- Jalur Spektrum APT700 Boleh Membuat Jalur Lebar Mudah Alih Dapat Diakses dan Lebih Mampu Milik untuk Lebih Dua Bilion Orang
LONDON, 23 September 2013 /PRNewswire/ -- Telstra, dengan kerjasama bersama GSMA dan GSA, hari ini melancarkan promosi besar untuk jalur spektrum APT700 bagi rangkaian 4G. Jalur itu sudah dikenal pasti untuk penggunaan dalam pasaran yang merangkumi lebih dua bilion orang manusia. Kempen baharu ini akan menyerlahkan lagi pelbagai faedah sosio-ekonomi daripada penjajaran global lebih luas mengikut jalur ini.
Jalur APT700, juga dikenali sebagai Dividen Digital, menggunakan semula spektrum yang tersedia ada hasil peralihan daripada analog ke saluran TV dan radio digital. Ciri perambatannya ideal untuk liputan luar bandar serta penembusan bandar dalam bangunan, lantas menjadikan kes perniagaan untuk penggunaan besar-besaran liputan perkhidmatan LTE jauh lebih berdaya maju.
Faedah ini, digabungkan dengan penggunaan meluas jalur ini dalam pasaran merentasi Asia, Amerika Latin dan Eropah, membuatkan jalur APT700 satu bahagian penting dalam penggunaan LTE di seluruh dunia, dengan rangkaian dan pengeluar peranti dapat menyokong satu jalur untuk rangkaian pasaran yang luas, memacu ekonomi mengikut skalanya dan mewujudkan satu ekosistem global.
Contohnya, laporan GSMA baru-baru ini "Ekonomi Mudah Alih Asia Pasifik 2013" menunjukkan pelancaran jalur Dividen Digital dalam rantau Asia Pasifik menjelang 2020 berpotensi untuk menyebabkan peningkatan sebanyak US$1 trilion dalam KDNK tambahan; tambahan pertumbuhan hasil cukai sebanyak US$215 bilion; kewujudan 1.4 juta perniagaan baharu; dan kewujudan 2.7 juta pekerjaan baharu. Dengan Amerika Latin yang turut bersedia untuk menggunakan pelan jalur yang sama dengan Asia Pasifik dan GSMA pula menggalakkan Afrika menambahkan penggunaan jalur 700MHz, pelan jalur APT ini boleh menjadi ekosistem berharmoni terbesar yang pernah dilihat oleh dunia ini.
Bagi memecutkan skala dan permulaan penggunaan jalur baharu ini, Telstra, GSMA dan GSA telah mengetuai penghasilan satu siri kertas kajian maklumat, yang menyasarkan untuk menyediakan sumber menyeluruh bagi maklumat terkini tentang ekosistem APT700 yang memuncul pesat kepada para pengendali, pembekal industri serta pengawal selia juga. Kertas kajian ini akan disediakan melalui laman web GSMA dan GSA, serta di beberapa laman vendor dan forum pengguna. Tiga organisasi itu juga akan memandu satu siri forum bagi meningkatkan pengiktirafan antarabangsa untuk jalur APT700 bagi penggunaan 4G, termasuk satu sesi yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Februari semasa Kongres Dunia Mudah Alih GSMA 2014.
Kertas kajian maklumat itu mengetengahkan keperluan untuk peranti bersesuaian disediakan untuk pengguna dengan secepat mungkin bagi merealisasikan faedah yang boleh dibawa oleh jalur lebar kepada ekonomi bandar dan luar bandar, maju dan memuncul. Dengan pelambatan purata selama 18 bulan untuk kemunculan peranti bagi menyusul pelancaran spektrum, ekosistem peranti mudah alih perlu memperkenalkan telefon bimbit dengan fungsi pintar hingga fungsi asas menjelang lewat tahun 2013 bagi memenuhi permintaan sementara rangkaian APT 700MHz mula dilancarkan secara besar-besaran. Apa yang paling menonjol adalah kekurangan peranti dengan julat harga yang lebih rendah, apabila ada keperluan khusus untuk menghubungkan semua orang kepada jalur lebar. Kini, dalam banyak kawasan luar bandar, terutamanya dalam pasaran memuncul, hanya peranti 2G/3G, serta jalur lebar talian tetap, yang boleh didapati kerana 4G/ LTE mungkin dianggap sebagai berkelas tinggi dan mahal.
"Menyediakan sumber maklumat yang boleh andal dan menyeluruh adalah penting untuk para pengendali memahami kemampuan, skala dan pemasaan teknologi memuncul seperti APT700 untuk 4G," kata Mike Wright, Pengarah Eksekutif, Rangkaian, Telstra. "Berdasarkan maklumat tentang jenama ini, pengendali boleh membina peta jalan teknologi dan pelaburan dengan kepastian yang lebih kuat, lalu ini akan membawa kepada kepastian untuk vendor rangkaian dan peranti, yang akan bertambah jumlahnya lalu memajukan ekosistem baharu ini."
Alan Hadden, Presiden GSA berkata "Forum seperti GSA penting untuk membantu memacu penjajaran merentasi industri bagi memilih bagaimana mahu memperuntukkan spektrum. Jalur spektrum yang sejajar secara global ialah hasil keputusan yang bagus untuk pengguna hujung, kerana ini membuatkan perayauan antarabangsa lebih mudah, dan membantu memacu ketersediaan peranti lebih awal."
"GSMA telah melobi pada peringkat kebangsaan, rantau dan global selama beberapa tahun bagi penjajaran dalam peruntukan jalur spektrum Dividen Digital, berdasarkan faedah ekonomi rangkaian 4G kepada sesebuah negara dan ekonomi berskala yang lebih besar yang boleh ditawarkan oleh pelan jalur sejajar kepada industri secara keseluruhannya," kata Alex Sinclair, Ketua Pegawai Teknologi GSMA. "Ciri-ciri jalur APT700 membolehkan pengendali individu mencapai tahap liputan geografi dan populasi yang tinggi pada kos yang lebih rendah, sementara strategi jalur global berdasarkan APT700 juga akan memangkinkan perniagaan perayauan antarabangsa, membolehkan pelanggan melintasi sempadan antarabangsa tetapi masih menerima perkhidmatan 4G."
Kertas kajian pertama boleh didapati di laman GSMA dan GSA mulai hari ini di www.gsma.com/spectrum/events/drivinglteworkshop dan www.gsacom.com/apt700. Ini termasuklah sumbangan oleh Telstra, Ericsson dan ZTE dengan kertas kajian lain dijangka akan ada dalam minggu-minggu akan datang.
Tentang Telstra
Telstra ialah syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan maklumat yang meneraju di Australia, menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan telekomunikasi dan bersaing dalam semua pasaran telekomunikasi. Di Australia, kami menyediakan 15.1 juta perkhidmatan mudah alih, 7.8 juta perkhidmatan suara tetap dan 2.8 juta perkhidmatan jalur lebar runcit tetap. Perniagaan antarabangsa Telstra termasuklah pengendali mudah alih Hong Kong CSL New World, rangkaian dan perniagaan perkhidmatan terurus Telstra Global serta perniagaan pencarian dan pengiklanan berpusat di China oleh Telstra.
Tentang GSA
GSA (Persatuan Pembekal mudah alih Global) mewakili pembekal GSM, 3G/HSPA dan 4G/LTE yang meneraju di seluruh dunia. Laporan dan kertas kajian maklumat kami memberikan maklumat serta statistik penting, menerangkan pembangunan pasaran, arah aliran dan peluang, dan dirujuk secara meluas merentasi industri. Kami menunjukkan bagaimana standard teknologi antarabangsa dan penjajaran pilihan jalur spektrum untuk pengaturan penggunaan rangkaian mudah alih menghasilkan skala ekonomi bersesuaian yang terbesar dan pilihan paling banyak untuk terminal pada kos yang paling rendah untuk pengguna. Aktiviti lain termasuklah mengendalikan seminar, taklimat, kajian kes, menyediakan sokongan terhadap kempen, dan bercakap semasa acara industri. GSA memantau dan menyediakan kemas kini secara tetap untuk pengaturan penggunaan dan pelancaran rangkaian LTE seluruh dunia, perkembangan aspek kawal selia, dan ketersediaan peranti pengguna. Laporan ini khususnya sangat dinanti-nantikan dan diikuti rapat oleh pelayar laman web global kami termasuk kira-kira 60,000 pengguna laman berdaftar. GSA ialah Rakan Kongsi Perwakilan Pasaran dalam 3GPP dan bekerjasama dengan organisasi penting lain termasuk ETSI, Persatuan GSM, dan ITU.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.gsacom.com. Berhubung dengan GSA melalui LinkedIn www.linkedin.com/groups?gid=2313721, Twitter www.twitter.com/gsacom atau Facebook www.facebook.com/pages/Global-mobile-Suppliers-Association-GSA/123462771012551.
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran dalam lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com . Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.