PUTRAJAYA, Malaysia, 23 September 2013 /PRNewswire/ -- Sejak tahun 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kolaborasi bersama Institut SANS telah melaksanakan satu siri sesi latihan untuk para pendukung Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) Malaysia dan rangkaian kerajaan bagi memastikan perlindungan ruang siber kebangsaannya. Bidang khusus yang diliputi dalam program sebelumnya termasuklah pengendalian insiden, ujian penembusan, keselamatan rangkaian, analisis pencerobohan, pentadbiran sistem, dan audit keselamatan IT.
Pada 17-18 September, tiga puluh profesional keselamatan yang menyertai sesi selama dua hari itu dibekalkan dengan pemahaman tahap tinggi tentang kawalan keselamatan untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan teknik terkini yang perlu untuk mempertahankan rangkaian kritikal. Kursus SANS SEC 440: 20 Kawalan Keselamatan Kritikal: Perancangan, Pelaksanaan dan Pengauditan memberikan peserta kerangka untuk menguasai teknik dan alatan yang terbukti berkesan dan diperlukan untuk melaksanakan dan mengaudit 20 kawalan keselamatan paling kritikal melalui kaedah yang berkesan dan berkesan kos. 20 kawalan ini telah dipilih dan ditakrif oleh pakar keselamatan yang meneraju sebagai senarai keutamaan tertinggi bagi memastikan pertahanan perimeter yang berkesan dan tahan lasak, dan telah pantas dijadikan amalan oleh organisasi yang meneraju dalam sektor swasta dan kerajaan di peringkat antarabangsa.
Latihan Infosec bertaraf dunia di Asia akan bersambung pada 21 Oktober – 2 November dengan acara SANS Oktober Singapura. Acara ini menawarkan lima kursus amali gaya penglibatan penuh termasuk pengauditan, forensik, ujian penembusan, dan keselamatan rangkaian. Kursus SEC 642: Ujian Penembusan App Web Lanjutan yang serba baharu akan diketengahkan, juga boleh didapati melalui Simulcast bagi mereka yang tidak dapat menghadirkan diri ke Singapura.
Bagi senarai penuh kursus dan gambaran keseluruhan kursus untuk acara SANS Oktober Singapura, termasuk pensijilan GIAC berkaitan dan untuk pendaftaran, sila lawati: http://www.sans.org/info/139670
Tentang Institut SANS
Institut SANS telah ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai organisasi kerjasama penyelidikan dan pendidikan. SANS ialah sumber yang paling dipercayai dan yang terbesar di dunia setakat ini untuk latihan keselamatan maklumat bertaraf dunia dan pensijilan keselamatan dengan menawarkan lebih 50 kursus latihan. GIAC, ahli gabungan Institut SANS, ialah badan pensijilan dengan lebih 25 pensijilan teknikal amali dalam keselamatan maklumat. SANS menawarkan pelbagai sumber percuma untuk masyarakat InfoSec termasuk projek kesepakatan, laporan kajian, dan surat berita; dan ia mengendalikan sistem amaran awal Internet - Internet Storm Center. Terletak di pusat SANS ialah ramai pengamal keselamatan dalam pelbagai organisasi global daripada syarikat hinggalah universiti yang berganding bahu untuk membantu seluruh masyarakat keselamatan maklumat. (www.SANS.org)