omniture

Wison Berjaya Mengkomersilkan Teknologi MTO Miliknya

Wison
2013-09-27 14:49 122

Loji MTO Baharu di Nanjing yang Direka oleh Wison Dilancarkan

SHANGHAI, 27 September 2013 /PRNewswire/ -- Wison Engineering Services Co. Ltd., penyedia perkhidmatan EPC kimia sektor swasta terbesar di China, hari ini mengumumkan kejayaan permulaan awal loji metanol-ke-olefin (MTO) rekaannya yang menggunakan teknologi milik Syarikat itu. Loji itu, yang direka oleh Wison Engineering Ltd., anak syarikat bukan milikan penuh secara tidak langsung Kumpulan itu, terletak di Taman Perindustrian Kimia Nanjing. Ia telah berjaya menghasilkan produk etilena dan propilena berkelayakan yang memenuhi keperluan yang ditetapkan untuk produk polimer, dengan kadar kelulusan 99.98% dan 99.8% masing-masing bagi produk etilena dan propilena, menandakan pengkomersilan pertama teknologi pengasingan olefin Wison Engineering untuk loji MTO, dan sekali lagi menunjukkan satu lagi kes kejayaan pengkomersilan teknologi arang-ke-olefin China, yang akan melancarkan peta jalan pembangunan industri arang-ke-bahan kimia di China.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/09/26/20130926141159228733.html

Dengan perancangan untuk penghasilan tahunan sebanyak 300kta etilena/propilena, loji MTO itu ialah salah satu unit pengeluaran Wison (Nanjing) Clean Energy Co., Ltd. ("Wison Energy"). Berikutan penugasan projek arang-ke-olefin Shenhua Baotou pertama, loji MTO itu menandakan satu permulaan baharu berjaya yang bukan sahaja menggunakan teknologi MTO Wison Engineering, tetapi juga merupakan loji MTO pertama di dunia yang menggunakan teknologi MTO UOP Honeywell maju.

Teknologi pengasingan olefin Wison Engineering yang diketengahkan dalam projek ini menggunakan teknologi "pra-pemotongan + penyerapan minyak" milik Syarikat itu, yang mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan kos pelaburan sambil memperbaiki kadar pemulihan olefin, lalu membenarkan penghasilan yang lebih stabil dan menghasilkan kitaran pengendalian yang lebih lama serta kelebihan daya saing lain. Kerjasama rapat antara Wison Engineering dengan UOP daripada segi teknologi telah memajukan pembangunan teknologi domestik dalam pembangunan MTO dan penaiktarafan industri arang-ke-bahan kimia. Sejak pembangunannya pada tahun 2007, teknologi pengasingan Wison Engineering di loji MTO telah mendapat empat paten ciptaan domestik dan satu paten ciptaan di Indonesia. Teknologi itu telah digunakan oleh perusahaan domestik seperti Shandong Yangmei Hengtong Chemicals, Shenhua Xinjiang New Materials, Jiangsu Sailboat Petrochemical dan Pucheng Clean Energy.

Selain menyediakan teknologi milikan dan rekaan pakej proses, Syarikat itu juga telah ditugaskan untuk melaksanakan rekaan asas, rekaan keseluruhan dan perkhidmatan kejuruteraan terperinci untuk projek MTO ini serta fasiliti sampingan dan prasarananya, dan telah terlibat sepanjang fasa pembinaan projek itu. Dengan menggunakan kelebihan pasukan Penyelidikan & Pembangunan dan kejuruteraan Wison Engineering yang kuat serta rekod prestasinya yang terbukti, Syarikat itu telah berjaya menyiapkan seluruh kerja rekaan dan kejuruteraan dalam masa setahun sahaja, sekurang-kurangnya enam bulan lebih pantas daripada syarikat setaranya daripada segi kitaran rekaan purata. Sehingga kini, Wison Engineering dilengkapi kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan kitaran penuh bagi pelbagai saiz berbeza loji MTO, termasuk unit MTO sebesar 300kta, 600kta dan 900kta.

"Sejajar dengan strategi tenaga alternatif China, Wison Engineering menganggap sektor arang-ke-bahan kimianya sebagai fokus strategiknya untuk mencapai kepelbagaian perniagaan. Sementara itu, Wison Engineering sentiasa memberikan usaha menyeluruh untuk inovasi teknologi sambil terus mempertingkatkan kejuruteraannya untuk menggalakkan pembangunan perniagaannya, dipacu oleh kemajuannya dalam teknologi inovatif," kata En. Liu Haijun, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Eksekutif Wison Engineering. "Sebagai salah satu daripada bilangan kecil syarikat kejuruteraan di China yang menyediakan perkhidmatan bersepadu untuk seluruh kitar hayat projek bagi pelanggan mereka, daripada rekaan pakej proses sehinggalah projek pemula, kami tidak sabar-sabar lagi untuk menyumbang kekuatan kami untuk merangsang pembangunan teknologi dan penaiktarafan industri arang-ke-bahan kimia moden."

Source: Wison
Keywords: Chemical Oil/Energy Utilities Corporate Expansion