omniture

VINFAST MENGUMUMKAN KESELURUHAN STRATEGI JUALAN DAN BARISAN KENDERAAN ELEKTRIK PENUH MILIKNYA PADA CES 2022

VinFast
2022-01-07 20:39 52

- VinFast mengumumkan bahawa ia akan menghentikan pengeluaran kereta jenis enjin pembakaran dalaman (ICE) dan beralih kepada pengeluaran kenderaan elektrik mulai penghujung tahun 2022

- Syarikat tersebut melancarkan kesemua barisan kenderaan elektrik globalnya dalam 5 segmen A-B-C-D-E

- Kini menerima tempahan untuk model SUV VF 8 dan VF 9 dengan program penghargaan khas kepada pelanggan rintis

LAS VEGAS, 7 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Ketika berlangsungnya Hari EV VinFast Global di Pameran Elektronik Pengguna (CES 2022), VinFast mengumumkan strategi pembangunan baharu dan melancarkan barisan kenderaan elektrik lengkap miliknya yang merangkumi lima segmen.

VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES
VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES

Susulan penampilan sulungnya di AS ketika LA Auto Show 2021, VinFast mengambil langkah penting ke arah masa depan mobiliti lestari dengan mengumumkan bahawa ia akan berhenti menghasilkan kenderaan jenis enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang hujung tahun 2022. VinFast akan memberi tumpuan terhadap usaha penyelidikan dan pembangunan bagi rangkaian kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya milik syarikat. Langkah berani ini menjadikan VinFast sebagai salah sebuah syarikat automotif pertama di dunia yang beralih sepenuhnya kepada kenderaan elektrik tulen sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai peneraju dalam revolusi EV global.

Seiring dengan komitmennya untuk menjadi pengeluar kereta elektrik sepenuhnya, VinFast melancarkan pelbagai kenderaan elektrik penuh miliknya secara rasmi: tiga model ditampilkan buat julung-julung kalinya dalam segmen A-B-C, VF 5 (segmen A), VF 6 (segmen B) dan VF 7 (segmen C); manakala dua model VF e35 dan VF e36 dalam segmen D dan E (diperkenalkan ketika LA Auto Show 2021) yang kini dinamakan semula sebagai VF 8 dan VF 9. Pemansuhan awalan "e" (elektrik) pada nama tersebut mengesahkan orientasi elektrik penuh syarikat yang konsisten.

Kelima-lima kenderaan elektrik dengan reka bentuk luaran yang moden dan mengagumkan ini direka oleh firma-firma reka bentuk Itali yang terkenal di dunia seperti Pininfarina dan Torino Design.

Model VF 8 dan VF 9 akan dilengkapi dengan ciri-ciri Pemanduan Autonomi tahap 2+ untuk versi Eco dan Plus dan tahap 3 - 4 untuk versi Premium. Model-model ini juga akan memiliki ciri-ciri pintar termasuk Kediaman Pintar, Pejabat Mudah Alih, Beli-belah Dalam Kereta, Hiburan Dalam Kereta dan banyak lagi ciri-ciri canggih lain yang memberi keselesaan serta mencipta pengalaman yang menakjubkan bagi setiap perjalanan dan kehidupan seharian.

"VinFast menggambarkan masa depan yang lestari untuk manusia dan planet melalui mobiliti hijau, bersih dan selamat. Ini adalah masa depan yang dibina berdasarkan perkhidmatan pintar, pengalaman pelanggan yang cemerlang dan keprihatinan yang mendalam terhadap planet ini serta generasi akan datang. VinFast komited terhadap reka bentuk, kualiti dan teknologi kenderaan yang inovatif serta khidmat pelanggan yang cemerlang. Kami juga ingin mencapai kejayaan yang lebih besar - untuk menjadi salah sebuah pengeluar kenderaan elektrik terkemuka di dunia sambil memberi inspirasi kepada pelanggan kami untuk bersama-sama berganding bahu tanpa sempadan dalam revolusi kenderaan elektrik yang seterusnya mewujudkan masa depan lestari untuk semua," kata Puan Le Thi Thu Thuy, Naib Pengerusi Vingroup dan Ketua Pegawai Eksekutif VinFast Global.

Ketika Hari EV VinFast Global, syarikat tersebut turut mengumumkan harga runcit dan pelancaran kempen tempahan VF 8 dan VF 9 secara rasmi di AS, Eropah dan Vietnam.

Harga permulaan bagi VF 8 ialah USD41,000 di AS; bermula daripada EUR36,133 di Eropah dan VND961 juta di Vietnam, manakala VF 9 akan dijual pada harga permulaan USD56,000 (AS); EUR49,280 (Eropah) dan VND1.312 bilion (Vietnam). Setiap EV VinFast didatangkan dengan jaminan selama 10 tahun atau 200,000 km pertama (mana-mana yang lebih dahulu).

Yang pastinya, sepanjang tempoh 3 bulan bermula dari 5 Januari hingga 5 April 2022 (PST), VinFast akan melancarkan program keahlian eksklusif yang dikenali sebagai "VinFirst – Pioneer's Gratitude to Pioneers", menawarkan pelbagai ganjaran dan manfaat kepada pelanggan yang membuat tempahan awal (sila lihat butiran dalam Lampiran di bawah).

VinFast ialah syarikat kereta elektrik pertama yang menggunakan teknologi blok rantai untuk menerima pesanan dan mengesahkan pemilikan. Terdapat banyak lagi insentif masa depan yang lain untuk pelanggan berkaitan yang berada di AS yang ingin menyertai program VinFirst ini. Semua tempahan awal boleh dibayar balik, diberi sebagai hadiah atau dipindah milik mulai 6 April 2022.

Selain berkongsi tentang dasar penetapan harga, VinFast turut mengumumkan program pajakan bateri yang inovatif dengan menawarkan kepada para pelanggan dua jenis pelan langganan: "Fleksibel" (yuran langganan minimum untuk 300 batu/500 km sebulan dengan kos tambahan bermula pada jarak ke-301 batu/501 km) dan "Tetap" (tanpa had jarak). Jumlah kos bulanan bagi pemanduan EV VinFast adalah lebih kurang sama dengan kos bahan api di setiap pasaran. Selain itu, VinFast akan turut menanggung kesemua perbelanjaan penyelenggaraan bateri dan akan menggantikan bateri yang telah digunakan oleh pemilik secara percuma jika kapasiti pengecasan dan nyahcas kurang daripada 70%.

Kempen tempahan untuk model VF 8 dan VF 9 akan bermula secara rasmi pada 5 Januari 2022 jam 5 petang PST di Las Vegas, A.S.

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan di: https://reserve.vinfastauto.com/.

Tentang VinFast 

VinFast - ahli Vingroup - bercita-cita untuk memacu gerakan revolusi kenderaan elektrik pintar global. Ditubuhkan pada 2017, VinFast memiliki kompleks pembuatan automotif yang canggih dengan kebolehskalaan terkemuka di seluruh dunia yang melaksanakan automasi sehingga 90% di Hai Phong, Vietnam.

VinFast amat komited terhadap misi mencapai masa depan yang lestari untuk semua orang, sentiasa berinovasi untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pintar yang canggih, pengalaman pelanggan yang lancar dan strategi penetapan harga buat semua, memberi bagi memberi inspirasi kepada pelanggan global agar dapat bersama-sama mewujudkan masa depan mobiliti pintar serta sebuah planet yang lestari. Ketahui lebih lanjut di: https://vinfastauto.com

Tentang Vingroup 

Ditubuhkan pada 1993, Vingroup merupakan salah satu konglomerat swasta terkemuka di rantau ini dengan jumlah modal bernilai USD35 bilion daripada tiga syarikat dagangan awam (setakat 4 November 2021). Vingroup tertumpu kepada tiga bidang utama pada masa ini: Teknologi dan Industri, Perusahaan Sosial dan Perkhidmatan. Ketahui lebih lanjut di: https://www.vingroup.net/en.

Tentang CES 

CES® merupakan acara teknologi terbesar dan paling berpengaruh di dunia – sebuah destinasi berprestij untuk teknologi dan inovator penemuan ulung dari seluruh dunia bertemu dan mengikuti perkembangan teknologi yang terkini. CES dimiliki oleh Consumer Technology Association (CTA®) yang merangkumi setiap bidang teknologi. Ketahui lebih lanjut di CES.tech.

Tentang CTA® (Persatuan Teknologi Pengguna) 

CTA® ialah persatuan perdagangan teknologi terbesar di Amerika Utara. Ahli-ahlinya merupakan perintis teknologi terhebat di dunia - daripada syarikat pemula hingga jenama global - mewujudkan lebih daripada 18 juta peluang pekerjaan di AS. CTA memiliki dan menganjurkan CES® - acara teknologi terbesar dan paling berpengaruh di dunia. Ketahui lebih lanjut di CTA.tech. Ikuti perkembangan di @CTAtech.

Hubungan Media: media@vinfastauto.com 

LAMPIRAN 

1/ Harga kenderaan (Harga tidak termasuk cukai perniagaan dan VAT, bateri, pajakan bateri, ADAS dan pakej Perkhidmatan Pintar) 

Pasaran

Model

Vietnam
(dalam juta VND) 

AS
(USD) 

Eropah
(EUR) 

VF 8 Eco 

961

41,000

Bermula dari 36,133

(berbeza untuk setiap negara)

VF 8 Plus 

1,125

48,000

42,669

VF 9 Eco 

1,312

56,000

49,280

VF 9 Plus 

1,429

61,000

53,413

2/ Pakej Perkhidmatan Pintar ADAS và:  (tidak termasuk cukai perniagaan dan VAT)

Pasaran 

Pembayaran Sekali Sahaja 

Langganan
Bulanan
 

Vietnam (dalam juta VND)

120

2.5

Eropah (EUR)

5,990

125

AS (USD)

6,500

135

3/ VinFirst  – Pioneer's Gratitude to Pioneers

Pasaran

Model

Vietnam
(dalam juta VND) 

AS
(USD) 

Eropah
(EUR) 

Yuran
tempahan
 

Baucar 

Yuran
tempahan
 

Baucar 

Yuran
tempahan
 

Baucar 

VF 8 Eco/Plus 

10

150

200

3,000

150

2,500

VF 9 Eco/Plus 

10

250

200

5,000

150

4,200

Sah dari 5 Januari jam 5 petang 2022 (PST) hingga 5 April 2022 (PST) 

Pelanggan di AS dan Eropah menerima e-baucar manakala pelanggan di Vietnam menerima baucar fizikal: 

  • e-baucar/baucar fizikal boleh dipindah milik selepas 5 April 2022 dan sah hingga 31 Disember 2023 
  • e-baucar/baucar fizikal menjadi tidak sah jika yuran tempahan dibayar balik atau dikenakan ketika pembelian 

Di samping itu, pelanggan juga menerima:

  • 1 pengecas mudah alih VinFast secara percuma
  • ADAS percuma dan pakej Perkhidmatan Pintar
  • Pakej pelancongan tempat peranginan secara percuma (tidak termasuk tiket penerbangan) dengan vila tepi pantai tiga bilik tidur untuk 4 orang selama 7 hari di satu atau beberapa buah hotel Vinpearl di Vietnam termasuk perkhidmatan jemputan di lapangan terbang, penginapan, kemasukan percuma tanpa had ke VAP, Safari dan Golf of Vinpearl. Baucar hanya akan diaktifkan selepas pelanggan menandatangani kontrak untuk membeli EV VinFast dan sah selama 2 tahun.
VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES
VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES

 

VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES
VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES

 

VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES
VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES

 

VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES
VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES

 

VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES
VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES

 

VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES
VinFast revealed its full line up of electric vehicles at VinFast Global EV Day at CES

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1721000/Pano_Medium_Resolution.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1720995/S6.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1720996/S8.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1720997/S9.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1720998/S10.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1721001/S7.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1720999/S1.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1660661/VinFast_Logo.jpg?p=medium600  

Source: VinFast
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Transportation Utilities New products/services Trade show news