omniture

viagogo Meraikan Pencapaian Tanda Aras Baharu dalam Peluasan Antarabangsa dengan Pelancaran di Australia

viagogo
2013-09-19 15:06 175

GENEVA, 19 September 2013 /PRNewswire/ --

  • Separuh juta rakyat Australia yang ditipu pada tahun lepas kini mempunyai cara yang selamat dan terjamin untuk membeli tiket
  • Perkongsian baharu dengan kelab bola sepak Collingwood dan Richmond diumumkan

viagogo, tempat pembelian tiket terbesar di dunia, telah melancarkan perkhidmatannya di Australia, menyediakan kepada pelanggan negara Down Under itu dengan cara yang selamat dan terjamin untuk membeli dan menjual tiket bagi acara sukan dan hiburan secara langsung di Australia dan seluruh dunia, sehingga pada saat-saat terakhir, malah sekiranya tiket acara itu habis dijual di kaunter tiketnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130918/639311 )

Eric Baker, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif viagogo berkata: "Pelancaran kami di Australia menandakan pencapaian satu lagi tanda aras dalam perluasan antarabangsa kami. Kami sudah memperkenalkan pilihan, kemudahan dan perlindungan pengguna untuk penjualan semula tiket di hampir 50 negara dan kami percaya perkhidmatan kami akan merevolusikan cara warga Australia membeli dan menjual tiket untuk acara yang mereka gemari."

Menurut penyelidikan bebas* yang ditugaskan oleh viagogo, lebih satu pertiga (38 peratus) warga Australia yang membeli tiket mahu menjualnya semula kerana mereka tidak berkesempatan untuk menghadiri acara tertentu. Namun begitu, separuh juta rakyat Australia ditipu apabila membeli tiket pada tahun lepas dan majoritinya (95 peratus) kini ragu-ragu untuk mempercayai penjual semula dalam laman web lelong, seperti eBay, dan laman pengiklanan dalam talian, seperti Gumtree.

Baker berkata lagi: "Apa yang ditunjukkan dengan jelas oleh penyelidikan ini ialah ada permintaan yang besar di Australia untuk perkhidmatan seperti yang kami sediakan ini yang menjamin tiket itu dan mengurangkan risiko bagi pengguna. Lapan daripada 10 orang Australia lebih suka membeli tiket yang dijual semula tetapi mereka pernah ditipu dalam laman seperti eBay dan Gumtree dan kini sedang mencari alternatif yang lebih selamat. Kini, apabila perkhidmatan kami sudah ada di Australia, mereka tidak perlu menanggung risiko lagi."

viagogo juga menandakan pelancaran itu dengan mengumumkan perkongsian dengan dua daripada kelab bola sepak terbesar Aussie Rules, Collingwood dan Richmond. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tiga tahun kami dengan setiap kelab itu, viagogo akan menjadi tempat pembelian tiket rasmi mereka dan akan menyediakan akses selamat kepada ahli dan peminat mereka untuk pilihan acara perlawanan tempatan dan luar negara yang tiada tandingan.

Baker berkata: "Kami sudah bekerjasama dengan hampir seratus nama paling terkemuka dalam bidang sukan dan hiburan seluruh dunia dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk melancarkan kerjasama baharu kami dengan Collingwood dan Richmond. Perjanjian jangka panjang ini menunjukkan pelaburan kami dalam Australia dan komitmen kami terhadap pasaran ini."

Perkhidmatan viagogo kini boleh didapati di seluruh Australia melalui http://www.viagogo.com/au.

Nota kepada Editor

Jadilah orang pertama untuk menerima berita viagogo dengan mengikuti kami di Twitter: @viagogo

*Kajian ini dijalankan oleh Galaxy Research dengan menggunakan sampel perwakilan sebanyak 1,000 rakyat Australia berusia antara 18-64 tahun antara 3 hingga 5 September 2013, memberatkan data mengikut usia, jantina dan wilayah bagi mencerminkan anggaran populasi terbaharu. Bagi maklumat lanjut tentang penyelidikan atau kajian kes ini, sila hubungi pejabat akhbar.

Tentang viagogo

viagogo ialah tempat pembelian tiket terbesar di dunia, beribu pejabat di Switzerland, dengan laman web bahasa tempatan di hampir 50 negara.

viagogo menyediakan pilihan, kemudahan dan perlindungan pengguna, agar orang ramai dapat membeli dan menjual tiket bagi acara langsung di seluruh dunia dengan yakin:

  • Tempat pembelian dalam talian kami yang selamat mempunyai tiket untuk ribuan acara sukan dan hiburan, walaupun jika ia sudah habis dijual di kaunter tiket
  • Kami jamin para pembeli akan mendapat tiket yang mereka beli, sempat sebelum acara itu berlangsung, atau kami akan memberikan tiket ganti (atau, dalam kes yang jarang berlaku apabila ini gagal dilakukan, pemulangan duit sepenuhnya)
  • Kawalan pengguna kami yang ketat telah mengurangkan jumlah tiket palsu yang dijual semula secara signifikan
  • Semua tiket dihantar melalui kaedah yang selamat, sama ada secara elektronik, secara perkhidmatan kiriman cepat atau di salah satu tempat pungutan kami
  • Kami menyediakan perkhidmatan pelanggan bertaraf tinggi, dalam enam bahasa, tujuh hari seminggu

Hampir seratus pemilikan sukan dan hiburan yang meneraju di dunia bekerjasama dengan viagogo bagi membantu mereka mengawal dan menguruskan pasaran penjualan semula untuk tiket mereka. Kami bekerjasama dengan lebih 30 kelab bola sepak di UK, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Kepulauan Netherlands, termasuk beberapa nama paling terkemuka dalam Liga Perdana Inggeris (contohnya Chelsea FC dan Manchester City FC), Bundesliga Jerman (contohnya Bayern Munich) dan Paris Saint-Germain di Perancis. Dalam sukan tenis, kami mempunyai perkongsian rasmi dengan Kejohanan Terbuka Perancis Roland-Garros, Perlawanan Akhir Jelajah Dunia Barclays ATP dan Kejohanan Masters BNP Paribas. Dalam bidang hiburan, kami merupakan tempat pembelian tiket rasmi untuk beberapa festival muzik Eropah (contohnya the Isle of Wight, Benicassim dan Sonisphere), Jelajah Ulang Tahun BZ20 Boyzone dan jelajah konsert Eropah Madonna yang terbaharu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang viagogo, sila lawati: http://www.viagogo.com/about/explained

Untuk maklumat lanjut, temu bual atau imej, sila hubungi Pejabat Akhbar viagogo:

+41-2251-80696
press@viagogo.com

Sumber: viagogo

 

Source: viagogo
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Corporate Expansion