omniture

Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Singapura Sulung Dibuka dengan Khemah Antique Pavilion bernilai US$100 juta -- Yang Pertama Dilihat di Singapura

Acara barangan kemas mewah terbesar menyaksikan minat yang semakin meningkat dalam barangan kemas antik di Asia
UBM Asia
2013-09-20 09:00 183

SINGAPURA, 20 September 2013 /PRNewswire/ -- Mulai 12 hingga 15 Oktober, Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Singapura yang sulung akan mempamerkan barangan antik mewah bernilai lebih US$100 juta (S$120 juta) di khemah Antique Pavilion, pameran pertama seumpamanya di Singapura.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2010/04/19/20100419602891.jpg)

Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Singapura perdana yang berlangsung selama empat hari itu disasarkan kepada individu nilai bersih tinggi (HNWI) dan pembeli dagang dari rantau itu. Pavilion antik itu bakal menyaksikan lebih 10 nama bereputasi tinggi dalam industri, memungkinkan para pengunjung dan pembeli mendekatkan diri dengan barangan kemas indah yang jarang ditemui ini.

Antara para jauhari antik ini ialah:

  • Moira
    Terletak di kedai-kedai berkelas tinggi London di Bond Street, Moira sudah menjadi pembuat barangan kemas khas keluarga selama lebih 40 tahun. Ia mempunyai rangkaian barangan kemas antik yang mengagumkan termasuk beberapa barangan kemas tulen kurun ke-20 yang bertandatangan daripada jenama rekaan terbaik seperti Boucheron, Cartier, Marcus & Co, Tiffany dan Van Cleef & Arpels serta barangan kemas daripada zaman George, Victoria dan Edward.
  • Period Jewels
    Ia dibentuk bagi menyediakan barangan kemas antik yang jarang ditemui kepada para pembeli pada harga yang berpatutan. Period Jewels menjelajah seluruh dunia bagi mencari batu permata, berlian dan barangan kemas antik yang terbaik dan paling menarik untuk para kliennya. Ia mengkhusus dalam pembelian barangan kemas daripada jenama rekaan seperti Van Cleef & Arpels, Cartier, Harry Winston, Tiffany & Co, David Webb, Verdura dan Buccelatti, termasuk barangan kemas yang bertandatangan dari zaman George.  
  • Windsor Jewelers Inc
    Ia merupakan antara peniaga hartanah dan barangan kemas mewah utama di Amerika Syarikat, dengan rangkaian cawangan di New York, London dan Nice, Perancis. Pengasasnya Paul Lubetsky memang dikenali sebagai pembeli terbanyak untuk barangan kemas berjenama, dan membeli banyak barangan kemas bertandatangan daripada syarikat Eropah seperti Bulgari, Marina B, Van Cleef & Arpels, Cartier, Chanel, Mauboussin, Chaumet dan Boucheron. Di AS, beliau juga membeli daripada syarikat seperti Gregg Ruth, Laura Munder, Seidengang dan Craig Drake.  

Paul Wan, Pengarah Urusan untuk UBM Asia Trade Fairs Pte Ltd, penganjur Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Singapura berkata: "Barangan kemas antik semakin pantas menjadi arah aliran pembelian di Asia, maka tidak syak lagi khemah Antique Pavilion kami akan menjadi tarikan hangat semasa acara kami itu. Pembeli sangat menghargai betapa sukarnya barangan kemas antik ini ditemui, keindahannya serta nilai sejarah dan warisannya. Para pembeli ini membentuk hubungan beremosi dengan barangan kemas unik ini yang sering datang dengan kisah menariknya sendiri.

"Ada juga para pengumpul berpengetahuan tinggi yang membeli barangan kemas antik untuk tujuan pelaburan dengan peningkatan nilai yang signifikan sambil masa berlalu. Ada juga yang membeli barangan kemas antik, terutamanya yang mewah, dengan niat untuk mewariskannya kepada orang yang tersayang sebagai harta pusaka untuk disayangi dan dihargai selama-lamanya."

Beberapa barangan antik ini berasal lebih dari satu kurun yang lalu, dengan barangan kemas tertua di sana ialah tiara batu berlian zaman Victoria sekitar tahun 1850 dan bernilai US$20 juta (S$24 juta). Satu barang kemas yang lebih 'baharu' ialah cincin emas kuning 18 karat bertatah batu zamrud dan batu berlian Harry Winston tahun 1981 yang bernilai US$4 juta (S$4.8 juta).

Antique Pavilion ialah salah satu daripada tiga khemah dengan tema istimewa di Pesta itu. Designer Atelier dan Exquisite Pavilion – dua lagi pavilion dengan tema istimewa – juga menempatkan barangan kemas mewah seperti batu zamrud 129.6 karat oleh Essex Global Trading Bijan & Co LLC dari Amerika Syarikat. Batu permata menakjubkan itu ditatahkan atas seutas rantai emas putih dan dihiasi lebih banyak batu zamrud dan batu berlian 105.34 karat.

Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Singapura telah menerima respon yang memberangsangkan daripada industri. Pesta itu sudah mempunyai lebih 260 pempamer yang disahkan dari 27 negara, melangkaui mana-mana acara barangan kemas di Singapura. Bilangan pempamer akhir dijangka akan menjadi lebih tinggi kerana UBM telah menerima banyak pertanyaan daripada pempamer berpotensi yang ingin menjadi sebahagian daripada pesta yang julung-julung kalinya diadakan itu.

Tentang Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Singapura

Dianjurkan oleh penganjur pameran yang meneraju, UBM Asia, Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Singapura ialah acara barangan kemas mewah terbesar di Singapura. Pesta itu bakal menyaksikan lebih 260 pempamer dari 27 negara, menyasarkan populasi nilai bersih tinggi yang paling pantas meningkat di rantau itu. Ia merupakan satu-satunya pesta seumpamanya di Singapura yang mendapat sokongan persatuan industri: Persatuan Jauhari Singapura dan Bursa Berlian Singapura. Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Singapura ialah acara setara untuk acara barangan kemas terbesar di dunia, Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Hong Kong September. Diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga acara perdagangan terbaik seumpamanya di Asia, pesta itu menarik kunjungan lebih 51,000 pembeli dan lebih 3,500 pempamer dari seluruh dunia.

Tentang UBM Asia (www.ubmasia.com)

Dimiliki UBM plc dan disenaraikan di Bursa Saham London, UBM Asia ialah penganjur pameran yang meneraju di Asia dan penganjur komersil terbesar di tanah besar China, India dan Malaysia. Ditubuhkan dengan ibu pejabatnya di Hong Kong dan syarikat subsidiari di seluruh Asia dan AS, UBM Asia mempunyai rangkaian global kukuh yang terdiri daripada 30 cawangan dan lebih 1,200 kakitangan di 25 bandar utama. Kami beroperasi dalam 19 sektor pasaran dengan 160 pameran, 75 persidangan, 28 penerbitan perdagangan, 18 gerbang menegak dan perkhidmatan acara maya untuk lebih 1,000,000 pempamer, pengunjung, delegasi persidangan, pengiklan dan pelanggan berkualiti dari seluruh dunia.

SUMBER UBM Asia

Source: UBM Asia
Related Links:
Keywords: Fashion Jewelry Trade show news