omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim umum modul PV amat cekap siri S5 baharu

Xinhua Silk Road
2022-01-13 08:30 125

BEIJING, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar global yang terkemuka, baru-baru ini melancarkan generasi baharu produknya, modul fotovolta (PV) yang amat cekap siri S5 dengan output kuasa maksimum mencecah sehingga 670W dan kecekapan modul mencapai 21.57 peratus.


Modul siri S5, yang menyepadukan wafer silikon bersaiz besar 210mm dengan teknologi dwi-kaca, separuh-sel, berbilang-busbar dapat mencapai prestasi dan keandalan yang lebih mantap. Khususnya, dengan memperkenalkan teknologi berbilang-busbar (12BB) dengan wafer silikon besar 210mm, produk baharu ini dapat meningkatkan kawasan menerima cahaya dan dalam masa yang sama memastikan kecekapan sel.

Tambahan pula, berbanding dengan teknologi jarak sel 2mm normal, produk baharu ini menerima pakai teknologi pengkapsulan ketumpatan tinggi 0.8mm untuk meningkatkan dengan ketara ketumpatan kuasa modul dan menjamin kualiti produk.

Menampung pelbagai permintaan terhadap modul yang amat cekap ini, Seraphim memperkenalkan dua versi, 132 sel dan 120 sel, menggandingkannya dengan pilihan konfigurasi kaca tunggal dan dwi-kaca, dwimuka dengan output kuasa bermula daripada 595W hingga 670W.

Setelah menjalani ujian seperti PID, hujan batu, habuk-pasir dan amonia, produk baharu ini menunjukkan keandalan yang tinggi dan dijangka dapat menjadi pencabar yang hebat dalam bidang produk modul PV yang amat cekap.

"Inovasi sentiasa menjadi aspirasi asal Seraphim dengan misi untuk menjadi peneraju industri sejak dari saat syarikat ini ditubuhkan. Selama bertahun-tahun, syarikat ini telah melabur usaha yang sangat banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta mengumpul pengalaman yang beraneka dan unik dalam penyelidikan dan pembangunan kepakaran serta teknologi modul-modul yang sangat cekap," kata Polaris Li, pengerusi dan presiden Seraphim.

Beliau menambah bahawa siri produk S5 ini akan memberi pengalaman produk yang luar biasa kepada pelanggan kami, hasil daripada kawalan prosedur ketat syarikat ini, penyelidikan dan pembangunan teknologi, reka bentuk produk, pembangunan dan juga ujian mendalam.

Tahun 2021 merupakan ulang tahun ke-10 penubuhan Seraphim. Sepanjang dekad yang lalu, ia bukan sahaja mencapai kejayaan perniagaan yang hebat, tetapi turut memberi sumbangan penting kepada pembangunan mesra alam seluruh masyarakat.

Usahanya telah diiktiraf melalui banyak anugerah seperti pengeluar modul PV Tahap 1 oleh Bloomberg dan sebagai pengeluar modul PV terunggul oleh PV Evolution Labs.

Sehingga kini, lebih daripada 14GW produk Seraphim telah dihantar ke lebih daripada 40 negara di seluruh dunia.

Lihat pautan asal:https://en.imsilkroad.com/p/325914.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Utilities New products/services