KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Rangkaian pembayaran global UnionPay dan syarikat perkhidmatan kiriman wang yang terkemuka di Malaysia MaxMoney hari ini mengumumkan satu kolaborasi berhubung perkhidmatan kiriman wang pada waktu sebenar untuk hampir 50 pasaran di seluruh dunia. Menerusi perkhidmatan ini, pelanggan dapat menikmati perkhidmatan kiriman wang yang cepat, selamat dan dengan jaminan kadar terbaik secara dalam talian dan di kaunter cawangan MaxMoney hinggalah pasaran kiriman wang keluar yang popular seperti Filipina, Thailand, China, Bangladesh dan banyak lagi.
MaxMoney ialah rakan kongsi pertama UnionPay International (UPI) untuk perkhidmatan kiriman wang di Malaysia. Perkongsian ini bersedia untuk memanfaatkan pasaran kiriman wang digital yang berkembang pesat di Malaysia. Menurut kajian, nilai transaksi bagi Kiriman Wang Digital diunjurkan mencecah sekitar MYR2.5Bilion pada tahun 2021, satu lonjakan 34.1% berbanding tahun 2020. Melangkaui tahun 2021, Kiriman Wang Digital dijangka berkembang pesat pada CAGR 16.9% kepada MYR4.Bilion pada tahun 2025[1].
"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan nama yang terkenal seperti MaxMoney untuk melancarkan perkhidmatan kiriman wang rentas sempadan MoneyExpress UnionPay di Malaysia. MaxMoney merupakan perintis bagi perkhidmatan pemindahan wang dalam talian dan mempunyai pengalaman selama lebih daripada 30 tahun dalam perkhidmatan pindahan kawat antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan kiriman wang yang pantas, mudah dan andal. Sebagai salah satu peneraju dalam pembayaran yang inovatif, visi UnionPay adalah sentiasa menawarkan kemudahan yang lebih besar, lebih bernilai dan perkhidmatan yang selamat kepada pelanggan kami. Justeru itu, kami tahu bahawa MaxMoney merupakan rakan kongsi yang dapat membantu kami menunaikan janji perkhidmatan kami kepada pelanggan kami di Malaysia," kata En. Huiming Cai, Pengurus Besar, UnionPay International Asia Tenggara.
Menurut penganalisis, pertumbuhan dalam perkhidmatan kiriman wang digital rentas sempadan sangat bergantung kepada kos dan penyedia perkhidmatan dalam talian berupaya untuk mengenakan bayaran yang lebih rendah dan menjadikan seluruh proses lebih mudah, yang dapat membantu mendorong pertumbuhan perkhidmatan kiriman wang digital.
"Bagi perkhidmatan pemindahan wang, kami merupakan penyedia perkhidmatan penuh yang menawarkan baik perkhidmatan dalam talian mahupun kaunter. Sekatan pergerakan akibat pandemik menyebabkan semakin ramai pelanggan kami menggunakan perkhidmatan kiriman wang digital kami. Ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana pemindahan wang antarabangsa kami bukan sahaja menawarkan kadar terbaik, tetapi juga mudah, dengan hanya tiga langkah mudah untuk memindahkan wang di seluruh dunia dengan selamat. Sungguhpun begitu, kami komited untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami buat pelanggan kami, maka kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan UPI bagi memanfaatkan rangkaian UnionPay seluruh dunia yang komprehensif untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," kata En. A.Abd Hamid, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif MaxMoney.
[1] https://www.statista.com/outlook/dmo/fintech/digital-payments/digital-remittances/malaysia |
Latar Belakang UnionPay International
UnionPay International (UPI) memfokuskan kepada perniagaan antarabangsa UnionPay. Melalui jalinan kerjasama dengan lebih 2,400 institusi di seluruh dunia, UnionPay International telah mengaktifkan penerimaan kad di 180 negara dan wilayah dengan pengeluaran di 70 negara serta wilayah. UPI menyediakan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, berkesan kos dan selamat kepada kumpulan Pemegang Kad yang terbesar di dunia dan menjamin perkhidmatan tempatan yang mudah kepada Pemegang Kad UnionPay global dan peniaga yang semakin bertambah.
Di Malaysia, kad UnionPay diterima secara meluas di ATM dan terminal POS di seluruh negara. UPI bekerjasama dengan Bank of China (Malaysia), Boost, GoPayz, Huawei, Industrial and Commercial Bank of China, Public Bank dan Sarawak Pay untuk menawarkan pelbagai produk pembayaran bermula daripada kad fizikal, kad maya, Kod QR, kiriman wang rentas sempadan hinggalah pembayaran mudah alih dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.unionpayintl.com/my.
Latar Belakang Max Money
Dengan tempoh lebih daripada 30 tahun dalam bidang perniagaan, MaxMoney merupakan perniagaan perkhidmatan wang yang terbaik dan paling inovatif di Malaysia, mengupayakan pelanggan individu mahupun perniagaan untuk bertukar-tukar dan membuat pemindahan pada bila-bila masa dan di mana-mana.
MaxMoney ialah syarikat Malaysia yang pertama memperoleh Lesen Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB) yang mantap, dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
MaxMoney meliputi lebih daripada 100 mata wang asing, memenuhi keperluan 190 negara di seluruh benua ini. Walau apapun mata wang yang dipilih oleh mereka, pelanggan akan sentiasa dapat menikmati kadar terbaik yang luar biasa. MaxMoney bersemangat dalam menginovasi dan memasarkan perkhidmatan yang bukan sahaja cekap, malah sentiasa memberi kadar terbaik. Buat pelanggan perniagaan, penyelesaian bersepadu MaxMoney mendorong cadangan yang menggalakkan mereka untuk meningkatkan matlamat perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut kunjungi https://www.maxmoney.com/my/