omniture

PSUAD Anjur Pameran Zaman Kegemilangan Sains Arab Pertama di UAE

PSUAD
2013-09-25 01:47 132

ABU DHABI, UAE, 25 September, 2013 /PRNewswire/ --

HE Sheikh Nahyan bin Mubarak Al Nahyan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Sosial, merasmikan pameran Zaman Kegemilangan Sains Arab di Paris - Sorbonne Universiti Abu Dhabi. Pameran ini akan berlangsung dari 24 September 2013 hingga 14 Januari 2014.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130923/642437-a )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130923/642437-b )

Zaman Kegemilangan tamadun Arab yang bermula seawal abad kelapan hingga abad kelima belas menampilkan penemuan dan penghasilan pelbagai kejayaan saintifik dan intelektual yang menjadi pemangkin bagi pembangunan budaya dan pengetahuan masyarakat Eropah ke arah pembentukan dunia maju. Pameran tersebut menampilkan pencapaian dunia Islam dan Arab ke muka bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada para belia dan masyarakat umum terhadap kepentingannya.

HE Jack Lang, bekas Menteri Pendidikan Perancis dan Presiden Institut du monde arabe, menekankan kepentingan pameran ini bagi mengingatkan kita kepada zaman kemakmuran luar biasa ketika dunia Arab mempelopori pertumbuhan intelektual ke hadapan pada kadar yang sangat hebat, dengan menyatakan: "Kami di Eropah menyedari sepenuhnya kepentingan tamadun Arab dan Islam kerana kami, pada suatu tahap, memperoleh manfaat yang sangat banyak daripada peningkatan pemikiran dan ciptaan yang lahir daripada budaya yang hebat ini pada zaman kegemilangannya dan ia turut membawa kami menuju zaman Renaissance dan perkembangan dalam bidang seni dan sains."

Mengulas tentang peranan Paris - Sorbonne Universiti Abu Dhabi dalam menganjurkan pameran ini, HE Dr. Mugheer Khamis Al Khaili, Naib Presiden PSUAD, berkata: "Pameran ini akan menggalakkan generasi muda di UAE untuk berinovasi dan menyumbang ke arah mewujudkan masa depan yang lebih baik dan turut memastikan UAE bersedia untuk mengambil peranan kepimpinan dalam bidang teknologi dan sains."

Profesor Eric Fouache, Canselor Paris - Sorbonne Universiti Abu Dhabi, menerangkan universitinya bertindak sebagai lambang pertukaran budaya dengan visi sebagai "Jambatan antara tamadun" yang jelas diwakili oleh 65 negara yang saling berinteraksi dan turut membawa Abu Dhabi kepada dunia dan dunia kepada Abu Dhabi.

Pameran ini akan dilengkapi dengan panduan audio visual, filem pendek, dan skrin digital yang menghuraikan lagi pelbagai unsur sejarah zaman kegemilangan Arab, di samping artifak terpilih dan skrip dari era yang berbeza. Terdapat juga beberapa ceramah yang jadualnya boleh didapati di laman web tidak lama lagi.

Mourad Tlili, +971-50-6167652, mourad.tlili@psuad.ac.ae

Sumber: PSUAD

Source: PSUAD
Keywords: Education Trade show news