omniture

Divisyen Telekomunikasi Kumpulan MER Mengumumkan Portfolio Penyelesaiannya yang Baharu dan Diperluas

C. MER Industries Telecom Division
2013-09-24 20:47 162

HOLON, Israel, 24 September 2013 /PRNewswire/ --

MER melebarkan sayap dalam penyelesaian perisian yang memfokus terhadap evolusi Ekonomi Digital dan prasarana komunikasi yang menyokongnya

Kumpulan MER (C. MER Industries Ltd.), peneraju dunia dalam prasarana komunikasi digital untuk Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO), hari ini mengumumkan portfolio penyelesaian terbaharunya daripada Divisyen Telekomunikasinya yang baru ditubuhkan. Portfolio itu direka bagi menangani keperluan kritikal MNO dalam ekonomi digital yang berubah pantas.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130910/638384 )

Portfolio terbaharu itu termasuklah Mobile FinaGate, penyelesaian Perkhidmatan Kewangan Mudah Alih (MFS) yang menyeluruh dengan kemampuan wang yang dikhususkan; m-Power, penyelesaian pembolehan MVNO hujung ke hujung untuk MVNO, MNO dan SI; CrossTalk, penyelesaian M2M rapi untuk pelbagai industri menegak pasaran dan aplikasi; penyelesaian Komunikasi Medan Dekat (NFC) untuk pembayaran tanpa sentuh; dan penyelesaian tiket pintar untuk pengangkutan awam. Penyelesaian ini akan dipamerkan di pertunjukan AfricaCom yang akan diadakan di Cape Town, Afrika Selatan semasa bulan November.

"Kami tidak menumpukan terhadap isu, sebaliknya kami menumpukan terhadap peluang pertumbuhan dalam industri Telekomunikasi," kata Oz Ovady, Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Telekomunikasi di Kumpulan MER. "Pertumbuhan ini berkisar pada peningkatan penggunaan data dan sifat sentiasa ada peranti mudah alih. Pengguna sedang mendapat lebih banyak nilai daripada ciri, kefungsian dan aplikasi. Ini memacu tarikan lebih tinggi dalam pasaran menegak seperti pembayaran mudah alih, penjagaan kesihatan yang akan membantu kewujudan Bandar Pintar pula. Oleh itu, kami telah mereka portfolio kami bagi menyokong MNO dalam mendapatkan kedudukan peneraju dalam ekosistem ekonomi digital ini," kata beliau.

Mobile FinaGate ialah penyelesaian perkhidmatan kewangan hujung ke hujung yang selamat. Ia menyediakan bank, pengendali mudah alih dan institusi kewangan lain dengan penyelesaian MFS penuh bersama dengan pengurusan belanjawan yang selamat dengan ketelusan penuh, wang yang dikhususkan untuk penyebaran dana yang sepatutnya dan membolehkan pelaksanaan pantas produk dan perkhidmatan baharu.

m-Power ialah penyelesaian hujung ke hujung berkuasa yang membolehkan MVNO, MNO dan SI yang meneraju memudahkan dan memperkemas pengendalian mereka dalam pasaran yang berdaya saing, mengubahsuai diri dengan lancar terhadap strategi pemasaran dan jualan yang berubah-ubah. m-Power membolehkan MNO merebut keuntungan daripada peluang pembelian borong yang masih belum diterokai lagi. Ia menyokong SI dalam menggunakan kelebihan aset mereka bagi merealisasikan hasil baharu dan menawarkan penyelesaian serta fleksibiliti model perniagaan sambil memberikan masa yang singkat untuk mendapat hasil.

Divisyen Telekomunikasi Kumpulan MER menyediakan penyelesaian unik untuk ekosistem NFC. Penyelesaian ini berdasarkan hubungan perkongsian yang kukuh dengan peneraju pasaran untuk Titik Jualan (POS), penyedia platform pemasaran mudah alih, pengeluar Pengurus Perkhidmatan Andal (TSM) dan pengeluar Unsur Selamat (SE). Tawaran ini termasuklah applet dompet berasaskan UICC yang sedia dibeli, perisian tengah untuk Android dan iOS dan aplikasi dompet label putih.

CrossTalk ialah penyelesaian M2M tegap yang berdasarkan platform pembolehan MER yang memenangi anugerah. CrossTalk membolehkan MNO memberikan penyelesaian siap pakai yang menyeluruh untuk pelbagai pasaran industri menegak serta aplikasi seperti pertanian, keselamatan, air & tenaga, penjejakan aset, pengurusan aset, pengurusan parkir mudah alih, jalan bertol dan banyak lagi. Ia membolehkan perniagaan menemui peluang pasaran baharu dan merealisasikan aliran hasil serta menyokong pelanggan bagi menangani keperluan pematuhan dan kemampanan yang semakin meningkat.

Divisyen itu telah memperluaskan portfolionya dengan penyelesaian generasi seterusnya yang terbukti di lapangan untuk pengendali transit awam. Penyelesaian itu, yang terdiri daripada peranti pintar dan perisian percuma, ialah sistem hujung ke hujung yang menyeluruh untuk pengurusan dan kawalan pemberian tiket serta penyelesaian atas kapal seperti keterhubungan Wi-Fi. Penyelesaian itu boleh diberikan sebagai projek penyepaduan sedia pakai sepenuhnya yang disertakan dengan komponen perkakas dan perisian, pemasangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan.

Portfolio baharu ini, bersama dengan prasarana yang terbukti di lapangan serta penyelesaian gentian yang sedia wujud di Divisyen Telekomunikasi digabungkan dengan keselamatan kumpulan itu dan penyelesaian Teknologi Bersih, menyediakan kerajaan negara dan kerajaan tempatan dengan penyelesaian yang menyeluruh, tegap dan saling berhubung yang direka untuk mengoptimumkan sistem urban untuk pertumbuhan masa hadapan dalam persekitaran ekonomi baharu dan akhirnya membantu mereka dalam usaha mereka bagi menjadi bandar yang pintar dan mampan.

Tentang Kumpulan MER

Ditubuhkan pada tahun 1948, Kumpulan MER mengekalkan portfolio yang berkepelbagaian tinggi yang terdiri daripada lebih satu dozen syarikat subsidiari yang memfokus pada tiga sektor utama – telekomunikasi, keselamatan dan teknologi bersih – sambil melabur dalam bidang lain termasuk komunikasi satelit, bioteknologi dan sains bahan. Didagangkan secara awam (TASE: CMER) sejak tahun 1992, Kumpulan MER mempunyai tapak global yang agak besar dengan kira-kira 40 pejabat seluruh dunia dan menggajikan lebih 1,200 orang. Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.mer-group.com

Hubungan Media
Nir Flatau
Naib Presiden Pemasaran
Kumpulan MER
Divisyen Telekomunikasi
+972-54-5422385
nir@mer-group.com

Sumber: Divisyen Telekomunikasi C. MER Industries

Source: C. MER Industries Telecom Division
Related Links:
Keywords: Internet Technology Telecommunications New products/services