omniture

TUMI MEMPERKENALKAN ALPHA BRAVO & TUMI CREW GENERASI SETERUSNYA

TUMI
2022-01-14 00:07 48

NEW YORK, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Meraikan reka bentuk yang inovatif dan praktikal selama lebih sedekad, evolusi terkini TUMI iaitu Alpha Bravo, meneruskan legasinya dengan kempen gilang-gemilang Life in Forward Motion. Koleksi ini terdiri daripada gaya yang baharu sepenuhnya dengan memberi tumpuan kepada ciri modular, kelestarian dan ketahanan. Ia menampilkan lebih dua dozen siluet baharu termasuk beg galas, beg sandang, pek dada, beg bimbit, beg dufel dan beg silang. Beg terpilih akan tersedia dalam warna bermusim yang membawa inspirasi ketenteraan ke peringkat lebih tinggi, diperbuat daripada fabrik ripstop tahan lama yang diilhamkan daripada fabrik payung terjun tahan lasak. Kebanyakan gaya menampilkan fabrik badan utama yang diperbuat daripada bahan kitar semula, malah untuk langkah yang lebih mapan menggunakan nilon balistik istimewa mereka. Lapisan untuk hampir kesemua gaya turut diperbuat daripada bahan kitar semula dengan kualiti yang tahan lama agar koleksi ini dapat meningkatkan lagi kemapanannya.

Leading global luxury travel brand TUMI teams up with F1 superstar Lando Norris to kick off the "TUMI Alpha Bravo: Life in Forward Motion" campaign series to accompany the debut of over fifty new styles within their Alpha Bravo collection. Lando is seen here with the Navigation Backpack.

Selaras dengan ciri Alpha Bravo yang bertenaga iaitu pergi ke mana-mana, lakukan apa sahaja, setiap gaya yang ditampilkana serasi dengan aksesori perjalanan TUMI+ baharu—ekosistem modular yang boleh digunakan untuk menyesuaikan beg anda berdasarkan keperluan peribadi dan melengkapkan gaya hidup tanpa batasan. TUMI+ ditampilkan bukan sahaja pada koleksi Alpha Bravo, malah pelbagai lagi koleksi di seluruh portfolio TUMI dengan menggunakan rantai daisi, cangkuk-G dan karabiner.

Pada Musim Bunga ini, TUMI menonjolkan koleksi Alpha Bravo dalam satu siri yang mengandungi empat filem pendek yang dibintangi oleh pelakon terkenal antarabangsa dan dikenali sebagai "TUMI Crew". Difilemkan di Bandar Raya New York dan London, kempen dwibenua ini disampaikan dengan terperinci melalui lensa pengarah terkemuka, Autobahn dan Andy Madeleine. Kempen ini menggambarkan bakat-bakat dari pelbagai aspek ini mengemudi Life in Forward Motion secara asli dengan sokongan Alpha Bravo.

Babak 1, yang dibintangi oleh Pemandu F1 dan Pemain, Lando Norris akan diperkenalkan pada 11 Januari 2022 dan akan menampilkan Navigation Backpack, Mason Duffel dan Classified Waist Pack. Juara junior dan penamat podium sebanyak 5x dalam Formula 1 ini mula berlumba pada usia 7 tahun dan menjadi Juara Go-Kart Dunia termuda pada usia 14 tahun. Beliau menyertai Formula 1 sebagai pemandu Formula 1 Britain yang paling muda pada usia 19 tahun dan kini dengan beberapa podium, pusingan terpantas dan kedudukan petak pertama yang dikuasainya, beliau sedang meniti kejayaan untuk menjadi Juara Dunia Formula 1 yang akan datang. 

Babak 2, yang dibintangi oleh Pemain Bola Sepak Profesional dan Model Teladan, Son Heung-Min akan melakukan debut pada 27 Januari 2022 dan menampilkan Logistics Backpack, Navigation Backpack dan Liaison. Son merupakan seorang pemain yang penting dalam Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur dan kapten pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pada 2019, Son menjadi pemain penjaring terbanyak Asia dalam Liga Juara-Juara, diikuti dengan kejayaan sebagai pemain Asia pertama yang menjaringkan lebih 50 gol dalam Liga Perdana pada tahun 2020. Son telah dinobatkan sebagai pemain bola sepak terbaik di Asia sebanyak 6 kali. Dengan sikap beliau yang merendah diri dan bersahaja, popularitinya mengatasi semua yang lain dan menyatukan semua peminat.

Babak 3, yang dibintangi oleh pemenang Grammy dan Golden Globe serta Pelakon, Penghibur dan Pemuzik yang dicalonkan dalam anugerah Emmy, Anthony Ramos akan membuat penampilan sulung pada 7 Februari 2022 dan menampilkan Recruit Chest Pack, Ally Pack dan Transport Pack. Seorang pencerita, peramal dan juga pencipta, Ramos baru-baru ini mengeluarkan album kedua beliau, "Love and Lies" yang menyentuh emosi melalui melodinya.  Menghiasi muka depan The Hollywood Reporter dan Majalah Time, Ramos telah menduduki senarai "Next" TIME 100 yang berprestij, menyerlahkan pemimpin baru muncul yang membentuk masa depan. 

Babak 4, yang dibintangi oleh penyanyi dan penulis lirik terkenal, Gracie Abrams, akan membuat penampilan sulung pada 8 Mac 2022, menampilkan Platoon Sling, Junior Crossbody dan Search Backpack. Digelar sebagai seorang artis untuk ditonton oleh kedai cetusan citarasa seperti Pigeons & Planes, Fader dan i-D, selain daripada dinobatkan sebagai salah seorang daripada tujuh pemuzik wanita terkenal oleh Vogue UK, Abrams telah mengumpulkan pengikut setia melalui lirik lagunya yang mantap dan beremosi intim dengan kepekaan DIY.  Dengan projek terbaharunya, This Is What It Feels Like, Abrams membawa introspeksi aslinya kepada pengalaman beremosi paling intim. Abrams bersedia untuk memulakan jelajah ke Amerika Utara dan Eropah pada awal tahun 2022.

Acara-acara tersebut telah dijadualkan untuk mengiringi pelancaran ini termasuk gerai di seluruh dunia yang menampilkan item unik daripada Tumi Crew dan pandangan yang mengasyikkan terhadap koleksi Alpha Bravo. TUMI melancarkan pengalaman ini di Dubai Mall di UAE mulai 8 Februari hingga 14 Februari 2022.

"Adalah penting bagi kami untuk menunjukkan teras dan nilai utama TUMI dalam kempen ini dengan memaparkan penceritaan kami dengan cara yang baharu dan relevan.  Kempen Life In Forward Motion TUMI berkongsi kisah jenama kami yang asli melalui lensa empat kehidupan tokoh dari pelbagai aspek yang unik, merakam aspirasi, cita-cita dan cabaran mereka.  Seperti Alpha Bravo, TUMI Crew sentiasa mengejar kecemerlangan," kata Jill Krizelman, Naib Presiden Kanan e-Dagang dan Pemasaran TUMI.

Victor Sanz, Pengarah Kreatif TUMI menambah, "Cara kami berinteraksi melalui cara pengembaraan kami telah membawa perubahan besar dalam dua tahun yang lalu dan kami melihat ini sebagai suatu peluang untuk memfokuskan semula koleksi Alpha Bravo untuk pelanggan kami yang moden dan baharu. Kami mengkaji apa yang benar-benar penting bagi pelanggan kami dan menilai cara yang membolehkan kami menyepadukannya ke dalam pelancaran koleksi ini. Kami benar-benar menyelami keperluan mereka bukan sahaja dari aspek perniagaan malah dari aspek gaya hidup dengan pengetahuan bahawa mereka turut mendalami minat mereka".

Tentang TUMI 

Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta keperluan perniagaan, pelancongan dan barangan berprestasi yang bertaraf dunia dan mewah, yang direka untuk menaik taraf, mempermudah dan memperelokkan semua aspek kehidupan individu yang sedang di dalam perjalanan. Menggabungkan fungsi yang sempurna dengan semangat penuh kebijaksanaan, kami komited untuk memperkasakan perjalanan sebagai rakan kongsi sepanjang hayat kepada syarikat pembuatan dan pengangkutan dalam mendalami minat mereka. Jenama ini dijual secara global di lebih 75 buah negara dengan kira-kira 2,000 pusat jualan. 

Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, sila layari www.TUMI.com 

TUMI's Alpha Bravo Mason Duffel
TUMI's Alpha Bravo Mason Duffel

Top F1 driver Lando Norris to embark on his first ever global brand ambassadorship with luxury travel icon TUMI. Lando is seen here with TUMI's new Alpha Bravo Navigation Backpack.
Top F1 driver Lando Norris to embark on his first ever global brand ambassadorship with luxury travel icon TUMI. Lando is seen here with TUMI's new Alpha Bravo Navigation Backpack.

TUMI adds the Navigation Backpack to its beloved Alpha Bravo collection. Seen here outfitted with the brand's "TUMI+" modular accessories, all pieces are new for Spring '22.
TUMI adds the Navigation Backpack to its beloved Alpha Bravo collection. Seen here outfitted with the brand's "TUMI+" modular accessories, all pieces are new for Spring '22.

Featured in "Alpha Bravo: Life in Forward Motion, Chapter 01" starring elite racecar driver Lando Norris, the classified waist pack is one of over fifty new styles within TUMI's Alpha Bravo collection.

Acclaimed Singer-Songwriter Gracie Abrams joins TUMI for the finale of their global campaign series, "TUMI Alpha Bravo: Life in Forward Motion".  To celebrate the brand adding over fifty new styles to their popular Alpha Bravo collection, TUMI has created four individual campaign chapters, each starring its own talent. Featuring the Platoon Sling, Gracie's 'Chapter 4' is set to premiere March '22, while "Chapter 1' of the campaign debuts today. All pieces are now available for purchase.

Leading global luxury brand TUMI recruits Premier League Footballer, Son Heung-Min for the next chapter of their "TUMI Alpha Bravo: Life in Forward Motion" campaign series. Over fifty all-new styles within the beloved "Alpha Bravo" collection launch today, while Sonny is set to make his debut for TUMI's campaign at the end of January.

TUMI enlists multi-faceted performer Anthony Ramos for 'Chapter 3' of its "TUMI Alpha Bravo: Life in Forward Motion" worldwide brand campaign. With incredible talent and charisma, Ramos joins international motorsport star Lando Norris, elite footballer Son-Heung Min & musician Gracie Abrams as a part of the "TUMI Crew". The campaign's four-part series launches today with 'Chapter 1' featuring Norris, and introduces over fifty new pieces within TUMI's iconic Alpha Bravo Collection

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1723919/TUMI_Alpha_Bravo_Lando_Navigation_Backpack_RGB_300_9x16.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1723920/TUMI_ALPHA_BRAVO_0771_02_9x16.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1723921/TUMI_Alpha_Bravo_Lando_Navigation_Backpack_3_RGB_300_9x16.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1723922/TUMI_ALPHA_BRAVO_0822_03_9x16.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1723923/TUMI_ALPHA_BRAVO_1179_02_9x16.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1723924/TUMI_Alpha_Bravo_Gracie_Platoon_Sling_RGB_72.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1723925/Tumi_Alpha_Bravo_Son_Liaison_Tote_RGB_72.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1723926/Tumi_Alpha_Bravo_Anthony_Chest_Pack_RGB_72.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/214382/tumi_logo.jpg?p=medium600

Source: TUMI
Keywords: Advertising Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel