EAST RUTHERFORD, New Jersey, 11 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Cambrex baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-40 penubuhannya sejak tahun 1981. Berikutan pertumbuhan dan transformasi selama empat puluh tahun kepada sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka, Cambrex meneruskan komitmennya terhadap kepemimpinan dalam pembuatan bahan ubat-ubatan farmaseutikal dengan lebih $100 juta pelaburan sedang dijalankan di seluruh rangkaian pembuatan globalnya.
"Ketika Cambrex meraikan ulang tahun ke-40, kami berbangga dapat melakukan pelaburan yang signifikan ke dalam kapasiti dan keupayaan baharu di seluruh rangkaian kami," kata Thomas Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex. Beliau menambah, "Digandingkan dengan pasukan kami yang semakin berkembang dengan lebih 2,200 orang pekerja; pelaburan ini akan membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami sambil kami bekerjasama dengan mereka dalam pembangunan dan pembuatan terapi baharu yang mengubah kehidupan."
Pengembangan yang terbesar di Charles City, Iowa, merupakan sebuah projek bernilai $50 juta untuk menyokong pembangunan dan pembuatan bahan ubat-ubatan molekul kecil yang berskala besar. Sebagai penambahan terkini dalam siri pelaburan yang signifikan di tapak, pengembangan ini akan meningkatkan kapasiti kemudahan tersebut sebanyak kira-kira 30 peratus dengan reaktor bersaiz sehingga 16,000 liter yang sesuai untuk pengeluaran yang cekap bagi bahan ubat-ubatan komersial berjumlah besar. Kapasiti baharu ini akan beroperasi pada separuh pertama tahun 2022.
Pada bulan Oktober 2021, satu lagi pelaburan berjumlah $30 juta telah diumumkan bagi kemudahan Cambrex di High Point, North Carolina yang memberi tumpuan kepada bahan ubat-ubatan peringkat klinikal dan perkhidmatan pembuatan komersial berjumlah kecil. Pengembangan yang kini sedang dijalankan itu akan menggandakan kapasiti kemudahan tersebut dengan menambah makmal kimia baharu, suite pembuatan klinikal baharu dan operasi pembuatan komersial berskala kecil dengan reaktor sehingga 2,000 Liter. Selain mengembangkan kepemimpinan Cambrex dalam proses kimia aliran yang berterusan, pelaburan ini akan memberikan keupayaan kepada Cambrex untuk membangunkan dan mengeluarkan API yang sangat kuat untuk para pelanggannya dalam satu kemudahan. Pengembangan kemudahan High Point ini akan disiapkan pada separuh pertama tahun 2023.
Di Eropah, Cambrex sedang melalui satu siri penaiktarafan bagi kemudahannya di Karlskoga, Sweden berjumlah lebih $20 juta yang akan meningkatkan kapasiti pelbagai guna sebanyak 25 peratus dan memberikan lebih fleksibiliti dalam pembuatan API. Setelah dikeluarkan daripada pemasangan barisan pengeluaran bahan ubat-ubatan berkapasiti 6,000 liter yang baharu kurang dari setahun yang lepas, tapak tersebut kini sedang melaksanakan projek yang serupa untuk menambah kapasiti pengeluaran cGMP tambahan menjelang akhir tahun 2022.
Pelaburan yang merangkumi semua skala pembuatan bahan ubat-ubatan klinikal dan komersial ini akan memastikan Cambrex terus berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong para pelanggannya dalam pembangunan dan pembuatan terapi baharu yang inovatif yang dapat meningkatkan kesihatan manusia.
Tentang Cambrex
Cambrex ialah sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan. Dengan pengalaman selama lebih 40 tahun dan pasukan yang terdiri daripada lebih 2,200 orang pakar yang semakin berkembang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari tapak di Amerika Utara dan Eropah, Cambrex merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk API serta pembangunan dan pembuatan bentuk dos.
Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat-ubatan yang khusus termasuk biokatalisis, aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan dan API yang sangat kuat. Selain itu, Cambrex boleh menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal oral, separa pepejal dan cecair serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus seperti pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cambrex.com
Hubungan:
Eli Cohen, Pengarah Kanan Pemasaran
E-mel: press@cambrex.com
Telefon: +1 919 544 8638
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1723116/Cambrex_40_Years_Logo.jpg?p=medium600