji TV untuk katalog K-1 dan untuk membawakan sebahagian besar daripada rakaman K-1 yang bersejarah ke dalam pustaka GLORY."

Secara khususnya, GLORY telah memperoleh hak ini daripada kebankrapan FEG, bekas promoter K-1 di Jepun. Pakej hak ini terdiri daripada acara K-1 yang disiarkan oleh Fuji TV di Jepun, dan termasuklah Pertandingan Akhir Grand Prix K-1 dari lokasi seluruh dunia sejak tahun 1993-2006 dan selepasnya.

Rakaman K-1 ini melengkapi pustaka GLORY sedia ada, yang termasuklah katalog untuk rancangan dan acara langsung yang diterbitkan oleh It's Showtime, Nikko, United Glory dan GLORY. Perlawanan bersejarah ini kini semuanya berada di bawah payung jenama GLORY.

Andrew Whitaker, Ketua Eksekutif, GLORY Sports International, menambah, "Dengan kemunculan pertama program GLORY akan datang di SPIKE TV dan pendedahan televisyen seluruh negara AS, tidak lama lagi peminat pertarungan akan melihat mengapa GLORY ialah perkara baharu terhangat dalam sukan pertarungan."

Tentang GLORY:
Ditubuhkan pada tahun 2012, GLORY dimiliki dan dikendalikan oleh GLORY Sports International (GSI), organisasi seni mempertahankan diri profesional dan penyedia kandungan televisyen, dan mempunyai cawangan di New York, London, Amsterdam, Singapura, dan Tokyo. Rancangan GLORY ditonton di lebih 170 wilayah. Peraturan tomoi GLORY terdiri daripada campuran beberapa disiplin seni pertarungan termasuk Karate, Muay Thai, Tae Kwon Do dan Tinju tradisional. Sukai kami di Facebook, ikuti kami di Twitter @GLORY_WS, dan lawati www.gloryworldseries.com.

Source: GLORY
Keywords: Sports Television Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements