TASIK COMO, Itali, 22 September 2013 /PRNewswire/ --
Minuman klasik Itali bersedia untuk masa hadapan bergemerlapan sambil dunia MARTINI bersemarak hidup di pesisiran Tasik Como
MARTINI, vermouth kegemaran dunia dan wain berbuih nombor satu Itali, meraikan ulang tahunnya yang ke-150 secara besar-besaran di pesisiran Tasik Como.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-c )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-d )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-e )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-f )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-g )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-h )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-i )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-j )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-k )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-l )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-m )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-n )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-o )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130919/642237-p )
Gala yang meraikan 150 tahun MARTINI, simbol terunggul gaya dan semangat Itali itu padat dengan detik MARTINI penuh ajaib dari masa lampau, masa kini dan masa hadapan berlatar belakangkan tasik Itali yang menawan.
Artis rakaman antarabangsa Lily Allen, pemain piano calon anugerah Grammy Chilly Gonzales, DJ dan penerbit Mark Ronson serta aktres Rosie Huntington-Whiteley ialah antara tetamu di sambutan eksklusif yang diadakan di Villa Erba yang tersergam indah. Sambil mereka menikmati wain berbuih MARTINI dan koleksi koktel lazat yang dibuat dengan vermouth MARTINI, seramai 600 tetamu menerokai dunia mengujakan MARTINI hari ini dan di masa hadapan termasuk gaya MARTINI yang memulakan arah aliran dalam sukan bermotor, layar perak, fesyen dan seni.
KOKTEL KLASIK
Koktel di gala itu dicipta oleh antara pelayan bar terbaik dunia dan termasuklah minuman klasik yang mula-mula dicipta dengan MARTINI termasuk minuman Negroni dan minuman Manhattan dan satu lagi yang sedang dalam proses pembuatan, minuman MARTINI Royale – koktel menyegarkan yang dibuat dengan nisbah sama MARTINI Prosecco dan MARTINI Bianco atau Rosato, dihidangkan dengan ais serta perahan jus limau kasturi dan setangkai daun pudina.
Selama 150 tahun, rasa luar biasa vermouth MARTINI dan wain berbuih MARTINI telah dicipta dengan bahan terbaik sahaja oleh pakar sejati. Pada tahun ke-150nya, para pakar rasa inilah yang mendukung standard kualiti mengagumkan yang sama seperti yang mula-mula ditetapkan oleh Luigi Rossi pada tahun 1863, pakar herba kreatif asli dan pakar arak untuk MARTINI. Luigi, bersama dua tokoh berwawasan lain Alessandro Martini, seorang jurujual berbakat dan akauntan Teofilo Sola, telah mengasaskan MARTINI 150 tahun lalu.
BERLUMBA KE KARPET MERAH
Barisan kereta lumba MARTINI Racing yang mempesonakan menyambut kedatangan para tetamu sambil mereka tiba di karpet merah. MARTINI sudah lama menikmati hubungan berkekalan yang istimewa dengan sukan bermotor dan telah menjelmakan keberanian, kreativiti dan semangat ikhtiar yang sama seperti yang ditemui dalam sukan lumba bermotor. Semua kereta klasik itu, yang bernilai lebih €6 juta (US$8 juta), menandakan ketibaan era baharu MARTINI Racing yang telah diumumkan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-150.
Dipersembahkan atas pentas terapung di Tasik Como, persembahan muzik yang sangat istimewa untuk malam itu membariskan kolaborasi unik antara Lily Allen dengan Chilly Gonzales. Mark Ronson membuat tetamu memenuhi lantai tari dengan set lagu ciptaan khas. Tambahan lagi, sebagai tanda menghormati hubungan berpanjangan MARTINI dengan dunia layar perak, Orchestra Italiana Del Cinema yang terkemuka menghiburkan para tetamu dengan seleksi skor filem Fellini.
"Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada acara ulang tahun ke-150 MARTINI malam ini," kata Lily Allen. "Vilanya begitu indah, para tetamu sangat menyeronokkan, minuman MARTINI Royale tidak putus-putus, dan saya suka dapat buat persembahan dengan Chilly. Selamat hari jadi MARTINI!"
MARTINI SELAMANYA
Antara tetamu kehormat yang menghadirkan diri termasuklah Facundo L. Bacardi, Pengerusi Bacardi Limited dan anak kepada cicit pengasas Bacardi Don Facundo Bacardí Massó, dan Ed Shirley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bacardi Limited. Syarikat itu memperoleh Martini & Rossi Group pada tahun 1993. En. Bacardi memimpin para tetamu dalam minuman ucap selamat untuk 150 tahun yang hebat dan untuk kejayaan masa hadapan MARTINI.
"Kami sangat teruja dapat berada di sini bagi meraikan Ulang Tahun ke-150 MARTINI, satu jenama yang cukup sinonim dengan gaya Itali. Saya rasa berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan berterusan MARTINI," kata En. Bacardi. "Sambutan gilang-gemilang ini mencerminkan MARTINI masa kini dan memberikan bayangan untuk masa hadapannya. Dunia MARTINI masih kekal mengujakan zaman masa kini, sama seperti zaman semasa pengguna mula-mula tertawan dengan semangat, tarikan dan sifat ikon Itali ini. Kami tidak sabar-sabar lagi menantikan masa hadapan yang padat dengan gaya dan keghairahan MARTINI."
Tentang Bacardi Limited
Bacardi Limited, syarikat minuman keras milikan swasta terbesar di dunia, menghasilkan dan memasarkan minuman keras dan wain yang dikenali seluruh dunia. Portfolio jenama Bacardi terdiri daripada lebih 200 jenama dan label, termasuklah rum BACARDÍ, rum paling laris dijual dan memenangi paling banyak anugerah di dunia, serta minuman keras yang paling banyak memenangi anugerah di dunia; vodka GREY GOOSE, vodka super-premium yang meneraju dunia; wiski DEWAR'S Blended Scotch, sebatian Scotch yang paling banyak memenangi anugerah di dunia dan sebatian Scotch wiski premium paling laris dijual di A.S.; gin BOMBAY SAPPHIRE, gin premium bernilai tinggi dan paling pesat dikenali di dunia; vermouth dan wain berbuih MARTINI, vermouth yang meneraju dunia dan wain berbuih Itali kegemaran dunia; tequila CAZADORES 100% blue agave, salah satu tequila premium paling popular di Mexico dan Amerika Syarikat; vodka ERISTOFF, salah satu jenama vodka yang paling pesat berkembang di dunia; serta jenama-jenama yang meneraju dan memuncul yang lain.
Ditubuhkan 151 tahun lalu di Santiago de Cuba pada 4 Februari 1862, perniagaan keluarga Bacardi ini kini menggajikan hampir 6,000 orang, mengilangkan jenama-jenamanya di 27 fasiliti dalam 16 pasaran di empat benua dan dijual di lebih 150 negara. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited. http://www.BacardiLimited.com
Tentang MARTINI
Sebagai salah satu jenama paling ikonik di dunia, MARTINI® ialah nama peneraju dalam penghasilan wain Itali dan pembekal wain beraroma dan wain berbuih yang paling berkualiti tinggi. Rasa tajam dan pahit manis rangkaian minuman MARTINI yang banyak memenangi anugerah ialah hasil sebatian rahsia lebih 40 tumbuhan yang disumberkan daripada lokasi terbaik seluruh dunia. Dicipta di Turin, Itali pada tahun 1863, kini MARTINI® ialah sebahagian daripada portfolio Bacardi Group dan terus menjadi peneraju pasaran dalam kategorinya. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Akhbar Global MARTINI® melalui martini@exposure.net
MARTINI® BIANCO, MARTINI® ROSATO, MARTINI® ROSSO, MARTINI® EXTRA DRY, MARTINI® ASTI, MARTINI® PROSECCO, MARTINI® ROSÉ, dan MARTINI® BRUT.
LUCK IS AN ATTITUDE™
SILA NIKMATI MARTINI DENGAN BERHEMAH.
MARTINI, LOGO BALL AND BAR, MARTINI ROYALE DAN LUCK IS AN ATTITUDE IALAH TANDA NIAGA.
Sumber: MARTINI