omniture

Forever Oceans menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Brazil untuk konsesi luar pesisir terbesar di dunia bagi pengeluaran makanan laut yang lestari

Forever Oceans
2022-01-14 20:49 221

- Kawasan konsesi penggalak kerja ialah tiga setengah kali ganda daripada saiz Washington DC 

- Perjanjian penting ini meningkatkan keupayaan pengeluaran ikan sirip Forever Oceans melebihi 25% dan meletakkan Brazil sebagai peneraju yang baru muncul dalam makanan laut lestari 

BRASILIA, Brazil, 14 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Bill Bien, Ketua Pegawai Eksekutif Forever Oceans, inovator terkemuka dalam makanan laut lestari, mengadakan perjumpaan hari ini dengan Jorge Seif Junior, Setiausaha Akuakultur dan Perikanan, Kementerian Pertanian, Ternakan dan Bekalan untuk menandatangani perjanjian konsesi yang meletakkan Brazil pada laluan yang betul untuk menjadi peneraju baru muncul dalam pengeluaran makanan laut lestari. Perjanjian permulaan selama 20 tahun ini memberi kebenaran kepada Forever Oceans untuk menternak ikan dalam sangkar automatik di dua buah zon yang terletak sejauh 7-15km (7-9.3 batu) dari pesisir pantai Brazil di negeri Bahia. Secara ringkasnya, ia mewakili konsesi luar pesisir terbesar yang pernah diberikan untuk akuakultur marin yang lestari, berkeluasan 64,200 hektar, mewakili kawasan seluas tiga setengah kali ganda saiz Washington DC. Operasi ini dijangka akan mewujudkan sehingga 500 peluang pekerjaan dalam tempoh lapan tahun akan datang.

(L-R) Mr. John Lopes, Forever Oceans President, Brazil, Mr. Bill Bien, Forever Oceans CEO, Brazilian President Mr. Jair Bolsonaro, Secretary of Aquaculture and Fisheries Mr. Jorge Seif Júnior, attending to an event at the Palácio do Planalto, in Brasília, where  the contract for Concession of the Use of Union Domain Waters between the Union and Forever Oceans. Photo credit: Alan Santos/PR
(L-R) Mr. John Lopes, Forever Oceans President, Brazil, Mr. Bill Bien, Forever Oceans CEO, Brazilian President Mr. Jair Bolsonaro, Secretary of Aquaculture and Fisheries Mr. Jorge Seif Júnior, attending to an event at the Palácio do Planalto, in Brasília, where the contract for Concession of the Use of Union Domain Waters between the Union and Forever Oceans. Photo credit: Alan Santos/PR

"Dengan pesisir pantai sepanjang lebih daripada 8,500 km, Brazil merupakan salah satu barisan hadapan utama pengeluaran dan pemprosesan ikan, sebagai tambahan kepada makanan sihat, pekerjaan dan pendapatan," kata Seif. "Perjanjian penting ini adalah acara bersejarah untuk Brazil dan akan menyediakan negara ke arah pembangunan akuakultur marin yang lestari."

Pada tahun 2018, pasaran akuakultur marin global telah menghasilkan 7.3 juta tan metrik ikan sirip bernilai AS$35.4 bilion(1). Permintaan global untuk ikan sirip daripada akuakultur marin diramalkan akan meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 21 juta tan metrik menjelang tahun 2050(2), kerana semakin ramai pengguna menjadikan ikan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat.

"Perjanjian ini akan membantu kami memenuhi peningkatan permintaan terhadap makanan laut yang lazat dan berkhasiat serta memberikan kami ruang untuk meningkat dan berkembang dengan pantas dan juga peluang untuk membangunkan keupayaan menyediakan makanan laut lestari luar pesisir yang terbesar di dunia," kata Bien. "Kami akan membawa pendekatan yang berbeza ke perairan Brazil, menggunakan kepakaran kami dalam akuakultur, pemuliharaan dan inovasi untuk meningkatkan pengeluaran ikan yang lazat dan kaya dengan protein di perairan dengan cara yang sangat mesra alam dan lestari yang baik untuk manusia dan planet ini."

Selain daripada tapak baharu di Brazil, syarikat yang beribu pejabat di Virginia, AS tersebut mempunyai kemudahan penyelidikan dan teknologi di Hawaii dan operasi luar pesisir di Panama dan merancang sebuah operasi luar pesisir di Indonesia.

Di Brazil, syarikat tersebut akan terus meningkatkan pengeluaran amberjack Forever Oceans, yang dikenali sebagai 'Olho de Boi' atau Remeiro di kalangan penduduk tempatan. Ikan sirip serba guna ini dikagumi atas faktor rasa, protein, nutrisi dan kaya dengan Omega-3.

Sebuah pusat penetasan darat di Ilhéus, Bahia, Brazil, akan menternak anak benih daripada telur untuk diletakkan di dalam sangkar laut dalam yang besar, membolehkan mereka berenang dan membesar dalam persekitaran yang terlindung dan lebih semula jadi. Pada mulanya, 24 sangkar automatik dirancang dalam kedua-dua zon lautan yang terdiri daripada zon akuakultur mesra alam yang bertanggungjawab. Operasi di Brazil ini dijangka mampu mewujudkan kira-kira 300-500 peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan dalam tempoh lapan tahun akan datang setelah kapasiti penuh dicapai.

Pada September 2021, Forever Oceans telah dimasukkan ke dalam senarai 25 Inovator Makanan Laut Terunggul Majalah Seafood Source.

Tentang Forever Oceans 

Forever Oceans  merupakan inovator terkemuka dalam makanan laut lestari. Misi kami adalah untuk menyediakan cara baharu kepada dunia bagi menghasilkan makanan laut yang lazat dan lestari yang baik untuk manusia dan planet ini. Kami mempunyai pengetahuan tentang perikanan, kami mempunyai pengetahuan tentang pemuliharaan dan menerapkan inovasi yang unik. Ini termasuk sangkar tahan lasak di mana tugasan harian diautomasikan menggunakan sistem lanjutan. Ini akan memastikan operasi kami cekap, bersepadu dengan alam sekitar dan menyokong komuniti tempatan. Forever Oceans baru-baru ini dinobatkan sebagai salah sebuah syarikat makanan laut yang paling inovatif di Amerika oleh Seafood Source.

Pusat Penyelidikan dan Teknologi kami terletak di Hawaii dan kami mempunyai operasi luar pesisir di Panama, Brazil dan satu lagi yang dirancang di Indonesia. Makanan laut lestari kami akan tersedia di restoran-restoran AS pada awal tahun 2022. Ketahui lebih lanjut tentang Forever Oceans di ForeverOceans.com.

1 FAO PBB https://www.fao.org/fishery/en/aquaculture/en

2 'Oceans' Future to 2050 Marine Aquaculture Forecast'. Laporan tahun 2021 oleh DNV.
https://www.dnv.com/Publications/marine-aquaculture-forecast-to-2050-202391

(From Left) Mr. John Lopes, President Mr. Jair Bolsonaro, Secretary of Aquaculture and Fisheries Mr. Jorge Seif Júnior, and Minister of Citizenship Mr. Joao Roma holding the signed contract. Photo credit: Alan Santos/PR
(From Left) Mr. John Lopes, President Mr. Jair Bolsonaro, Secretary of Aquaculture and Fisheries Mr. Jorge Seif Júnior, and Minister of Citizenship Mr. Joao Roma holding the signed contract. Photo credit: Alan Santos/PR

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1726005/Forever_Oceans_Brazil_Press_Image_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1726006/Forever_Oceans_Brazil_Press_Image_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1675207/Forever_Oceans_Logo.jpg?p=medium600

Source: Forever Oceans
Keywords: Agriculture Food/Beverages Conservation/Recycling Contracts Corporate Social Responsibility Economic news, trends, analysis