omniture

Rohde & Schwarz Melengkapi Pusat ATC di Ireland dan Iceland Dengan Komunikasi Suara IP Canggih bagi Perkhidmatan Pandu Arah Udara

Rohde & Schwarz
2013-09-24 14:40 115

MUNICH, 24 September 2013 /PRNewswire/ -- Pihak berkuasa penerbangan di Ireland (Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland – IAA) serta Iceland (ISAVIA) telah memilih Rohde & Schwarz sebagai pembekal tunggal bagi memodenkan peralatan komunikasi mereka. Syarikat itu akan menyediakan dua sistem kawalan komunikasi suara berasaskan IP sepenuhnya serta radio HF. Satu sistem akan dipasang di pusat ISAVIA COM di Gufunes, satu lagi di pusat IAA COM di Ballygirreen. Kedua-dua sistem boleh beroperasi sendiri dalam mod fungsi sendiri atau dalam mod operasi bersama apabila dihubungkan. Hasilnya ialah pusat kawalan maya yang mempertingkatkan kemampuan pengawal lalu lintas udara di kedua-dua lokasi secara signifikan. Jika berlaku bencana, mereka boleh mengakses sumber di pusat yang lainnya dan menggunakan fungsi kedua-dua sistem kawalan. Konsep inovatif ini membantu kedua-dua negara menangani cabaran khusus daripada bahagian kawasan kawalan laut (OCA) Atlantik Utara mereka, salah satu daripada senario pengendalian ATC yang paling mencabar di dunia. OCA Shanwick, dengan kawasan seluas kira-kira 3.8 juta kilometer persegi, mengendalikan lebih 400,000 kapal terbang setiap tahun. OCA Reykjavik merupakan antara yang terluas di dunia, dengan kira-kira 5.4 juta kilometer persegi luasnya, dan mengendalikan kira-kira 100,000 kapal terbang setiap tahun.

Hubungan akhbar:
Eropah (ibu pejabat): Katrin Wehle, Telefon: +49-89-4129-11378, Faks: +49-89-4129-13208, E-mel: press@rohde-schwarz.com

http://www.press.rohde-schwarz.com

Sumber: Rohde & Schwarz

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Airlines/Aviation RFID Transportation VoIP New products/services