omniture

Adyen melancarkan terminal POS Android

Adyen Inc.
2022-01-05 20:16 23

AMSTERDAM, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Adyen,  sebuah platform pembayaran global pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran terminal tempat jualan (POS) Android mudah alih di Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Peranti ini melambangkan perubahan asas dalam peranan terminal pembayaran yang berfungsi sebagai penyelesaian serba lengkap, menghapuskan keperluan bagi mesin daftar tunai, pengimbas kod bar dan paparan hadap pelanggan yang berasingan. Selain itu, terminal tersebut turut dilengkapi dengan sistem pengurusan aplikasi yang membolehkan para pedagang memuat naik dan menguruskan aplikasi yang mereka gunakan setiap hari untuk pengurusan inventori, program kesetiaan, pulangan dan banyak lagi. Pelancaran terminal pelbagai guna ini bukan sahaja akan mengurangkan kos perkakasan mereka, malah membantu perniagaan meningkatkan pengalaman peribadi pelanggan secara drastik.

Palisis, penyedia penyelesaian jualan dan operasi untuk perniagaan pelancongan dan pengangkutan; dan Immfly, penyedia perkhidmatan digital dalam penerbangan, merupakan antara pedagang Adyen yang pertama menggunakan terminal tersebut.

"Semakin ramai pengguna mahu membayar produk, tiket atau hidangan mereka di tempat mereka berada tanpa perlu beratur. Penyelesaian POS mudah alih sedia ada lazimnya melibatkan pelbagai perkakasan. Terminal Android kami yang serba lengkap menggabungkan kefleksibelan platform Android dengan keselamatan terminal pembayaran yang diperakui PCI. Terminal tersebut menyokong pelbagai cara penggunaan, serta kedua-dua syarikat Immfly dan Palisis merupakan contoh unggul betapa kaedah ini meningkatkan mobiliti dan kefungsian kepada para pedagang kami dan kakitangan mereka," kata Jan-Pieter Lips, Ketua Perdagangan Bersepadu Adyen. "Kemudahan merupakan perkara penting dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik dan terminal ini membantu para pedagang memenuhi piawaian sedemikian. Selain itu, penggunaan peranti ini membolehkan para pedagang yang bekerjasama dengan kami menjalankan urusan dengan persediaan pengendalian yang ringkas, tanpa perlu memasang sistem yang berasingan bagi membolehkan segalanya berfungsi."

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan POS Adyen, sila klik di sini.

Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia yang menyediakan infrastruktur serba lengkap lagi moden yang dihubungkan terus kepada Visa, Mastercard serta kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa geseran di seluruh saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat yang terletak di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L'Oréal. Adyen terus meningkatkan dan mengembangkan tawaran produknya sebagai sebahagian daripada perjalanan perniagaannya yang biasa. Produk dan ciri baharu diumumkan melalui siaran akhbar dan kemas kini produk disiarkan pada laman web syarikat.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Adyen Inc.
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:ADYEN OTC:ADYEY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Financial Technology