omniture

Hong Leong Bank Meraih Dua Anugerah Bank Digital Terbaik di Malaysia

Hong Leong Bank
2022-01-06 15:42 109

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Hong Leong Bank ("HLB" atau "Bank") meraih dua anugerah untuk Bank Digital Terbaik di Malaysia 2021 daripada Asiamoney dan The Digital Banker, mengukuhkan lagi etos 'Digital at the Core' yang meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam perjalanan transformasi digital dan inovasinya. 

HLB diiktirah dengan menyampaikan perkhidmatan perbankan digital yang bermakna kepada pelanggan
HLB diiktirah dengan menyampaikan perkhidmatan perbankan digital yang bermakna kepada pelanggan

HLB diiktiraf kerana menyampaikan perkhidmatan perbankan digital sebagai rakan gaya hidup yang bermakna dan bersepadu untuk pelanggan melalui HLB Pocket Connect, platform perbankan interaktif dan diperibadikan yang pertama dalam pasaran untuk keluarga yang mempunyai golongan natif digital muda.

HLB Pocket Connect dipuji untuk ciri-cirinya yang interaktif seperti Memperolehi, Menyimpan, Berbelanja dan Tugasan (Earn, Save, Spend and Task) yang memerlukan interaksi daripada pelanggan muda dan ibu bapa mereka. HLB mendapat maklum balas yang menggalakkan terutamanya dengan ciri Memperolehi yang mana kanak-kanak diberi ganjaran dengan wang saku apabila mereka menyelesaikan tugasan serta keupayaan berbelanja dengan kad debit, bagi memupuk tabiat pengurusan wang duit yang baik dengan awal. Bagi menyemai nilai kelestarian, HLB turut melancarkan kempen Earth Hero yang mana bagi setiap 20 tugas mesra alam yang diselesaikan, HLB akan menanam sebatang pokok bagi pihak kanak-kanak tersebut.

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkata, "Pandemik ini merupakan satu penegasan strategi digital kami serta perjalanan kami untuk mewujudkan akses omnisaluran kepada perkhidmatan perbankan yang menampung segmen sasaran yang berbeza. Satu aspek utama ialah keupayaan untuk berinovasi, berfikir di luar sempadan dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang merupakan golongan natif digital sebenar dan pengguna teknologi yang mahir bagi celik kewangan dan alam sekitar melalui platform mudah alih yang interaktif."

Pada hujung tahun 2020, HLB menjadi bank pertama di Malaysia untuk melancarkan 'Apply@HLB', proses onboarding akaun digital secara sepenuhnya yang memanfaatkan teknologi eKYC dan mempunyai gedung e-dagang rasmi di Shopee Malaysia untuk pelanggan "membeli" akaun bank. Ini membolehkan HLB membawakan perkhidmatan perbankan kepada pelanggan secara digital pada bila-bila masa, di mana-mana tanpa perlu berkunjung ke cawangan fizikal. Hari ini, lebih 45% transaksi kewangan HLB berjalan secara digital di luar waktu operasi cawangan.

Dengan CX Lab; HLB Jumpstart@65, hab kebolehgunaan dan ruang inkubator pemula; serta 'Designed By You', platform untuk pelanggan membantu membentuk produk yang ingin dilihat oleh mereka daripada pihak Bank, strategi digital HLB yang menggabungkan inovasi dengan introspeksi mendalam terhadap pengalaman dan keperluan pelanggan untuk menjadikan urusan perbankan mudah buat pelanggan.

Selain daripada operasi perbankan, HLB memberi tumpuan untuk mengupayakan sekolah dan penjual secara digital bagi memanfaatkan penyelesaiannya sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya.

Source: Hong Leong Bank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology