SINGAPURA, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat pemprosesan pembayaran generasi seterusnya, Radar Payments by BPC telah dipilih untuk menangani pencegahan penipuan e-Dagang oleh Red Dot Payment (RDP), syarikat teknologi kewangan bagi penyelesaian pembayaran dalam talian tempatan yang terbesar di Singapura yang juga merupakan pendaya e-dagang dengan fokus utamanya terhadap perkhidmatan e-dagang serta rangkaian hospitaliti menegak.
RDP telah memilih penyelesaian Pencegahan dan Pengurusan Risiko Penipuan yang dihasilkan sebagai model SaaS daripada Radar Payment selepas menyemak sistem pengesanan penipuan yang lain. Pilihan ini dipengaruhi oleh keupayaan teknologi Radar Payment yang tiada tandingan dengan integrasi yang mudah serta kemampuan dan kecemerlangannya dalam pengurusan akaun.
Ditubuhkan pada tahun 2011, RDP telah diasaskan oleh Randy Tan yang masih mengetuai syarikat ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Bermula di Singapura, RDP telah berkembang ke wilayah lain dengan pejabat tempatan di Australia, Indonesia, Taiwan dan Thailand serta pengembangan selanjutnya yang dirancang buat sementara waktu di Jepun, Hong Kong dan Malaysia. Pada bulan Julai 2019, perniagaan teknologi kewangan dan e-Pembayaran PayU telah menjadi pemegang saham majoriti syarikat ini.
RDP dinilai pada kedudukan #35 daripada 500 syarikat dalam laporan khas tentang syarikat-syarikat yang berkembang pesat di Asia Pasifik oleh Financial Times setelah menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang luar biasa sebanyak 171% CAGR. Syarikat tersebut turut berada dalam senarai 10 buah firma paling Pesat berkembang di Singapura oleh Strait Times pada tahun 2020.
Pada awal tahun ini, RDP menjadi ahli utama Visa dan MasterCard. Ia telah memperoleh AliPay, Diners Club International, WeChat Pay dan Union Pay, dengan rangkaian pembayaran yang merangkumi AMEX, PayPal, PayLah dan PayNow (SGQR) serta pelbagai kaedah pembayaran tempatan alternatif lain di negara-negara tempat ia beroperasi.
Pemilihan RDP bagi perkhidmatan Pencegahan dan Pengurusan Risiko Penipuan Pembayaran Radar dilakukan apabila bilangan jenayah siber dalam talian meningkat berikutan pendigitan yang berlaku di seluruh dunia. Teknologi yang dibangunkan oleh Radar Payments bukan sahaja dipilih sebagai teknologi berprestasi terbaik dalam kategorinya malah rekod prestasinya turut terbukti dalam membantu institusi kewangan dan perniagaan pelbagai saiz menangani kelemahan ekosistem digital untuk para pengguna di seluruh wilayah.
David Owyong, Ketua Pegawai Operasi Red Dot Payment mengulas: "Kami percaya bahawa penguasaan terhadap penipuan e-Dagang memerlukan perspektif global dan kami berbangga dapat bekerjasama rapat dengan para pedagang kami untuk membantu mereka memanfaatkan kuasa pembayaran. Sewaktu kami berusaha mengatasi pergolakan selama 24 bulan yang lalu, kami percaya bahawa sektor hospitaliti bakal menjadi industri seterusnya yang mengalami kemajuan besar dalam e-Dagang. Dengan bantuan Radar Payments, kami akan terus menyokong para pedagang tempatan dalam sektor ini serta mewujudkan persekitaran yang selamat kepada syarikat-syarikat antarabangsa yang mempunyai hasrat untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna di Asia Tenggara."
Terry Paleologos, Ketua Pegawai Operasi BPC berkata: "Kami teruja dapat membantu salah sebuah syarikat yang paling pesat berkembang di Singapura untuk berkembang dengan lebih pantas lagi dengan memastikan bahawa mereka memiliki perkhidmatan pencegahan penipuan terbaik serta kepakaran dan pemahaman tempatan yang tiada tandingan yang membantu menghapuskan sebarang pergeseran dalam pengalaman pembayaran pelanggan."