omniture

CLÉ DE PEAU BEAUTÉ SAMBUT 40 TAHUN DENGAN PERKENAL LEMBARAN SETERUSNYA

Clé de Peau Beauté
2022-01-13 08:00 173

Bermula pada tahun 2022 Dakota Fanning, Diana Silvers dan Ella Balinska akan menyertai Clé de Peau Beauté sebagai Duta Jenama Global

TOKYO, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan solekan mewah bertaraf global, genap empat puluh tahun ini – menandakan empat dekad usaha mencapai Keserian dan ketukangan yang mahir melalui sains dan inovasi. Sambutan ulang tahun ini melambangkan peristiwa yang amat sesuai untuk memperingati pencapaian di samping mempersembahkan aspirasi jenama ini yang berani untuk masa depan. Bagi mengumumkan lembaran yang seterusnya, Clé de Peau Beauté berbesar hati memperkenalkan Dakota Fanning, Diana Silvers dan Ella Balinska sebagai wajah baharu jenama ini. Setiap seorang daripada wanita luar biasa ini menonjolkan sifat-sifat kualiti penting jenama ini; pintar dan tidak berkompromi, di samping mewakili komuniti wanita global yang memiliki keserian semula jadi yang membuatkan setiap seorang daripadanya begitu luar biasa.

 

Diana Silvers, Dakota Fanning, dan Ella Balinska (Kiri ke Kanan)
Diana Silvers, Dakota Fanning, dan Ella Balinska (Kiri ke Kanan)

Selaras dengan dedikasi khusus Clé de Peau Beauté untuk memanfaatkan yang terbaik dalam Sains dan Inovasi, jenama ini memanfaatkan teknologi canggih untuk menghimpunkan media dari seluruh dunia di The House of Infinite Radiance – rumah maya yang mempersembahkan semua aspek jenama ini, pada masa kini dan masa depan. Di The House of Infinite Radiance, tetamu berpeluang untuk bertemu tiga Duta Jenama Global baharu Clé de Peau Beauté buat julung kalinya dan melihat pratonton koleksi yang diidamkan yang akan dipersembahkan pada tahun hadapan, melalui titik sentuh interaktif dan kandungan yang ditempah terlebih dahulu.

"Ulang tahun keempat puluh kami merupakan peristiwa yang penting untuk Clé de Peau Beauté dan ia merupakan peluang yang ideal untuk kami meraikan wanita yang mendapat khidmat kami. Kami benar-benar percaya bahawa keserian dalaman terletak pada bahagian teras setiap wanita – jenama ini turut mengiktiraf bahawa keserian sebenar adalah pelbagai rupa dan menemui ekspresi dalam banyak cara yang berbeza, setiap satu adalah sama cantik yang unik dengan yang lain. Justeru itu, saya berbesar hati memperkenalkan Dakota, Diana dan Ella, tiga orang pelakon yang benar-benar mewakili wanita hari ini, diperkasa, yakin, peka dari segi sosial dan sentiasa berusaha ke arah menyerlahkan potensi mereka sendiri dan potensi mereka yang berada di sekeliling mereka. Kami amat teruja dengan adanya mereka sebagai sebahagian daripada keluarga Clé de Peau Beauté," kata Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

Apabila ditanyakan mengenai apa ertinya buat mereka dapat menyertai keluarga Clé de Peau Beauté, Dakota Fanning berkata, "Ia merupakan satu penghormatan – bukan sahaja diminta untuk mewakili jenama mewah yang tersohor tetapi juga memegang peranan ini bersama wanita yang berbakat seperti Ella dan Diana. Saya sentiasa menjadi peminat produk Clé de Peau Beauté dan saya turut berkongsi kepercayaan jenama ini mengenai kepentingan menerima dan meraikan kekuatan anda yang unik dan bersifat individu."

Diana Silvers menambah, "Clé de Peau Beauté ialah jenama yang kaya dengan cerita dan apa yang benar-benar selari dengan saya ialah usaha mereka mengejar kecemerlangan. Mereka sentiasa berusaha untuk berinovasi serta berkembang dan saya dapat melihat bagaimana usaha tersebut menghasilkan produk berkualiti tinggi yang direka bentuk dengan mengutamakan kekuatan individu wanita. Jenama ini telah membina komuniti sokongan global berkisarkan pesanan berkenaan dan saya benar-benar tidak sabar-sabar menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut bersama Dakota dan Ella."

Ella menjawab, "Apa yang benar-benar penting untuk saya mengenai jenama ini ialah ia memperjuangkan produk berkualiti tinggi dan misi kedermawanan global yang memperkasa kanak-kanak perempuan untuk mencari suara mereka melalui pendidikan. Ini penting untuk saya dan saya berbangga dapat melakukannya bersama wanita yang luar biasa seperti Dakota dan Diana."

Pelakon-pelakon ini membuat kemunculan komersial pertama mereka pada Januari 2022 dalam satu kempen yang diambil gambarnya oleh Cliff Watts. Dakota, Diana dan Ella akan menghadiri acara pelancaran media eksklusif bermula pada Januari ini bersama The House of Infinite Radiance. Sepanjang tahun 2022, Clé de Peau Beauté akan mempersembahkan dengan bangganya produk dan koleksi baharu yang menarik bagi meraikan tahun yang istimewa ini dan bagi menunjukkan komitmen mereka untuk sentiasa mengusahakan Keserian dan kesempurnaan yang ulung.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté  

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co., Ltd., ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 23 negara dan wilayah seluruh dunia*. 

*Setakat Januari 2022.

Laman Sesawang Ulang Tahun ke-40 Clé de Peau Beauté: https://www.cledepeau-beaute.com/int/40th-anniversary.html

Laman Sesawang Duta Jenama Clé de Peau Beauté: https://www.cledepeau-beaute.com/int/meet-ambassador.html

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/

Biografi Duta Jenama

Dakota Fanning ialah seorang pelakon Amerika dengan senarai filem yang banyak dengan nama beliau. Beliau merupakan pelakon paling muda yang telah dicalonkan untuk Screen Actors Guild Award®. Baru-baru ini, beliau dilihat kembali memainkan peranan beliau sebagai Sarah Howard dalam musim kedua siri yang mendapat pujian secara kritis, The Alienist. Siri ini ditayangkan buat julung kalinya di A.S. sebagai Drama Baharu No. 1 Cable dan dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe® berserta Anugerah Emmy® untuk Siri Terhad Terbaik. Fanning, yang baru-baru ini membintangi Once Upon a Time in Hollywood Quentin Tarantino, seterusnya akan dilihat membintangi siri antologi akan datang The First Lady dan siri drama Ripley, kedua-duanya untuk Showtime. Selain daripada menjadi seorang pelakon yang berjaya, beliau juga merupakan seorang Duta Artis untuk Save the Children.

Diana Silvers, pelakon dan peragawati Amerika, membuat kemunculan sulung beliau dalam Glass M. Night Shyamalan. Beliau terkenal dengan lakonan beliau sebagai Hope dalam Booksmart Olivia Wilde sebagai Erin Naird dalam Space Force di Netflix dan sebagai Maggie bergandingan Octavia Spencer dalam Ma Blumhouse/Universal. Diana merupakan bintang yang semakin meningkat naik, dengan tajuk berita utama menamakan beliau sebagai "Wanita Utama Baharu Hollywood". Di luar bidang lakonan, Diana amat bersungguh-sungguh untuk menyumbang kembali kepada masyarakat beliau; beliau menyokong banyak perjuangan yang bersifat dermawan, termasuk St. Jude Children's Hospital, National Breast Cancer Foundation dan Joyful Heart Foundation.

Ella Balinska ialah salah seorang pelakon muda yang cerah masa depannya daripada generasi beliau. Beliau amat terkenal dengan penampilan sulung beliau dan watak filem utama Jane Kano, bekas ejen MI-6 yang garang dalam Charlie's Angels. Seterusnya, beliau membintangi siri aksi langsung yang amat dinanti-nantikan di Netflix, Resident Evil yang menamatkan kerja-kerja penerbitan baru-baru ini dan dalam filem cereka yang diterbitkan oleh Blumhouse, Run Sweetheart Run, yang ditayangkan buat julung kalinya di Festival Filem Sundance dan akan dilancarkan secara global di Amazon Prime. Ella juga telah diumumkan akan memegang watak utama Frey Holland dalam permainan video epik Square Enix Forspoken untuk Playstation 5. Ella telah mengukuhkan kedudukan beliau dalam bidang fesyen dan kedermawanan; terutamanya menjadi Duta Global untuk koleksi Panthère de Cartier Jewellery yang ikonik dan telah dijemput untuk menyertai British Fashion Council sebagai penaung pengasas BFC Foundation Charity. Telah mendapat latihan di Guildford School of Acting di London, di mana beliau menamatkan pengajian dengan cemerlang, baru-baru ini beliau menyediakan biasiswa di Alma Mater beliau untuk pelajar-pelajar daripada majoriti global — menyokong dan memperdalam pemahaman mengenai identiti dan keaslian budaya sambil melatih kraf mereka.

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services