omniture

BIGO Awards Gala 2022 Bakal Raikan Penyiar Hebat dan Beri Sekilas Pandang Masa Depan Maya

Bigo Live
2022-01-07 16:22 207

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Januari 2022 /PRNewswire/ -- BIGO Technology, antara syarikat teknologi yang berkembang paling pantas di dunia akan menganjurkan BIGO Awards Gala tahunan ketiganya bagi meraikan penyiar-penyiarnya yang paling hebat dari serata dunia. Gala ini dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam (GMT+8) pada hari Jumaan – 14 Januari 2022 di Music Livehouse Channel Bigo Live (ID Bigo: music).

Menjelang berlangsungnya BIGO Awards Gala 2022, ikon-ikon muzikal dari serata dunia menyiarkan strim langsung mereka sendiri untuk menyokong bintang-bintang BIGO yang semakin bersinar. Penghibur terkenal Perancis Kendji Girac dan DJ Belanda Quintino menganjurkan sambutan Gala sebelum acara di Eropah untuk pengguna Eropah. Selain daripada barisan yang hebat ini, penyanyi Lubnan Yara akan menghiburkan penontonnya dengan persembahan hebat semasa MENA Gala pada 9 Januari. Penyanyi-pencipta lagu Jesse J juga akan mengadakan persembahan yang mengagumkan bersama penyiar Bigo Live A.S. yang terkenal " Palestine" pada 11 Januari.

Tema untuk BIGO Awards Gala 2022 ialah "Better Live, Better Future" yang merangkumkan komitmen BIGO untuk memperkasakan berjuta-juta orang untuk meneroka peluang yang tidak terhingga di platform penstriman langsungnya. Setiap tahun, BIGO mengemas kini dewan kemasyhurannya di gala tahunan mereka. Mereka memberi penghormatan kepada penyiar yang telah memikat hati penonton strim langsung mereka menerusi daya kreativiti masing-masing serta mereka yang telah mengubah komuniti dengan memanfaatkan sepenuhnya penstriman langsung dalam tahun lalu.

Sebagai peneraju dalam industri ini, BIGO sentiasa melabur dalam teknologi yang tercanggih dan terkini seperti visi komputer, VR, AR dan banyak lagi. Acara ini juga akan menampilkan DINO – maskot Bigo Live – yang akan membuat penampilan maya dalam 3D bagi mengacarakan ekstravaganza satu malam yang eksklusif ini di samping memberikan penonton sekilas pandang yang jarang didapati ke dalam 'Metaverse'.  


"Kami sentiasa membangunkan teknologi penstriman langsung kami untuk memperkasakan pengguna dan memupuk persekitaran kreatif yang membolehkan individu menonjolkan sepenuhnya bakat, kreativiti dan potensi mereka," kata Mike Ong, Naib Presiden BIGO Technology. "Hasil daripada inovasi teknologi, platform penstriman langsung kami, Bigo Live, membolehkan penyiar mencipta kandungan bernilai dan kandungan bermakna untuk penonton mereka. Individu-individu inilah yang telah memberi kesan positif dalam komuniti masing-masing yang kami ingin kenal pasti dan raikan."    

Semasa majlis Awards Gala, BIGO akan memberi penghormatan kepada penyiar dan keluarga terbaik tahun 2021 mengikut populariti baik di rantau ini mahupun seluruh dunia. Tahun ini, 君君(Jūnjūn), [ID BIGO: Yyysssccc] serta 3399俱乐部(3399 Jùlèbù)[ID BIGO: 333161016] dari Malaysia, masing-masing akan dianugerahkan dengan hadiah "Penyiar Serantau Terbaik" dan "Keluarga Serantau Terbaik". Amy dan Iwapoyo dari Jepun dan Vanruby dari Vietnam menduduki kedudukan teratas dalam senarai kedudukan tahun 2021 bagi Penyiar Global Terbaik. Selain itu, keluarga Jepun BigWin akan diberi penghormatan sebagai Keluarga Global Terbaik di Bigo Live.

Setiap pemenang akan menerima trofi atas pencapaian mereka selain ganjaran dalam-aplikasi. Mereka juga akan dipaparkan di tempat-tempat terkemuka di serata dunia - seperti papan iklan yang diidamkan di Times Square di New York, AS dan Burj Khalifa di Dubai, UAE.


Kira-kira 100 penyiar daripada pelbagai latar belakang budaya dan linguistik akan mengambil bahagian dalam Gala ini melalui persembahan dalam talian termasuk: yoga di udara, muzik etnik, opera, tarian Tron, tarian k-pop, pertunjukan 'cosplay' dan banyak lagi. Di samping itu, avatar 3D Maya Secara Langsung yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Bigo Live akan turut membuat penampilan sulung pentasnya dengan mempersembahkan konsert maya bersama "The Toys"- penyanyi-pencipta lagu yang sangat berbakat dan terkenal dari Thailand, menawarkan pengalaman yang benar-benar imersif kepada penonton.

Semasa upacara maya yang sangat menarik ini, penonton yang mengundi penyiar, keluarga dan 'Glory Region' kegemaran mereka akan diberikan tiket untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah. Pemenang akan berpeluang memenangi Apple iPhone 13, bantal Dino yang bersaiz besar dan pelbagai hadiah maya yang direka khas untuk Gala ini.

Untuk melihat bagaimana BIGO memeriahkan dunia maya meneruai Gala tahunannya yang akan datang, saksikan melalui aplikasi Bigo Live: https://bigo.onelink.me/1168916328/GALA2022Music

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Awards New products/services