omniture

Midea Robozone Perkenal Portfolio Jenama "obode" Baharu Direka untuk Tingkatkan Kehidupan Rumah Pelanggan

Midea Robozone
2022-01-12 21:29 73

SUZHOU, China, 12 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Midea Robozone, penginovasi bagi teknologi pembersihan pintar yang membangunkan pelbagai penyelesaian pembersihan di seluruh AS, UK, Jerman, Rusia dan 100 pasaran global yang lain, hari ini melancarkan jenama baharu, obode.

obode akan melancarkan produk pertamanya, vakum robot mengemop cuci sendiri auto P8 di A.S. dan U.K. pada musim bunga ini. Menampilkan pad mop yang mencuci sendiri dengan agen pencuci, ToF LDS Navigation, pengisian semula air automatik pintar serta aplikasi yang boleh disesuaikan, robot mencuci baharu yang inovatif ini menambah fungsi membersih yang hebat dan kemudahan moden untuk mana-mana rumah. P8 ialah salah satu produk AIoT yang paling canggih daripada obode, sangat sesuai untuk mencuci rumah bersaiz sederhana dan bersaiz besar yang menjadikannya lebih mudah memandangkan segala-galanya dapat dikawal melalui obode Life APP.


Bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan semula masa mereka, menggunakan teknologi pintar yang prihatin akan dunia mereka dan meningkatkan gaya hidup mereka, obode berada di barisan hadapan dalam membangunkan penyelesaian dan produk pembersihan AIoT baharu. "obode ingin membawa teknologi rumah yang meningkatkan kehidupan dan estetika berani yang terdapat dalam kisah-kisah "siberpunk" menjadi kenyataan," kata Alice Shaw, Ketua Pusat Pemasaran Global di Midea Robozone. "Apabila perubahan berlaku semakin pantas pada tahun 2022, bermula daripada bagaimana kita bekerja hinggalah cara kita membeli belah dan menjalani kehidupan, syarikat ini berharap agar dapat mencipa dunia yang lebih pintar, lebih mudah di mana tugas yang kecil tidak mengambil masa yang lama daripada mencapai matlamat yang besar."

obode ialah jenama-eko teknologi AIoT yang membawa masa depan kepada orang umur bekerja yang sibuk dan bergaya untuk memberikan mereka lebih kebebasan serta persekitaran kehidupan yang positif. Di rumah, dalam dunia di sekeliling mereka, bersama produk AIoT yang pintar, bergaya, mudah digunakan. obode bermatlamat untuk membantu orang ramai mendapatkan semula masa mereka, menggunakan teknologi pintar yang prihatin akan dunia mereka dan meningkatkan gaya hidup mereka. Dengan kelebihan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan rantaian bekalan global industri Midea, obode terus meningkatkan nilai kepada pelanggan dengan merevolusikan pembersih vakum robot berprestasi tinggi bagi memberi lebih kemudahan kepada pelanggan global dan memperkayakan kehidupan tinggal di rumah mereka.

Cik Shaw menyambung, "Matlamat obode adalah untuk mencipta gaya masa depan yang kami gelar sebagai 'siberpunk positif'. Pelanggan akan dapat bertenang hasil daripada teknologi obode. Ia juga merupakan satu janji bahawa teknologi ini akan menjadi mudah digunakan dan tidak menambah lebih banyak tekanan kepada kehidupan mereka. Hari ini, kami membayangkan dengan berani gabungan antara seni dan teknologi sebagai matlamat unggulan, maka pembersih vakum robot, karya seni teknologi pintar, menawarkan lebih kemudahan dicampur dengan nilai kemanusiaan iaitu kemesraan, keselesaan dan kerakanan. Kami membayangkan P8 sebagai 'rakan sebilik' pelanggan."

obode sangat prihatin mengenai perlindungan alam sekitar dan merancang untuk bekerjasama dengan persatuan perlindungan haiwan dan agensi perlindungan alam sekitar bagi mengurangkan beban ke atas alam sekitar.


Melalui jalinan kerjasama dengan National Gallery, obode akan menjemput Artis Finland Janine Rewell untuk bersama-sama mencipta corak untuk hiasan rumah. obode percaya bahawa seni dan teknologi akan kekal selama-lamanya, memberi laluan kepada gelombang kehidupan teknologi yang baharu.

Sebelum obode P8 beroperasi pada 9 Februari, sila daftar di halaman rasmi [ https://comingsoon.higizmos.com/obodep8 ] dan dapatkan kupon $500 untuk deposit $1 bagi mendapatkan model unggulan obode hampir separuh daripada harganya - $599 (harga asal $1099).

Latar Belakang Midea Robozone Technology 

Midea Robozone ialah sebuah syarikat teknologi tinggi yang memfokuskan Kecerdasan Buatan, produk Robot Pintar dan Penyelesaian Pintar. Berpangkalan di Suzhou, dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terletak di AS dan China, Midea Robozone memiliki portfolio berbilang jenama termasuk Midea dan obode yang meliputi lebih 100 pasaran global. Midea Robozone Technology ialah subsidiari Midea Group.

Source: Midea Robozone
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Social Responsibility New products/services