omniture

Kolaborasi Terbaharu Perrier-Jouet

Perrier Jouet
2013-09-24 15:26 157

PARIS, 24 September 2013 /PRNewswire/ --

Dunia memukau dan berseni Perrier-Jouet melalui lensa penghasil imej yang meneraju Warren du Preez & Nick Thornton Jones*

Warren du Preez & Nick Thornton Jones, yang dianggap sebagai dua daripada artis peneraju industri kreatif untuk penghasilan imej dan filem telah diminta untuk menghidupkan pendekatan tersendiri mereka dengan Perrier-Jouet.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/62422-perrier-jouet-global-communications-campaign

Kolaborasi ini telah menghasilkan komunikasi 360° agar pengguna dipandu melalui sebuah pengembaraan melalui visi mereka untuk warisan berseni dan gaya wain unik Perrier-Jouet.

Satu pengembaraan menawan ke dalam Alam Pesona meringkaskan seluruh konsep untuk inspirasi mereka "tempat kehidupan seharian – intipati kepesonaan – terawang-awang dalam lingkungan minda separa sedar dan imaginasi kita, yang diunjurkan menjadi interpretasi kami untuk alam semula jadi dan seni dalam kehidupan".

Dengan sebatian wain khusus yang berprestij Belle Epoque sebagai titik permulaan, Warren du Preez and Nick Thornton Jones menciptakan satu dunia baharu daripadanya, agar setiap unsur, model, cahaya dan taman ditafsirkan bergantung pada ciri-ciri berlainan warisan jenama itu. Setiap perincian, daripada pilihan baju sehingga suasana set penggambaran mendapat ilham daripada kepesonaan dan kebebasan.

Pengguna digital boleh mengalami pengalaman mempesonakan Perrier-Jouet ini di laman web baharu. Dengan bergantung pada aset utama laman web moden ini – gambar skrin penuh, video gazet, titik panas beranimasi – hasil seni Warren du Preez dan Nick Thornton mengesahkan pendekatan mereka lebih berjiwa pelukis berbanding pendekatan seorang jurugambar.

Untuk menerokai pengalaman itu, sila lawati: http://www.perrier-jouet.com/int-en/enchanted-nature?utm_source=mailing+presse&utm_medium=e-mail&utm_campaign=Campagne+The+Garden

Untuk memuat turun imej kempen itu, sila lawati: http://digitalpressroom.perrier-jouet.com

SILA NIKMATI PERRIER-JOUET DENGAN BERHEMAH

Video: http://www.multivu.com/mnr/62422-perrier-jouet-global-communications-campaign

Sumber: Perrier Jouet

Source: Perrier Jouet
Keywords: Beer, Wine & Spirits Food/Beverages Licensing/marketing agreements