-- Kawalan interaktif melaui mesej peribadi Weibo
QINGDAO, China, 24 September 2013 /PRNewswire/ -- Pada 23 September, Hisense dan Sina Weibo mengumumkan di Beijing ketersediaan penyaman udara pintar silang sektor dengan kuasa, suhu dan kelembapan yang boleh dikawal dan dilaraskan dengan arahan yang dihantar melalui mesej peribadi Weibo, perkhidmatan blog mikro yang meneraju di China.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130923/CN84273 )
Bagi mengaktifkannya, pengguna perlu mendaftar akaun Sina Weibo untuk penyaman udara itu, yang terhubung melalui saluran kuasanya, kemudian tambah akaun itu kepada Senarai Rakan mereka (yang boleh diskalakan kepada semua alat penghantaran mesej segera mudah alih termasuk WeChat). Kemudian pengguna akan memulakan dialog dengan akaun itu melalui mesej peribadi Weibo untuk memeriksa suhu, kelembapan, dan keadaan lain di kediaman mereka dan mengeluarkan arahan pintar yang akan dihantar secara lancar kepada penyaman udara itu, yang kemudiannya akan melaksanakannya.
Rangkaian produk pintar baharu ini sedang dilancarkan oleh Hisense Group berikutan kejayaan TV pintar dan peti sejuk pintar. Dr. Wang Zhigang daripada Hisense berkata ia merupakan produk penting yang menggunakan teknologi Internet untuk Barangan isi rumah Hisense. Teknologi sosial mudah alih sedang mengubah kehidupan keluarga dengan lebih pantas daripada apa yang kita mampu bayangkan.
Tentang Hisense
Diasaskan pada tahun 1969, Hisense mematuhi strategi pembangunan untuk "membina syarikat dengan teknologi secara bijak." Kini, Hisense boleh berbangga dengan lebih 20 syarikat subsidiari, dengan hasil jualan melebihi 81 bilion Yuan pada tahun 2012. Produk Hisense laris dijual di lebih 130 negara di rantau seperti Eropah, Amerika, Afrika, Asia Tenggara, negara CIS, dan lebih lagi. Syarikat itu mempunyai tapak pengeluaran seluruh dunia di Afrika Selatan, Algeria, dan Mesir. Hisense mempunyai pejabat jualan di Amerika, Australia, Jepun, dan negara lain.