omniture

KT SAT perkenal jenama baharu komunikasi satelit maritim sasar pasaran Asia Tenggara

KT SAT
2022-01-07 09:00 173

SEOUL, Korea Selatan, 7 Januari 2022 /PRNewswire/ -- KT SAT(www.ktsat.com), penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan komunikasi satelit di Korea Selatan memperkenalkan jenama maritim baharunya, "XWAVE" yang menyokong visi syarikat untuk mengembangkan pasaran global ke Asia Tenggara. Jenama "XWAVE" mencerminkan maksud 'Express' ('Ekspres') dan 'Wave' ('Gelombang') yang telah dibangunkan berdasarkan kesediaan KT SAT bahawa ia akan menyediakan komunikasi maritim yang hebat dengan kualiti perkhidmatan yang paling andal.

KT SAT melancarkan jenama komunikasi maritim baharunya "XWAVE" dengan liputan MVSAT Serantau diperluas dari Teluk Benggala, Indonesia dan Laut Barat Australia ke Lautan Hindi
KT SAT melancarkan jenama komunikasi maritim baharunya "XWAVE" dengan liputan MVSAT Serantau diperluas dari Teluk Benggala, Indonesia dan Laut Barat Australia ke Lautan Hindi

VSAT Maritim ialah perkhidmatan keterhubungan maritim hujung-ke-hujung dengan rangkaian berkelajuan tinggi tanpa had. MVSAT Serantau khususnya digemari oleh ramai pelanggan menerusi sambungannya yang berkualiti tinggi dan stabil dengan menggunakan rangkaian komunikasi jalur-Ku khusus daripada armada KOREASAT. Berdasarkan kepada pengalaman luasnya dalam perniagaan satelit, KT SAT akan terus mengembangkan pasarannya ke Asia Tenggara dengan mengekalkan kedudukan teratas dalam pasaran domestik secara serentak.

KT SAT telah mempersiapkan kualiti perkhidmatan bagi menyediakan sambungan yang lebih stabil dan lebih pantas kepada pelanggan dengan pemahaman yang mendalam mengenai keperluan mereka untuk menerima pakai kapal pintar. Pelancaran jenama maritim baharu ini juga mencerminkan misi KT SAT untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi liputan perkhidmatan yang luas dan komunikasi data tanpa had dalam era mobiliti.

Ekoran pelancaran jenama maritimnya, KT SAT berupaya memperluaskan dan mengukuhkan liputan R-MVSAT. Menerusi penambahbaikan dalam liputan perkhidmatan ini, kini KT SAT dapat menerima sejumlah 40 peratus permintaan yang semakin meningkat dalam komunikasi data maritim global dari Teluk Benggala, Indonesia dan Laut Barat Australia ke Lautan Hindi. KT SAT juga berjaya mencapai kemajuan cemerlang dari segi kualiti perkhidmatan dengan memindahkan MSS (Perkhidmatan Satelit Mudah Alih) jalur-L tradisional yang merupakan perkhidmatan bayar-waktu-keluar ke rangkaian berkelajuan tinggi tanpa had (2Mpbs+). Ketua Pegawai Eksekutif KT SAT, Kyung min Song berkata "Asia Tenggara merupakan pasaran yang baharu untuk KT SAT yang mempunyai potensi besar untuk berkembang 27.5% setiap tahun. Kami akan terus membangunkan perkhidmatan bernilai tambah yang tiada tandingan yang dapat menyokong kecekapan kerja serta operasi yang selamat dalam kapal menggunakan teknologi ICT kami yang inovatif."

Kedua-dua Vessellink dan Live TV merupakan perkhidmatan yang paling mewakili KT SAT. Vessellink bukan sahaja menyokong kecekapan dalam operasi tetapi juga pemantauan pintar kapal-kapal melalui analisis data kapal automatik. Live TV, perkhidmatan penyiaran waktu sebenar yang pertama di dunia yang dilancarkan pada bulan Julai 2021 juga dijangka dapat memberi keriangan yang amat sangat kepada anak kapal dengan menyediakan pelbagai kandungan budaya seperti drama Korea dan program K-Pop.

Source: KT SAT
Related Stocks:
Korea:030200 NYSE:KT
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Transportation Corporate Expansion New products/services