omniture

REALTY ONE GROUP IALAH FRANCAISOR HARTANAH NOMBOR 1 DALAM SENARAI FRANCHISE 500® ENTREPRENEUR 2022

Realty ONE Group
2022-01-08 22:22 2593

Salah SATU Francaisor Paling Pesat Berkembang di Negara Ini, Mengatasi Kesemua Yang Lain untuk Menuntut Tempat Teratas dalam Hartanah bagi Kedudukan Francais Berprestij Ini 

LAS VEGAS, 8 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu oleh tujuan dan salah SATU francais paling pesat berkembang di dunia telah memperoleh tempat pertama bagi francaisor hartanah dalam senarai Franchise 500® Entrepreneur bagi tahun 2022 yang sangat kompetitif. Ini merupakan tahun keenam berturut-turut syarikat tersebut berjaya menduduki senarai itu tetapi kali pertama baginya untuk naik kepada kedudukan nombor 1 dalam bidang hartanah.

Francaisor global yang berpangkalan di Las Vegas itu telah menyelesaikan 118,000 transaksi hartanah dan membayar lebih $1.1 bilion komisen ke atas jualan rumah yang berjumlah $47 bilion, satu peningkatan sebanyak 46% dari tahun ke tahun. Pada tahun 2022, Realty ONE Group berharap untuk berkembang kepada 20,000 orang ahli profesional di 11 buah negara sambil memberi impak kepada setengah juta manusia di seluruh dunia melalui sumbangan komuniti dan kedermawanan.

"Kami mempunyai beberapa tahun pertumbuhan cemerlang yang merupakan salah SATU sebab kami menjadi francaisor hartanah nombor SATU dalam senarai yang mengagumkan ini," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Tetapi para peminat setia kami di seluruh dunia yang menyayangi dan menerima COOLTURE kami serta terus merekrut lebih ramai ahli profesional untuk menyertai kami di pejabat yang baharu dan menarik walau di mana-mana sahaja."

Entrepreneur menamakan Realty ONE Group International dalam senarai itu atas prestasi cemerlangnya dalam penjualan francais, kekuatan kewangan dan kestabilan serta kuasa jenama. Syarikat ini telah melabur dengan banyak dalam infrastrukturnya untuk memberikan perkhidmatan dan sokongan yang luar biasa kepada pemilik francais sedia ada dan akan datang. Organisasi yang sedang berkembang pesat ini mengembangkan kesemua aspek perniagaannya termasuklah platform teknologi dan bimbingan khusus proprietarinya iaitu 'zONE' dan 'ONE University' untuk bersiap sedia menyokong kejayaan bagi lebih 100,000 ahli profesional hartanah di seluruh dunia ketika syarikat itu terus mewarnai seluruh pelosok dunia dengan kehadiran syarikatnya.

UNBrokerage, seperti mana yang dikenali dalam industri ini, kini mempunyai lebih 17,000 ahli profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Singapura, Sepanyol dan Costa Rica, selain wilayah A.S. Puerto Rico.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Real Estate Residential Real Estate Awards