omniture

Pencipta Sejadah Moden Pertama Dunia, TIMEZ5 Lancar Rangkaian Agensi Haji dan Umrah Global

TIMEZ5
2013-09-25 09:00 171

CALGARY, Alberta, 25 September 2013 /PRNewswire/ -- Para pencipta TIMEZ5, "sejadah fisiologikal pertama dunia" melancarkan Rangkaian Agensi Haji dan Umrah Global bagi menyokong agensi dalam memenuhi keperluan fisiologikal jemaah haji dan umrah. Inisiatif ini akan membantu agensi tersebut membawa keunikannya dan dapat menawarkan nilai tersendiri dalam pasaran pakej Haji dan Umrah yang sangat tinggi daya saingnya.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130922/642205-INFO)

Memandangkan pertumbuhan yang ketara dalam permintaan menunaikan ibadah Haji, negara Islam yang besar mempunyai tempoh menunggu yang lama, seperti 10 tahun di Indonesia, dan 20 tahun di Turki. Negara yang mempunyai tempoh menunggu yang lama lebih mengutamakan orang tua pada usia purata 45 tahun dan lebih. Di samping itu, projek tambahan utama semakin menambahkan jarak perjalanan yang perlu dilalui para jemaah.

TIMEZ5 bekerjasama dengan beberapa agensi terpilih untuk menawarkan perjalanan Haji dan Umrah yang lebih selesa dengan menyertakan sejadah TIMEZ5 dalam pakej yang disediakan. Selain itu, TIMEZ5 turut menawarkan video pendidikan yang dihasilkan oleh cabang penyelidikan dan pembangunan serta makmal TIMEZ5 bagi menangani isu fisiologikal yang unik, eksklusif untuk mereka yang beragama Islam melalui saluran YouTube TIMEZ5 di https://www.youtube.com/TIMEZ5Prayermat.

Produk berevolusi ini yang berdasarkan apa yang dikenali sebagai pengalaman fisio-rohani oleh TIMEZ5, membawa anjakan paradigma dalam penggunaan sejadah. Penyelidikan pasaran intensif serta penyelidikan dan pembangunan dijalankan bagi membangunkan sejadah TIMEZ5 selama lebih lima tahun, termasuklah memfailkan paten teras di beberapa pasaran secara global.

Penyelidikan dan pembangunan sejadah TIMEZ5 diterajui oleh seorang bekas ahli sains NASA, sekumpulan ahli psikologi dan juga pakar reka cipta. Kelebihan utama sejadah ini adalah ia mampu melegakan kesakitan dan kekakuan, memperbaiki postur dan meningkatkan tenaga semasa solat. Bahan-bahan proprietari moden yang digunakan boleh memberikan kesan pengurangan stres yang dramatik pada sendi anda dan juga postur yang lebih baik semasa solat, yang membantu meningkatkan kekhusyukan. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.timez5.com.

Selain daripada memperoleh sejadah TIMEZ5 melalui agensi, para pelanggan boleh terus membelinya untuk perjalanan mereka sendiri atau sebagai hadiah Haji yang unik bagi insan tersayang.

Tentang TIMEZ5

TIMEZ5™ merupakan syarikat kesihatan dan kesejahteraan pertama di dunia yang bertumpu terhadap keperluan gaya hidup Islam melalui inovasinya. Produk utama syarikat ini ialah sejadah fisiologikal yang pertama di dunia.

Falsafah pembangunan TIMEZ5™ merangkumi pengalaman fisio-rohani pada terasnya dengan menggabungkan manfaat fisiologikal dengan penumpuan rohani.

TIMEZ5 LABS™ menggabungkan dunia perubatan purba, teknologi yang meneraju dan reka bentuk berinspirasi bagi menangani cabaran hidup pada masa kini. TIMEZ5™ juga merupakan syarikat global yang beribu pejabat di Kanada dan beroperasi di sekitar Timur Tengah dan Asia Tenggara.

SUMBER  TIMEZ5

Source: TIMEZ5
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Corporate Expansion New products/services Religion