![]() |
Pengeluar dan pengedar produk audio profesional Jerman, LD Systems® meningkat operasinya di Amerika Utara di samping meningkatkan komitmennya kepada DJ dan pemuzik mudah alih dengan kempen baharu
NEU-ANSPACH, Jerman, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- LD Systems®, pengeluar dan pengedar produk audio profesional yang berpangkalan di Jerman hari ini mengumumkan kempen pemasaran digital 'Bunyi Anda. Misi Kami.' yang bertujuan untuk menjangkau kumpulan pengguna utama yang semakin meningkat - iaitu DJ dan pemuzik mudah alih dari pelbagai genre. Melalui kempen ini, LD Systems® akan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global dalam teknologi bunyi dengan menonjolkan pengguna LD Systems® yang meraikan jenama tersebut untuk produknya yang unik dan berpusatkan pengguna.
Sejak penubuhannya pada tahun 2002, LD Systems® telah memperkasakan DJ dan pemuzik daripada mana-mana profil untuk meningkatkan minat mereka terhadap bunyi dengan penyelesaian audio berfokuskan pengguna yang membolehkan pengguna menikmati detik-detik kebersamaan yang unik dengan portfolionya yang terdiri daripada lebih 300 produk rekaan dan kejuruteraan Jerman yang diedarkan di seluruh dunia. Kempen pemasaran digital 'Bunyi Anda. Misi Kami.' adalah terdiri daripada sebuah video wira berdurasi enam puluh saat, "Bunyi Anda. Misi Kami. | Sebuah Deklarasi Cinta kepada DJ dan Pemuzik Mudah Alih" dan sebuah laman sesawang capaian kempen. Tersedia dalam enam bahasa, video wira tersebut menonjolkan kandungan yang dijana pengguna daripada DJ dan pemuzik mudah alih sebenar menggunakan pelbagai penyelesaian bunyi LD Systems® untuk membuat persembahan di konsert, set DJ, majlis perkahwinan dan banyak lagi.
"Kempen ini bertujuan untuk membiasakan DJ dan pemuzik dengan semua cara LD Systems® menyokong kerja mereka, daripada sistem PA hingga kepada monitor di telinga dan banyak lagi," kata Baptiste Languille, Pengurus Pemasaran Kanan Jenama Global LD Systems®. "Kempen ini mempamerkan dedikasi kami dalam menyediakan penyelesaian yang membolehkan pengguna kami mencipta bunyi tepat yang mereka inginkan dengan ciri-ciri tepat yang mereka perlukan."
Dengan perkembangan pesat di Amerika Utara, produk terlaris LD Systems® mula mencipta nama untuk diri mereka sendiri di pertembungan antara kebolehpercayaan, prestasi dan kemesraan pengguna. Beberapa produk terlaris di Amerika Utara termasuk:
Dengan kembalinya acara secara langsung yang menyatukan DJ dan pemuzik bersama dengan pentas persembahan, fokus LD Systems® adalah untuk memenuhi pelbagai keperluan para seniman yang mungkin melakukan jelajah ke seluruh dunia, membuat persembahan di kedai kopi atau bermain di halaman belakang rumah, dengan mereka bentuk peralatan yang amat sejajar yang membantu mereka menemui bunyi mereka.
"LD Systems® telah meletakkan pengguna sebagai titik fokus sejak awal lagi," kata Kati Eismann, Pengarah Pemasaran Global Adam Hall Group. "Ketika LD Systems® terus berkembang dan berevolusi, kami akan terus menggabungkan lebih banyak maklum balas pengguna dan ujian perjalanan ke dalam proses pembangunan kami. Kami wujud untuk memberikan bunyi yang sempurna kepada pengguna kami dan kami melakukannya dengan sebaik-baiknya apabila kami mendengar. Kempen baharu kami adalah bertujuan untuk menyampaikan perkara tersebut."
Saksikan video wira 'Bunyi Anda. Misi Kami.' di YouTube dan terokai laman sesawang capaian kempen tersebut di LD-Systems.com/yoursounrdourmission. Produk LD Systems boleh didapati melalui LD-Systems.com dan di kedai peruncit di seluruh Amerika Utara termasuk Musician's Friend dan Guitar Center.
Tentang LD Systems®
Dibangunkan di Jerman, LD Systems ialah pengeluar dan pengedar produk audio profesional dengan barisan produk yang merangkumi sistem PA berprestasi tinggi yang inovatif dan mesra pengguna, pembesar suara dan subwufer canggih untuk acara dan pemasangan secara langsung serta mikrofon dan sistem pemantauan di telinga tanpa wayar yang menawarkan kebebasan penuh kepada pergerakan dan kebolehpercayaan bagi para seniman dan penceramah. Prestasi, kebolehpercayaan, kemudahan pengendalian dan estetika reka bentuk yang bersih merupakan ciri-ciri jenama tersebut. Menepati moto jenamanya, "Bunyi Anda. Misi Kami," LD Systems® membolehkan setiap pemuzik atau DJ, penganjur acara atau perancang pemasangan mempunyai kebebasan untuk mencipta dan merealisasikan idea-idea bunyi mereka mengikut kehendak mereka. LD Systems® merupakan ahli kepada Adam Hall Group yang memenangi anugerah. Untuk maklumat lanjut, sila layari LD-Systems.com atau ikuti kami di Facebook, YouTube dan Instagram.
Hubungan Media:
Perhubungan Awam bagi pihak Adam Hall Group/LD Systems®, Amerika Utara
Zach Barker
adamhall@demonstratepr.com
415-400-4214
Pengurus Media Global Adam Hall Group,
Petra Mickalova
Petra.Mickalova@adamhall.com
+4915290018591
Video - https://www.youtube.com/watch?v=dRdXMfQohmI
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1722266/LD_Systems_Logo.jpg?p=medium600