omniture

TCL Pamer di CES2022 dengan Aspirasi untuk Menginspirasikan Kehebatan dengan Teknologi Inovatif

Jenama teknologi global TCL memperkasa orang ramai untuk mengejar kehebatan dalam kehidupan mereka
TCL Electronics
2022-01-06 08:39 88

HONG KONG, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- TCL, jenama teknologi terkemuka global, hari ini mengumumkan slogan terbaharu mereka "Menginspirasikan Kehebatan" di sidang akhbar maya bagi memulakan pameran CES 2022.

"'Menginspirasikan Kehebatan' bukan sahaja merupakan pesanan korporat yang terkini daripada jenama ini, ia turut mencerminkan keyakinan dan cita-cita TCL untuk menyediakan pengguna di serata dunia dengan nilai yang memberi inspirasi dan memperkasa orang ramai untuk mengejar kehebatan dalam kehidupan mereka," kata Cik Juan Du, Pengerusi TCL Electronics.


TCL berbangga dapat menjadi perintis dalam inovasi paparan dengan pelaburan yang berterusan sehingga USD 31 bilion selama bertahun-tahun, selain meninggikan standard teknologi paparan dan membantu orang ramai menikmati pawagam rumah mereka dengan pengalaman tontonan premium serta hubungan dengan orang lain melalui TV dan skrin pintar mudah alih.

Sebagai jenama teknologi bertaraf global, TCL memberi nilai dan inspirasi yang melangkaui produk.

Menerusi usaha yang berdedikasi dalam fotovolta, kecerdasan buatan (AI) dan IoT, TCL menyokong gaya hidup yang lebih mesra alam, memandang ke hadapan dan intuitif, menerusi aktiviti global kami terhadap tenaga mampan, pembuatan pintar dan banyak lagi. TCL juga aktif dengan tanggungjawab sosial, menyumbang kepada masyarakat setempat di seluruh dunia.

TCL mendapat inspirasi daripada keberanian dan kebingkasan orang ramai di seluruh dunia yang berusaha tanpa mengenal lelah bersama-sama bagi menangani kesan pandemik ini dan ingin memanfaatkan jangkauan dan kehadiran globalnya di CES 2022 untuk mendorong orang ramai agar terus melangkah ke hadapan dalam mengharungi waktu yang sukar ini.

Ikuti: #TCLInspireGreatness #TCL_MiniLED #CES2022 untuk perkembangan terkini di CES 2022.

Twitter: @TCL_TV_Global & @TCL_USA
Facebook: @TCLElectronicsGlobal & @TCLUSA
Instagram: @tclelectronics & @TCL_USA
YouTube: @TCL Electronics & @TCL USA

Latar Belakang TCL

TCL ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Source: TCL Electronics
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news