omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Yubei, Chongqing Barat Daya China bina zon ekonomi berkualiti tinggi dalam 5 tahun

Xinhua Silk Road
2022-01-06 08:33 149

BEIJING, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Daerah Yubei, Perbandaran Chongqing, barat daya China akan mempercepatkan kerja-kerja pembinaan zon ekonomi berkualiti tinggi, sebuah zon ekonomi lapangan terbang dengan pembukaan peringkat tinggi, kawasan inovasi teknologi sains dengan kapasiti tenaga yang tinggi serta kawasan bandar-luar-bandar dengan taraf hidup berkualiti tinggi dalam tempoh 5 tahun akan datang, menurut Yu Huiwen, ketua Parti Daerah Yubei yang melaporkan di sebuah persidangan yang diadakan di Daerah Yubei Chongqing pada hari Selasa.


Dalam pelan induk untuk pembinaan lingkaran ekonomi Chengdu-Chongqing yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri, 11 item amat berkait rapat dengan perancangan dan pembangunan Daerah Yubei yang akan membawa lebih banyak bakat, logistik, perniagaan, aliran tunai, aliran maklumat dan teknologi ke Yubei, kata Yu.

Menjelang tahun 2026, Yubei akan menjadi kuasa utama dari segi kekuatan ekonomi di wilayah Chengdu-Chongqing dengan jumlah ekonomi keseluruhan mencecah 320 bilion yuan dan jumlah nilai keluaran industri melebihi skala yang ditetapkan berjumlah 520 juta yuan.

Yubei akan turut membawa dasar pembukaannya ke peringkat yang lebih tinggi dengan meningkatkan lagi sistem pengangkutan, membina hab logistik dan melakar pencapaian yang membuahkan hasil dalam projek Inisiatif Ketersambungan China-Singapura dan pembinaan zon perdagangan bebas (FTZ).

Jumlah import dan eksport keseluruhan diunjurkan melebihi 1 trilion yuan sementara pelaburan asing dalam penggunaan sebenar dijangka mencecah 12 bilion dolar A.S.

Di samping itu, Yubei akan mempertimbangkan usaha dalam inovasi perindustrian menerusi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan sementara keupayaan inovasi menduduki kedudukan antara kelas pertama di China.

Nilai keluaran bagi industri pembuatan teknologi tinggi dijangka menyumbang sebanyak lebih 50 peratus daripada jumlah keluaran industri di daerah ini, lalu menjadikannya kawasan bandar yang paling dinamik dan inovatif di wilayah Chengdu-Chongqing.

Selain daripada perancangan masa depan, laporan berkenaan meninjau pencapaian yang telah diraih oleh Yubei sejak lima tahun yang lalu. Jumlah import dan eksportnya sepanjang lima tahun yang lalu berjumlah hampir 770 bilion yuan, menyumbang satu perempat daripada Chongqing sementara pelaburan asing dalam penggunaan sebenar menduduki tempat pertama di bandar ini selama lima tahun berturut-turut.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/325678.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service