NEW YORK, 8 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Kent Global, Encik Thomas J. Kent Jr., hari ini mengumumkan bahawa Usaha Sama istimewa telah dimeterai dengan Tuan Yang Terutama, Dato' Seri Dr. Romona Murad, Presiden Romona Consultancy and Management, Kuala Lumpur, Malaysia.
Menurut Encik Kent, ini merupakan langkah yang unik dan strategik untuk pengembangan global berterusan bagi Kent LLC. Encik Kent juga menyatakan bahawa ini merupakan peluang keemasan untuk mengembangkan lagi perniagaan ke pasaran Malaysia dengan perkembangan yang hebat sepanjang tahun 2022.
Tuan Yang Terutama Dato' Seri Dr. Romona Murad mengalu-alukan kerjasama tersebut dan beliau tidak sabar untuk membina hubungan yang erat dengan Encik Kent dan Kent Global LLC. Tuan Yang Terutama amat berbesar hati untuk berjumpa Encik Kent di Malaysia sebagai tetamu istimewa dan beliau mempunyai rancangan untuk Encik Kent untuk bertemu dengan pegawai atasan dan para pemimpin perniagaan yang berjaya di Malaysia.
Usaha sama antara kedua-dua syarikat ini akan menandakan era perniagaan baharu tanpa sempadan antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Langkah ini juga akan mengukuhkan hubungan perniagaan antara kedua-dua buah negara tersebut.
Sila hubungi:
Thomas J. Kent, Jr.
tkent@kentgloballlc.net
New York, NY
1-646-207-6801
Tentang Kent Global LLC.
Kent Global LLC ialah sebuah firma perunding butik swasta yang berpangkalan di Bandar Raya New York yang menyokong pelanggan di seluruh dunia daripada syarikat permulaan hingga pelanggan kerajaan.
Pautan berkaitan:
www.kentgloballlc.net
Tentang Romona Consultancy and Management.
Romona Consultancy and Management ialah sebuah firma perundingan perniagaan antarabangsa yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Firma ini dikaitkan dengan kebanyakan negara di seluruh dunia.
Pautan berkaitan:
www.datoromona.wixsite.com/romonainternational