omniture

Virtue Diagnostics tutup Pendanaan Siri B sebanyak $100 juta

Virtue Diagnostics
2022-01-10 08:59 262

SHANGHAI, 10 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Virtue Diagnostics, sebuah syarikat IVD yang inovatif, baru sahaja mengumumkan penutupan sebanyak US$100 juta dalam pendanaan Siri B. Virtue Diagnostics, ditubuhkan pada tahun 2019, memberi tumpuan kepada ujian klinikal untuk China dan pasaran baru muncul. Sequoia China dan Morningside Ventures bersama-sama memimpin pusingan pelaburan ini bersama ORIZA Holdings. Pelabur-pelabur sedia ada Lilly Asia Ventures dan PerkinElmer Ventures turut mengambil bahagian manakala HAOYUE Capital merupakan penasihat kewangan yang eksklusif.

Virtue Diagnostics ialah sebuah syarikat IVD (Diagnostik In Vitro) berasaskan platform, bertaraf global yang memberi tumpuan untuk menyediakan penyelesaian klinikal yang berpatutan di semua peringkat penyakit termasuk penyaringan sangat awal, diagnosis awal, pemantauan rawatan dan pengurusan penyakit residual minimum.

Ibu pejabat Korporat serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) Virtue Diagnostics terletak di Singapura, tapak pembuatan di Suzhou, China manakala Makmal CRO/Klinikal di Beijing.

Pasaran IVD masa depan China dipacu oleh inovasi tempatan. "Strategi Virtue Diagnostics adalah untuk memperkenalkan platform teknologi baharu dengan bekerjasama bersama syarikat-syarikat teknologi global, membangunkan produk dan penyelesaian yang disediakan khusus untuk pasaran Cina dan mempercepatkan masa ke pasaran melalui pasukan R&D, pendaftaran dan golongan profesional komersial kami yang sangat berpengalaman," kata Johnson Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Virtue Diagnostics.

Virtue Diagnostics bekerjasama secara eksklusif dengan PerkinElmer untuk spektrometri jisim klinikal di China. Spektrometer jisim empat kutub tiga kali ganda, dikeluarkan oleh Virtue Diagnostics, dilancarkan pada suku ketiga tahun 2021 selepas mendapat kelulusan NMPA. Panovue, diperoleh pada tahun 2021, menerajui dalam patologi multipleks, menyediakan rangkaian penuh penyelesaian untuk platform analisis landskapnya.

Walaupun inovasi tempatan mendorong pasaran IVD Cina, industri IVD dalam banyak negara baru muncul masih berada di peringkat awal dan bergantung pada produk import. Covid-19 mendorong kerajaan untuk mengukuhkan keupayaan IVD tempatan dengan insentif. Virtue Diagnostics berkembang untuk membawakan produk IVD yang berpatutan dan berkualiti tinggi kepada pasaran-pasaran baru muncul yang terpilih.

Johnson menambah: " Virtue Diagnostics akan memperkenalkan teknologi diagnostik yang inovatif di China dan secara serentak dalam pasaran baru muncul melalui penggabungan dan pemerolehan, usaha sama dan entiti tempatan. Dengan pengalaman industri kami yang beraneka, keupayaan inovasi dan latar belakang antarabangsa kami akan berjaya.

Yunxia Yang, dari Sequoia China, berkata, "Virtue Diagnostics membangunkan platform teknologi diagnostik yang kompetitif. Pasukan ini amat diiktiraf atas pengalaman global mereka, pengetahuan teknikal dan pelaksanaan yang mantap. Kami percaya Virtue berpotensi tinggi untuk menjadi peneraju global. Sequoia China membantu syarikat-syarikat peralatan perubatan dan diagnostik yang inovatif berkembang pesat bagi membawa produk yang lebih baik kepada pesakit dengan lebih cepat."

Lu Huang, dari Morningside Ventures berkata "Selepas pembangunan selama 20 tahun, industri IVD China telah menyelesaikan penggantian import. Pertumbuhan pasaran domestik yang semakin meningkat akan dibawakan oleh teknologi. Virtue ini unik kerana mendapat pengalaman keusahawanan yang berjaya di China dan juga pendedahan antarabangsa. Syarikat ini berkembang pesat untuk menghasilkan proses yang hebat. Morningside akan memanfaatkan latar belakang antarabangsanya, sumber modal dan teknologi global untuk membantu Virtue menjadi perintis dalam industri IVD China."

Latar Belakang Virtue Diagnostics

Virtue Diagnostics ialah sebuah syarikat IVD inovatif yang memfokuskan kepada penyakit berjangkit, kanser dan penyakit kronik. Matlamat kami adalah untuk menggunakan platform teknologi kami yang pelbagai untuk menyediakan penyelesaian klinikal kepada pesakit pada semua tahap penyakit termasuk penyaringan awal, diagnosis awal, pemantauan rawatan dan pengurusan penyakit residual minimum.
www.Virtuedx.com

Source: Virtue Diagnostics
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Financing agreements