omniture

Orang Belanda Mencipta Kotak Gear Tanpa Gear

Parts Services Holland Ltd
2013-09-24 20:44 147

BEST, Kepulauan Netherlands, 24 September 2013 /PRNewswire/ --

Sistem Putaran Terkawal boleh mengubah industri automotif dan basikal

Empat orang Belanda mencipta, memajukan dan mengeluarkan paten bagi kotak gear tanpa sebarang roda gear. Dibandingkan dengan transmisi tradisional, Sistem Putaran Terkawal (CRS) revolusioner mereka mempunyai rekaan yang ringkas, tidak perlu diselenggara, tidak memerlukan pelincir dan menjimatkan minyak kerana tiada geseran antara gear. Oleh itu ia merupakan teknologi mampan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130905/638108 )

Pencipta dari wilayah Eindhoven itu menjangkakan transmisi baharu itu dapat mengubah industri automotif di peringkat dunia. Sistem ini tidak mempunyai roda gear, tetapi menggunakan dua cakera yang diberi kuasa dengan tali sawat yang kuat. Dengan bantuan pam minyak hidraulik digital dan unit gelincir, diameter cakera itu dibesarkan dan dikecilkan, menyebabkan pecutan dan nyahpecutan, lalu menghasilkan gear yang berbeza.

Transmisi baharu ini boleh digunakan dalam kereta, tetapi juga untuk kincir angin, kapal, motorsikal atau semua jenis mesin. "Inovasi ini sangat sempurna bagi ekonomi hijau. Ia lebih mudah, lebih padat dan lebih mudah dipasang berbanding transmisi tradisional. Ia menjimatkan tenaga, menawarkan lebih banyak kemungkinan gear dan boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi. Teknik ini jauh berbeza daripada kotak gear tradisional yang bertarikh sejak kurun ke-19. Sebab itu kita boleh menganggap ia sebagai revolusioner," kata para perekanya. Mereka berkata sistem mereka tidak boleh dibandingkan dengan sistem CVT sedia ada. Bagi memajukan lagi idea dan teknik mereka, mereka telah menubuhkan Parts Services Holland Ltd.

Mulanya sistem ini dibangunkan untuk basikal. Mereka berempat mendapat idea itu apabila mereka melihat bagaimana penunggang basikal Andy Schleck kehilangan rantai basikal beliau semasa detik genting dalam Tour de France semasa beliau menukar gear. "Kemudian kami terfikir: kita patut hentikan penggunaan roda gear." Untuk basikal, sistem itu dinamakan Gear Dwi Gelincir. Dua cakera itu menggantikan semua roda gear yang biasanya digunakan untuk gear itu.

Selepas membangunkan satu prototaip untuk basikal, mereka mengubah suai sistem itu untuk kereta. Prototaip pertama untuk industri automotif berukuran 30 x 22 x 18 sentimeter. Ia paling berkesan apabila digunakan dalam kereta elektrik kerana enjin elektrik boleh bergerak dalam putaran roda per minit yang tetap. Dengan menyambungkan setiap roda pada transmisi yang berasingan, banyak tenaga boleh dijimatkan.

Maklumat lanjut: http://www.partsservicesholland.com

Sumber: Parts Services Holland Ltd

 

 

Source: Parts Services Holland Ltd
Keywords: Auto Transportation New products/services